Monday, August 11, 2008

GILA TALAK

Assalamualaikum......

Sementara tunggu masa nak ke mahkamah, elok juga aku cuba menaip kat cni drp biarkan blog aku ni kosong.......

Hari ni aku nak cerita pasai GILA TALAK, hmmmmm rupa-rupanya istilah Gila talak ni bukan sahaja digunakan oleh pasangan yang dah bercerai selepas kahwin, tetapi turut digunakan juga oleh pasangan yang putus cinta......

hmmmm malas la aku nak buka kamus dewan, untuk mentakrifkan istilah GILA TALAK ni... secara kefahaman aku GILA TALAK ni bermakna salah seorang daripada pasangan yang telah berpisah teringin ruju' dengan bekas pasangan dia...

Kat cni aku nak cerita pasai seorang sahabat karib aku, dia ni break dengan awek lama dia yang dia dah berkapel selama 7 tahun, dek kerana bertemu dengan seorang lagi pempuan yang dari segi pandangannya amat sempurna, hmmm apa lagi terjadilah episod "Percintaan 7 Tahun Ditewaskan dengan Perkenalan 3 minggu" heheheh sahabat karib aku ni baru 3 minggu je berkenalan dengan pempuan tu, tapi sahabat karib aku ni dah setahun memerhati dan memendam perasaan kat pempuan tu....

So selepas rapat dengan pempuan tu dan dia nampak pempuan tu banyak kelebihan berbanding dengan awek lama dia.... dia pun break la dengan awek lama dia....

Alah terpaksa sambung lepas balik dari mahkamah laaa ok pergi mahkamah dulu...

Hmmmmm sambung balik

Setelah tiga bulan bahagia bersama awek baru, tetiba tanpa di duga kenangan lampau menjengah ke minda dia,

Hmmm , menonton TV pun teringat awek lama, dok bersendirian pun terbayang awek lama emm yang paling teruk tu bila tido awek lama menjelma di dalam mimpi....hmmmm ntah la tetiba je dia rasa nak berbaik balik dengan awek lama dia..

Serba tak kena di buatnya diluah mati mak di telan mati bapak, di antara kedua-dua awek dia tu masing-masing ada kelebihan yang tak ada kat awek seorang lagi dan ada kekuaranggan yang tak ada kat awek seorang lagi hmmm pening aku..

Dia tanya pendapat aku, senang je aku jawab tinggalkan kedua-dua tu dan tunggu awek yang tak di sangka-sangka yang akan muncul kelak senang....

PADA PEMERHATIAN AKU

Cerita sahabat karib aku ni adalah dugaan sebenarnya dari Allah, untuk dia hampirkan diri lagi kepada Allah.....

Sebenarnya setiap manusia ada kelebihan dan ada kekurangan cukup payah nak cari yang sempurna ....

Mungkin sebenarnya, sahabat karib aku ni semasa break dgn awek lama, dia masih lagi ada sayang dan cinta tetapi nafsu telah memesongkan segala-galanya, sebenarnya ada hikmah di sebalik tu ,mana tidaknya sekurang-kurangnya dapat memuhasabahkan diri masing-masing...

Perpisahan sebenarnya adalah kemunculan yang baru, pihak-pihak yang masih lagi kekurangan atau mempunyai kelemahan boleh memperbaiki kelemahan yang ada dalam diri masing-masing...

Mana tau, perubahan yang telah dilakukan selepas perpisahan akan muncul pula perkara-perkara yang tidak disangka-sanga akan terjadi walaupun percintaan terputus ditengah jalan..

Mungkin juga perpisahan yang telah berlaku ,akan menyatu kembali dengan kekuat cinta yang tidak akan bisa dirobohkan lagi oleh mana-mana pihak, semuanya adalah ketentuan dan takdir Allah ingatlah firmanNya "Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"

kepada awek lama Sahabat karib aku tu, aku nak bagi tau bahawa sahabat aku amat menyanyangi dan mencintai dia, cuma dia berharap kelemahan yang ada antara dia dan awek dia diubah dan diperbaiki....

Rupa-rupanya bercinta pun ada masalah, tak bercinta pun ada juga masalah, tapi yang tak bercinta tak la banyak sangat masalahnya daripada bercinta ya takkkk...

Moga sahabat karib aku yang tengah GILA TALAK tu , akan diberi Taufik dan Hidayah serta pedoman oleh Allah dalam mengharungi hubungan percintaan sesama manusia.....

Hmmmm setakat ini sahaja kot coretan aku....

Kepada Sahabat Karib aku tu, aku nak bagi tau aku sentiasa berada bersama hang aku akan sokong apa-apa keputusan yang baik dan elok yang hang akan buat okkkk....

sekian

3 comments:

anap_ilmi said...

mmg karangan SPM

Faizal@poyan said...

haaaa lahhhhh spm pun spm laa janji blog aku so ikut suka aku nak taip apa pun

en_me said...

gitteww erkk..