Saturday, August 23, 2008

KELMARIN

kat kampung aku sekarang ni musim menuai padi hehehe mai je musim menuai padi bermakna orang-orang kampung aku dah jadi kaya hehehehe





ASSALAMUALAIKUM.......


Hari cuti kalu aku tak balik ke kampung aku akan mengemas rumah, so minggu ni aku tak balik apa lagi mula la projek mengemas rumah tapi aku seorang je yang dok pulun yang 2 orang kawan serumah aku dok tidoqqqqqq lagi.....


Mula mengemas dari jam 9.oo pagi sampai ke 12.00 tengah hari..... siap sapu sampah, rawang sarang labah-labah, mok lantai, dan susun benda-benda yang boleh di usun .... siap semua projek mengemas rumah kawan-kawan aku pun bangun dari lena yang panjang depa, dengan selambanya depa kata hmmmm "aku dalam mimpi ka ni, rumah sapa ni" rasa geram ja dalam hati aku......


Waktu petang pulak ntah tetiba dengan tak semena-mena aku teringat kat orang yang aku suka tapi dia tak suka kat aku, bila mai je mood teringat kat dia aku jadi murung secara tetiba.....dalam pala otak aku muncul je pertanyaan2 yang aku sendiri tak boleh nak jawab tapi yang boleh menjawab dia sahaja


Bila aku mai mood mcm tu aku suka keluar... so ptg tu aku merempit bawa moto KCB2005 aku jauh ke PAntai Cenang.. 30 minit juga drp rumah aku ke Pantai Cenang kebas juga laaa....


Sampai je kat Pantai Cenang aku rasa tenang sangat bila mendengar bunyi ombak menghempas pantai, iramanya sungguh tenang.....mata pun tenang je jadinya bila tertengok orang-orang bermandi-manda.....


Lepas dok melepak sorang-sorang kat tepi pantai tu, aku kembali kat moto aku terus aku bawa untuk ke tepi pantai satu lagi yang bersebelahan Lapangan Terbang untuk pekena laksa dan cendoi, emmmm best sgt sambil melihat pantai, sambil-sambil tu juga boleh tengok kapal terbang berlepas dari landasannya.....


Sambil dok pekena laksa dan cendoi tetiba aku dapat satu masej, aku buka masej tu rupa-rupanya daripada sesorang (perempuan) yang dah lama aku tak bermasej.....
Tak sangka walaupun aku tak layan dia tapi dia tetap ingat kat aku, sebab apa aku tak jatuh cinta je dengan dia kenapa aku asyik ingat orang yang tak pernah pun ingat kat aku.....
kenapa aku tak boleh je terima dia dan lupakan perempuan yang langsung tak ada perasaan kat aku......
Bila masanya aku boleh melupakan dia buat selama-lamanya.....
ntahhhhhh lahhhhh




6 comments:

Yana Ismail said...

Alahai..seronoknya dapat balik kg:)huhuhu

Faizal@poyan said...

hmmm walau pun hujan emas tempat orang hujan batu tetap di ingati....

Anonymous said...

salam

emm besh ar dia... kot sedey ke ape... leh merempit ke tepi pantai... huhu

>> lepaskan aje dia dari belenggu ingatanmu itu...

Faizal@poyan said...

tgh cuba nak lepaskan lah ni tapi kadang-kadang tetiba-tiba teringat jeee

anap_ilmi said...

ehhh..perlulah feeling2,,huhu

Faizal@poyan said...

diamlahhh kau anap.....