Wednesday, August 13, 2008

CERITA SEORANG ISTERI BERZINA

SALAM......

Astagfirullah hal azim...... aku istigfar beberapa kali bila dengar suatu cerita, mengenai seorang perempuan yang di gelar isteri dan seorang ibu kepada 4 orang anak.....

Ceritanya begini, seorang isteri yang sedang hamil empat bulan tetapi anak yang dalam kandungan tersebut bukanlah anak kepada suami isteri itu, tetapi anak hasil penzinaan antara isteri tersebut dengan pak wa dia,

Hubungan Antara Isteri tersebut dengan pak wa dia sekarang ini telah genap setahun, pak wa kepada isteri tersebut tahu bahawa perempuan itu adalah seorang isteri orang dan ibu kepada 4 orang anak...

Sebenarnya mengikut cerita si isteri tersebut dia beralih arah kepada pak wa dia bila dia tahu suami dia telah mempunyai orang ke tiga.......

Hmmmm aku betol-betol terkejut mendengar cerita ini. sanggup seorang ibu kepada 4 orang anak melakukan penzinaan kerana marah dengan suaminya....pada hal isteri tersebut yang akan menanggung segala-galanya, mana tidaknya sehingga kini suaminya menganggap bahawa anak yang di dalam kandungan isteri itu adalah anaknya...

Hmmmm apabila anak tersebutl ahir kelak bagaimana keadaannya kaalu lelaki ok la tapi kalu anak tu perempuan tentu masalah perwalian akan menjadi isu...

Hmmm sama-sam lah kita doakan agar isteri tersebut bertaubat sebenar-benarnya kepada Allah....

Sama-sama lah kita doa moga-moga keluarga kita serta isteri kita tidak menjadi seperti cerita ini....

No comments: