Wednesday, August 27, 2008

KENGKAWAN

ASSALAMUALAIKUM.......

Hmmm hari ini aku nak mengimbau kembali kenangan aku bersama sebahagian kengkawan aku.... dan ucapan penghargaan aku kat hempa semua...

Tapi yang aku sempat cerita kat sini sebahagian je, yang tak ada nama tu harap di ampun yaaa, hempa semua kengkawan aku walaupun tak tertaip kat sini tetapi telah terpahat di kalbu hati aku dan tak akan penah tepadam ........

Aku nak bercerita tentang kengkawan aku sejak tadika sampai ke alam pekerjaan....





Ok ni kawan aku sejak kecil, kawan sekampung aku, kawan sejak tadika dan sekolah rendah, nama dia Rosmaini bin Abdul Rased tapi aku panggil Mainie, sebelah dia isteri dia depa baru je kahwin,Dia kerja kat Perbadanan Putrajaya,




hmm orangnya baik,penyabar.....

dulu klu nak pergi tengok wayang mesti kami cukupkan korum kami 3 orang aku, dia dan zon.....tapi la ni dia dah kahwin maka aktiviti tahunan kami untuk sama-sama tgk wayang akan dibatalkan.... sedih sungguh...


Yang paling malang bila mak aku tau je di dah nak nikah apa lagi, terkeluarlah dari mulut mak aku " haaaa hang bila lagi nak nikah , kawan hang dah nak nikah" hmm aku pun jawab la " emm mak tolong la cari lepas tu hantaran, kenduri mak seponser" hehehehe


oklah Mainie, aku doakan hg berbahagia bersama isteri hang, dan cepat-cepat la dapat baby......



Seterusnya cerita tentang kawan aku masa sekolah menengah, tapi gambar kawan aku masa kat sekolah menengah tak ada la pulak tak pa aku cerita dah la, ok kawan aku masa sekolah menengah nama dia Mohd Fitri bin Hamid dia ni seorang pendiam, sekarang dia bekerja sebagai tentera (KAGAT) di Sarawak. "tak sangka tak padan pendek dapat jadi tentera"....



kami berkawan semasa sama-sama satu sekolah kat sekolah menengah pondok pak man (sek. Agama) , bila tingkatan dua dia berpindah ke sekolah pondok pak ya, maka terpisah la kami .



lepas PMR aku pulak pindah ke Sekolah Menengah Agama Sungai Limau, dalam seminggu aku pindah ke sekolah tu tetiba aku ternampak macam muka Fitri mai sekolah kami , pastu guru kelas aku bawa dia masuk ke kelas aku rupa-rupanya dia pun berpindah ke sekolah tu....hmmm memang jodoh la orang katakan..walaupun terpisah tapi terjumpa pula...




Lepas SPM aku sambung pengajian aku ke KISDAR sekarang ni dikenali KUIS, kat KUIS ni lah ramai aku jumpa kawan-kawan serata negeri... kat KUIS jugalah aku betul-betul mengenali kehidupan...





Mohammad Iskandar Shah bin Ibrahim, Wan chu nama panggilan dia (aku yang gelar nama Wan Chu tu) dia asal orang kelantan, la ni study kat Mesir tahun ke4 dah,

Mantan YDP MPP KUIS hmmm "walaupun kecik tapi YDP tuuu".... dia ni lah kawan yang terbaik aku pernah kenal , memahamai aku, tak pernah marah kat aku tapi bila dia lapar memang dia angin sikit......tau je bila aku ada masalah...



orangnya baik, berbudi bahasa, ramah dan lain-lain lagi lahhh Masa kat KUIS dulu kami satu bilik E303 dan G302 dan satu kelas sampai lah ke semester akhir.....

Tapi yang bangganya jasa bilik G302 telah melahirkan ramai pemimpin mahasiswa KUIS, mana tidaknya dua orang YDP MPP secara berturut-turut di pilih drp bilik tu, Pengerusi Persatuan Mahasiswa Pengajian Islam PMSPI (aku la tu hehehe) pun dipilih daripada bilik tu dan ada beberapa lagi penghuni G302 telah menjadi pemimpin penting KUIS..".Anap ko jgn jeles".. ahaks




Yang ini pula nama dia Mohd Azlie bin Zulkifli terkenal di kalangan kenkawan Mat Doli orang pertama aku jumpa masa kat KUIS, banyak sungguh jasa moto dia kat aku....dia asal orang parit buntaq kot tapi lama dok kat KL dia pun boleh la juga cakap Loghat Utara...

kami satu bilik sama juga dengan wanchu... orang dia tak berkira bab makan serah kat dia yang penting tiap kali pasar malam dia tak akan lepaskan waima pasar malam Bandar Baru Bangi ataupun pasar malam Bangi lama, emmm tau dak apa yang dia suka beli untuk kami satu bilik tak lain tak bukan rangka ayam goreng hehehehe "doli terima kasih la nohhhhh".......

Orangnya lawak laa juga, ramah tak kira sapa semua dia nak tegor, baik hati pasai selalu je bagi aku pinjam moto dia dan selalu bawa aku pergi Warta walaupun aku ni berat tapi dia sanggup juga bawa aku ..... tapi kesian la kat moto dia terpaksa bawa dua ekoq blue hypoo yang sangat berat emmm doli kesian kat moto hangkan....



Dia ni orang kuat aku juga, salah seorang Exco dana PMSPI sampai sekarang kami tetap berhubung walaupun dok jauh.....



Tapi fakta yang perlu dia akui ialah tiap kali aku jumpa dia ,berat dia mesti bertamah 10 kg. "wei doli tahun depan aku nak jumpa hang pulak aku mau berat hang mesti naik 10 kg ok"...



Yang tak boleh aku lupa dengan doli ni, hmmm time dia frust dengan seseorang , yang sedih tu dia reyau (menangis) emmm sabarla doli....





hmmm yang sebelah Mat doli tu nama dia Ahnaf Hilmi bin Mohd Arif aku panggil anap je dia orang Negeri Sembila, la ni tengah study kat Jordan tak sangka dia boleh study kat Jordan hemmm

Dia ni juga seorang blogger yang terkenal huhuhu aku kenai dengan dia pun melalui Mat Doli...

Orang kuat aku juga, salah seorang Exco Mutimedia dan publisiti PMSPI, kemahiran dia memang la pakar komputer "sebab tu la aku lantik hang jadi Exco aku"... ahaks

Fakta yang perlu aku akui ialah dulu mula-mula study kat KUIS badan dia besar daripada aku, ntah apa yang dia makan lepas tu kurus, aku cuba juga tanya rahsia dia jadi kurus tapi dia tak bagi tau pun... hmmm la ni aku tengok badan dia dah mula nak membesar balik huhuhu....anap ko jgn makan banyak sangat...



Oklah aku doakan hang wahai anap selamat berjaya dan mencapai impian hg....terima kasih juga pasai hang bagi semangat kat aku untuk aku buka blog ni......




Yang ni Mohammad Raffi bin Abdullah aku panggil Mat Rapi anak orang kaya, pak dia ada 5 biji mesin padi 2 biji trektor dan lain-lain lagi.....dia ni orang kedah

lani dia tengah sambung wat Master Syariah kat UKM....

orang dia ketegaq penat kalu sembang dengan dia .... tapi aku ok je dengan dia .....

Masa kat KUIS kereta kancil dia la jadi pengankutan kami nak kemana-mana pun.... hmmm "mat rapi kancil hang tu banyak pengorbanan dia kat aku"...

hmmmm rasanya yang tu je aku sempat cerita tentang kenkawan aku masa kat KUIS




oklah aku nak cerita tentang kawan aku masa alam kerja pulak





Yang ni pula nama dia Amirul Ashraf bin Mohammed aku panggil mirol dan kadang-kadang nama panggilan yang lain....

Dia ni orang kedah tapi kerja kat Biro Bantuan Guaman Perlis hmm tiap-tiap hari berulang dari Alor Star - kangar, kangar - Alor Star....

Macamna aku mula berkawan dengan dia ntah tetiba je jadi best friend aku, aku mula kenal dengan dia bila kami kursus asas undang-undang kat Langkawi masa kursus tu tetiba pula dia sakit gigi, aku sebagai tuan rumah, bawa la dia pergi klinik gigi mungkin sejak tu la kot kami jadi best friend.....

la ni kawan yang aku selalu kuar melepak dengan dia je lah kengkawan yang lain jauh .....

aku dengan mirol ni antara kami tak ada rahsia, semua rahsia tentang dia aku tau, tapi rahsia aku tetap aku simpan hahahaha jgn marah noh mirol hang tetap sahabat korib aku....

oklah "walupun aku kenai hang baru setahun tapi aku selesa berkawan dengan hang seolah-olah aku dah berkawan dengan hang sejak kecik lagi".... terima kasih kerana hang sudi jadi best friend aku

mirol aku doakan hang berbahagia, gembira, diberi hidayah dan petunjuk untuk hang selesaikan apa yang hang belum selesaikan, aku tetap menyokong apa sahaja keputusan hang tapi kalau hang buat keputusan tak betoi aku SIEBAQ hang...





ok yang tenganga mulut tu nama dia Alias orang Pendang Kedah ,dia ni kawan serumah aku dan hari ini merupakan hari terakhir dia kat langkawi kerana dia akan bertukar ke AADK pendang...


lepas ni rumah aku akan sunyi sebabnya dah tak ada orang yang nak bertengkar dengan aku....

Dekat dua tahun kami dok satu rumah susah payah kami harungi bersama che wah....

dia ni cakap semua bab boleh mengalahkan lawyer, aku pun kalah kalu bertengkar dengan dia....

oklah "mat yeh aku doakan hang seronok la bekerja kat tempat hang sendiri" .....

so tinggallah aku seorang diri kat langkawi ni....

cuma aku tak leh lupa tentang mat yeh ni dia suka ugut nak bakaq salah sikit nak bakaq salah sikit nak bakaq hmmmm buka puasa tahun ni tak ada la kawan yang nak lawan makan dengan aku sedih laaaa....




yang ni Mohd Faizal bin Mat Desa nama panggilan dia macam-macam klu kat kampung orang panggil pezan, jan klu kengkawan dia pulak panggil Faizal,poyan dan yan....

dia ni seorang yang baik,ramah, tak berkira, penyabar, tak suka marah, cepat sensitif, dan lain-lain lagi la, dia ni lengkap dengan sikap positif dan negatif....

kerja kat Biro bantuan guaman langkawi.....

semau kengkawan yang telah di ceritakan tadi adalah kengkawan dia.....

dia sangat bersyukur kerana dapat berkawan dengan semua kengkawan dia....

oklah wei hempa semua aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kat hempa semua pasai sudi berkawan dengan aku yaaa.......


hmmm kengkawan yang tak disebut kat atas tu harap dimaafkan yaaa walaupun aku tak tertaip nama hempa namun hempa tetap dekat di hati aku.....
terima kasih kat hempa semua.....ok





haaa tak lupa juga untuk sahabat-sahabat satu opis aku zana,hana,ros,ummu,fida,ghafar dan zaini.....





terima kasih semuanya










16 comments:

Faizal@poyan said...

adoiii banyak-banyak entry aku buat yang ni paling payah banyak sungguh dugaan dia

anap_ilmi said...

poyan, hg jgn kwn dlm blog jer..luar,jd mcm kwn dinding..kang aku siebaq ko kang...

Faizal@poyan said...

huhuhu hg paham ka apa ertinya perkataan SIEBAQ tu .... ahaks

Princess Liyana said...

huhu..ramainye kawan dia;p hik2..

Faizal@poyan said...

hmmm tak ramai mana pun....

ala-ala kadar je ahaks......

Anonymous said...

salam

hehe same ar mcm kite... tak punye ramai kawan kat dlm dunia realiti... :( jadi... kite fhm pe rasanye... huhu

byzantine said...

salam..hurm..bila aku kenai hang masa kt kuis dulu hang seorg yg understanding..oklah bagi aku..kadang2 kita bergadoh jugak kan..huhhu hang kuat merajuk huhu pastuh bila ajak pi mkn laju ja..dh ok balik...hhehe..ntah lah poyan kadang2 kehidupan kita ni ibarat roda..kadang2 kita kat atas kadang kita kat bwh..pelbagai halangan kita perlu hadapi...aku harap sepanjang kita kenai harap sampai bila2 pon kita tetap kwn nuh...amin...k lah poyan thankz for everything!.. hang pon ada gak jasanya kat aku..time aku teriak.gembira tawa sedih suma ngan hang!...apa pun...keep in touch..suddenly teringat plak bila aku ngan hang sanggup nih pi semenyih dr bangi lama nk pi mkn kfc perisa kari time tuh...2004 if i;m not mistaken lah kan..huhu kemam! tu je la ayat hang.. nk mkn kerap x ley..study lagi.huhu lani bila aku mkn kfc teringat kat hang...tp aku kali nie mkn ngan kwn2 aku yg lain pulak...huhu oklah poyan melalut pulak aku nih...huhu ok lah na..take care!..doakan kejayaan aku!...hang dah berjaya dah...atas doa aku dulu huhuh tiaderrrrrrr...huhu ok salam rindu dr sahabatmu...selamat berposa na!...kem slm kat sapa yg aku kenai..ok wassalam... ^:)^

Faizal@poyan said...

to byzantine

hmmm walaupun aku kuat merajuk hehehe tapi hg sangup gak kawan dengan aku....

ha betoi la tu kita p mkn KFC 2004 kemam laaaaa, masa tu pasaraya baru buka kat semenyih tu..

hg pun dah berjaya gak ada kerja apa semua hidup hg pun aku nampak happy je oklah tu nak apa lagi kannn..

cuma la ni aku rindu balik zaman kita study dulu kat KUIS...

oklah mat doli kita akan jadi sahabat buat selamanya....

farah aminuddin said...

huhu.. mesti terharu ur friends kalau bc ni =p

Faizal@poyan said...

to farah

emmm ada gak yang baca tapi ada gak yang saya suruh baca tak baca pun

Brother said...

Kawan? Teman? Sahabat? Serupa ke?

Faizal@poyan said...

to brother

kawan,teman dan sahabat bagi saya setiap satu berlain maksudnya...

klu kawan ni bermaksud perkenalan yang tak berapa rapat,

klu teman pulak diertikan istemewa contohnya teman wanita...

sahabat pulak istilah berasal dari bahasa arab.. tapi bezanya kawan dan sahabat ialah sahabat menunjukkan keakraban dan kerapatan sesuatu hubungan itu..

Brother said...

Sahabat ialah sebenarnya diri kita yang kedua.. Sahabat ialah seseorang yang memahami masa lampau anda, yakin dengan masa depan anda dan menerima anda seperti mana anda sekarang.. Persahabatan tidak akan wujud kalau jumlahnya ramai.. Matahari itu memanaskan udara, tetapi persahabatan memanaskan jiwa..

Faizal@poyan said...

to brother..

ya betul tu.... sukar nak dapat sahabat yang betul2 sahabat, kawan senang ja nak dpt tapi sahabat cukup-cukup sukar...

hmmm brother boleh tak bg tau awak ni siapa? aawak ada blog tak

Brother said...

Brother insan biasa.. suka meronda-ronda di blogger..

Faizal@poyan said...

to brother..

terima kasih la kerana meronda masuk keblog saya yang tak seberapa ni...