Monday, September 15, 2008

DUIT RAYA

Assalamualaikum....

Sebenarnya minggu ni aku cukup sibuk dengan 5 fail untuk pergulungan hujjah yang kena di submitkan ke mahkamah, tapi aku tak ada mood nak buat pasai ilham aku tersekat....

Tapi yang hairan tu ada pulak mood nak manaip kat blog ni hmmmm

yang 5 fail untuk pergulungan hujan tuh ok sekejap je nak siap kan main copy paste je... tapi ada satu fail untuk pergulungan hujah balasan, fail ni yang aku dok lemaih perut (risau).

hmmm sakarang kita dah masuk pertengahan bulan Ramadan dan tak lama lagi ramadan dah nak meninggalkan kita..

Ha lagi 14 hari nak raya semalam aku punya tak boleh tidoq dok pikiaq pasai duit raya...

almaklom lah sekarang ni aku dah kerja so bila dah kerja kena la bagi duit raya kat sepupu sepapat aku yang ramai tu..



gambar kat atas ni semua keluarga sebelah ayah aku...cuba peratikan sepupu sepapat aku tu gambar ni di ambil waktu kenduri kahwin pak su aku 2 tahun lepas ...

Arwah tok wan dan tok aku (sebelah ayah) ada 9 orang anak...

1.pak long aku ada 4 orang anak

2. Ayah dan mak aku ada 5 orang anak

3. pak lang aku ada 3 orang anak

4. pak jang aku ada 3 orang anak

5. Mak ndak aku ada 4 orang anak

6. Mak tam aku ada 3 orang anak

7.Mak tih aku ada 3 oarang anak

8. Pak cik aku ada 3 oarang anak

9. Pak su aku baru seorang anak

so bila dijumlahkan semua anak-anak pak menakan (bapa saudara)dan mak menakan (ibu saudara) aku tu adalah 29 orang sepupu, ni sebelah ayah aku ja tak campur sebelah mak aku lagi.. hmmm subur sungguh keluarga aku ni.....

Sekarang aku dok tengah budget nak bagi seorang berapa ringgit dok ingat nak bagi RM5 je tapi rasa RM5 tu macam aku tak berapa ikhlas so aku ikhlaskan hati aku mungkin nak bagi seorang RM3 je kot.. hehehehe

Apa-apa pun Duit raya setahun sekali je....tak kisah la janji ikhlas tu yang pentingkan...

haaa kepada yang dah bekerja tu jangan la kedekut sangat bagi la duit raya kat bebudak ok...

10 comments:

tasekM said...

aku pun nak duit raya juga ok........ :)

Faizal@poyan said...

to tasik merah....

dah besar gajah dah pun nak duit raya lagi hmmmmm

Yana Ismail said...

huhu..yana pun nak jgakk:)

err..bgtu ikut budgetla bro,ramai tu nak kc;p

Faizal@poyan said...

to yana...

nak mai raya kat umah saya...

hmmm tgh budget la ni

Yana Ismail said...

lor..cm jauh je bro..err..pos duit raye leh?;p

farah, s. said...

mak aih ramainye.. hehe.. mmg kene budget lebih la ye

Faizal@poyan said...

to liyana..

hmmmm tak janji hehehehe

to farah..

memang pun tgh budget lah ni

Anonymous said...

salam

hehe ramainye sepupu2 dia... isk tak kesah la kan bpe pon nak hulur yang penting ikhlaskan kerana Allah... bagus kalo bagi bebudak suke ni tau... :)

> dah dapat mkn nasi kerabu la yek? :)

Faizal@poyan said...

to manje..

heheh ya ikhlas ni tak sabaq dah nak bg RM3 heheh tapi duit tak tukar lagi..

hmmm dah merasa dah nasi kerabu hmm

Yana Ismail said...

ecewah..tak janjila plakkk..alaahai;)