Wednesday, September 3, 2008

TILIK MENILIK

Assalamualaikum...

alhamdulillah pejam celik pejam celik dah masuk bulan keberkatan iaitu bulan Ramadhan..... emmm arini baru aku berkesempatan menaip kat blog aku.

dikesempatan ini aku nak ucap selamat berpuasa untuk semua kengkawan aku sekalian...

hmmm cerita pasal tilik menilik ni terjadi atas diri aku sendiri......

Macam ni, ari selasa lapas bersamaan 2 Ramadhan, aku pergi melawat kengkawan kat opis A.Star, sampai je kat opis tu aku di sambut oleh Anan dia ni india.... aku boleh kata rapat la juga dengan Anan ni... selepas bersalam dengan semua staff ( yang lelaki je) kat situ aku pun berborak sekejap dengan Anan...

Sebenarnya aku baru tahu Anan ni pandai menilik... apa lagi dah tak ada apa nak sembang aku pun dengan rela hati meminta Anan tu tolong tilikkan aku, hehehehe bukan untuk mempercayai tetapi sekadar nak tahu dan main2 je...

selepas aku bagi tarikh lahir aku dan dia pun conteng-conteng kat kertas, ntah apa-apa yang dia tulis aku tak faham tulisan dia pasai tulisan tamil....

lepastu dia minta tengok tapak tangan aku, hmmm aku pun bagi la dia tengok ntah apa la yang dia kira n fikir lama sangat....

hasilnya selepas lama anan tu berkira-kira dan berfikir.... dia pun bagi tahu aku keputusan tilikan dia...

hehehe anan panggil aku Ustaz,

Anan:

" ustaz ni seorang yang baik hati, lembut hati tapi pandai jaga rahsia, kerja kuat, ustaz buat baik dengan kawan-kawan tapi ustaz jangan harap kawan-kawan bebuat baik dengan ustaz kerana kawan-kawan ustaz depan ustaz memang nampak baik tapi belakang ustaz macam-macam depa kata kat ustaz, so lebih baik ustaz tak ramai kawan, emmm masa ustaz kecil dulu ustaz banyak masalah sehingga sekarang ustaz ada lagi masalah tapi bila ustaz umur 26 tahun ustaz akan dapat apa yang ustaz nak...."

Aku:

"hmmm memang masa saya kecil dulu saya banyak masalah, saya mengaji pun tak pandai, saya pun tak ramai kawan-kawan , emmm memang saya caring kat kawan-kawan saya tapi saya rasa kawan-kawan saya macam tak peduli pun saya" hmmm lagi Anan

Anan:

" Ustaz sekarang ada berkawan dengan mana-mana perempuan ka? ustaz ada suka kat mana-mana pempuan ka"

Aku:

" lani saya tak ada bekawan dengan mana-mana pempuan, cuma saya ada suka seorang perempuan ni tapi dia tak suka saya"

Anan:

" hmm ustaz tak sesuai dengan perempuan yang ustaz suka tu sebabnya pempuan tu besar kepala, ketegaq suka melawan cakap ustaz.. ustaz akan jumpa seorang perempuan semasa dalam perjalanan ke mana-mana mungkin semasa dalam feri, ustaz akan berjumpa dengan seorang perempuan yang bekerja sebagai pensyarah atau cikgu, dia seorang yang baik, cantik, warna kulit putih drp ustaz, kurus, dan ada tahi lalat di bawah mata, tapi semua tu akan terjadi semasa umur ustaz 26 tahun sekarang ni memang ustaz tak akan dapat... "

Aku:

"memang pempuan yang saya suka tu ketegaq"

Anan;

"Ustaz akan dapat apa yang ustaz nak bila umur ustaz 26 tahu, ustaz nak keluar daripada pulau pun bila umur 26 tahun, ustaz nak naik pangkat pun umur 26 tahun tapi tak mudah kerana ramai yang nak menjatuhkan ustaz tapi ustaz seorang yang kuat kerja dan ustaz boleh menghadapi semua tu emmm ustaz study lagi ka sekarang ni?"

Aku:

" ya saya sambung study lagi"

Anan:

" bagus la kalau macam tu cuma kenapa ustaz selalu cepat lupa? ustaz semasa belajar selalu ingat benda-benda lain yang bukan pun masalah ustaz ,lepas ni ustaz bila baca buku ustaz kena duduk bersila"

Aku:

" hmmm terima kasih la Anan"

hehehe macam na seorang Ustaz menilik nasib pelikkan....

hmmmm aku bukan nak percaya sangat tapi sekadar suka-suka je ....

hmmm aku anggap apa yang Anan bagi tahu aku tu sebagai kajian oleh Anan bukannya menilik nasib hahahahah....

hmmmm ntah laa....banyak lagi Anan bagi tahu tapi biarlah rahsia hehehe

pesanan kepada kengkawan semua jangan percaya dengan tilikkan,

ingat semua adalah di bawah kekuasaan Allah hanya Allah sahaja yang tahu segala aturannya..

ok selamat berpuasa dan selamat menunaikan tarawih

10 comments:

farah, s. said...

selamat berpuasa tuan blog..

Hafiz Aziz said...

ermmm...ekceli...suke2 ke atau serius ke..memang tak leh..pernah terbaca...

Faizal@poyan said...

to mikagami

hmmm memang menilik nasib haram tapi saja la yang penting aku tak percaya...

anap_ilmi said...

poyan..baik hang mungucap balik...hahah..meh ikut aku..ashadu allaa ilaha illa allah...ikut..

Faizal@poyan said...

diam ko anap

Nurul Nadiah said...

selamat berpuasa =)

Shila said...

Salam...

Tilik menilik ni kadangkala mmg benar2 terajdi.
Tapi sebg muslim,kita hanya perlu percaya pada qada dan qadar

Faizal@poyan said...

betol tu kak shila...

apa-apa pun tiada siapa yang tahu qada dan qadar allah yang akan di tentukan kepada kita

farah, s. said...

salam faizal..

first of all, ketegaq tu ape ek.. haha..

erm..maybe tilik menilik ni kdg2 ade yg betul.. tp jgn terlalu taksub jelah...

just jadikan tu satu mende untuk muhasabah diri kite..

=)

Faizal@poyan said...

to farah

farah ketegaq tu maksudnya keras kepala nak dia je betol...

hmmm betul tu ni tgh jadikan muhasabah diri la ni hehehe