Wednesday, October 29, 2008

RAYA ENAM

SALAM SEMUA...

kemarin 29 syawal cukup aku berpuasa enam pada bulan syawal. hari ini 1 Zulkaedah aku merayakannya hehehe. selamat sempat juga aku habiskan berpuasa enam....

hmmm aku ingat bulan syawal tahun ni sampai 30 hari tapi 29 hari je...Alhamdulillah la.. cukup juga aku berpuasa enam walaupun selang-selang...

sebenarnya aku tak tau nak taip apa kat blog aku ni, kepala aku masih berserabut dengan asgmnt yang tak siap-siap lagi...

oklah setakat ini lah dahulu nanti klu ada apa-apa aku cerita lagi..

TAG DARI ALONG

Assalamualaikunm...

pagi-pagi dah dpt YM dari along minta aku jawab tag drp dia ni antara soklan dan jawapan daripada aku:

Name: Mohd Faizal bin Mat Desa
Sisters: 2 orang
Brothers: 2 orang
Shoe size: 10
Height: 180cm je...sesuai la dengan berat
Where do you live: Kg kepala 10 simpag 3 ulu sedaka yan kedah
Have you ever been on a plane: Ya banyak kali dah !
Swam in the ocean:pernah la coz dok kat pulau
Fallen asleep at school: rasanya tak pernah kot...tumpu pelajaran tu yang pandai lani..
Broken someone’s heart: no comment
Fell off your chair: pernah, kurang pengajaran punya kawan, aku nak duduk dia tarik kerusi...
Sat by the phone all night waiting for someone to call: tak pernah perlu ka tunggu2....huhuhu
Saved e-mails: buat berat je kalu save..
What is your room like: kadang2 ok kadang2 berselerak ikut mood.
What’s right beside you: fail2 kes yang bertimbun dan juru bahasa opis
What is the last thing you ate: tembikai dan kek
Ever had…Chicken pox: pernah…umur 5 tahun teruk sangat ...
Sore throat: ni pun tgh sakit ....
Stitches: tak pernah hehehe tak ada parut langsung badan aku..
Broken nose: tak pernah.
Do you Believe in love at first sight:cinta pertama bukan di takdirkan untuk bersama.. aku tak percaya ..
Like picnics: suka la ikut mood gak
Who was/were…The last person you danced with: tak ada coz aku tak pernah menari,,, zapin pun tak pernah..
Last made you smile: tak ada.. aku bukan pesenyum
You last yelled at: ROSMUNA....
Today did you…Talk to someone you like: tak ada langsung..
Kissed anyone: ada jeeee
Get sick: nope…
Talk to an ex: tak.... minta simpang mailaikat 44
Miss someone: wat apa nak rindu kat orang kalau orang tu pun tak rindu kat kita... perlu ka nak rindu kat dia..
Who do you really hate: ada la,, rahsia...
Do you like your hand-writing: tak.. macam cakar itik
Are your toe nails painted: gila apa....
Whose bed other than yours would you rather sleep in: hmmmm..
What color shirt are you wearing now: dark green..
Are you a friendly person: ntah la... kwn aku kata aku yang paling mesra alam dan riang ria...
Do you have any pets: wat masa la ni tak ada tapi minggu depan nak bela ikan kat opis..
you sleep with the TV on: tak pernah ..klu nak tidor, kat bilik laa.... membazir amalan syaitan
What are you doing right now: nie jawab tag .
Can you handle the truth: yaaa
Are you closer to your mother or father: my mom
Do you eat healthy: hehehe ikut keadaan…
Do you still have pictures of you & your ex: tak pernah bergambar dengan wanita yang bukan muhrim... berdosa ooo
If you’re having a bad day, who are you most likely to go to: suka makan..
Are you loud or quiet most of the time: quiet..
Are you confident: hmmmm mesti

5 things I was doing 10 years ago:
1. suka tgk tv citer dragon ball sampai poteng kelas ust sayuti
2. bawa moto honda kau dari rumah ke pondok pakman
3. pakai halmet warna hijau
4. jadi tok bilai surau
5. hafal subjek bahasa arab... hmmm penat la

5 things I would do if I were a billionaire:
1-apa yang keluarga nak... aku bagi
2- beli tanah kat makkah (senang nak p wat umrah dan haji)
3- buka rumah orang tua-tua dan anak yatim
4- ronda satu dunia t
5- tambah duit lagi la bagi banyak

5 of my bad habits:
1- sensitive hmmm haru sungguh takleh nak ubah dah
2-wat kerja tangguh-tangguh
3- ikut mood
4- gigit kuku memang dari kecik lagi tapi la ni dah jarang dah
5- bila baring mesti gentil rambut

5 places I’ve lived/living:
1- kg kepala 10 spg 3 ulu sedaka yan kedah
2-asrama pondok pak man bukit besar kedah sat je pastu lari
3-asrama sek men agama sg limau yan kedah
4- qaryah blok e&g KUIS
5- taman sri berlian langkawi

ok along terima kasih tag aku nanti tag la lagi hehehe

hehehe lupa la ....

orang berikut sila jawab tag dari ni

1. anap
2. hambali

Wednesday, October 22, 2008

KERJA AKU

Assalamualaikum.....

pagi ni aku nak cerita mengenai kerja aku sebagai Peguam Biro bantuan Guaman sebabnya Along kawan aku tu minta aku cerita macamna aku kerja.....

hmmm klu nak ikutkan tahap pengajian aku setakat diploma aku tak layak untuk jadi peguam untuk berguam di mahkamah tetapi Alhamdulillah aku di lantik untuk menjawat jawatan Penolong pegawai Syariah LS27 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan di tempatkan di Biro Bantuan Guaman (BBG) sebab tu la aku boleh berguam di mahkamah.

penjawat yang di lantik untuk jawatan macam aku layak untuk berguam di mahkamah sebab dah termaktub di dalam Akta Bantuan Guaman... tapi klu aku di tempatkan di mana-mana mahkamah aku hanya akan jadi seorang penolong pendaftar mahkamah..Alhamdulillah satu kelebihan la aku di tempatkan di BBG sebab boleh bawa kes dan peguam memang cita-cita aku dari dulu lagi..

ok kat BBG ni aku banyak bawa kes-kes Syariah seperti cerai taklik, fasakh, mutaah, Nafkah eddah, Nafkah anak dan Kuat kuasa perintah nafkah...

BBG ada bidang kuasa tersendiri kami bantu bawa kes untuk client yang berpendapatan 25 ribu kebawah setahun..bayaran yang di kenakan ialah RM2.00 untuk satu fail..

selalunya bila client dtg ke BBG kami buka fail dan client tu jumpa aku untuk penyiasatan atau khidmat nasihat, selepas tu kami akan hantar notis 14 hari kepada pihak lawan untuk hadir ke BBG jika tak hadir @ kes tu memang boleh menang kami akan failkan terus kes kemahkamah...

sebelum failkan kes ke mahkamah wajib setiap tuntutan bermula dengan penyata tuntutan @ afidavit hmmm penyata tuntutan ni selalunya pembantu aku yang akan draf dan aku akan semak klu ok boleh terus failkan ke mahkamah dan tunggu kes itu bila tarikh sebutan di mahkamah. Bila dah tahu tarikh sebutan aku akan turun ke mahkamah untuk sebutan untuk mengetahui samaada saman telah sempurna ataupun belum, kalau sempurna pohon untuk bicara penuh walaupun pihak lawan tidak hadir klu tak sempurna pohon saman sekali lagi samaada ke alamat baru atau Iklan di akhbar (untuk cerai sahaja).

perbicaraan ada dua jenis
1. perbicaraan sebelah pihak (plaintif sahaja)
2. perbicaraan dua belah pihak (plaintif dan defendan)

perbicaraan jenis pertama mudah je sebab sebelah pihak ambil keterangan plaintif dan kemudian keterangan 2 orang saksi. aku tanya soalan depa jawab. lepastu aku pohon untuk pergulugan hujjah dan kemudian keputusan.

perbicaraan jenis kedua ni payah dan lambat sikit klu defendan ada peguam dia sendiri, masa nak ambil keterangan Plaintif aku akan soal utama lepas tu peguam defendan soal balas lepas tu aku soal semula lepas habis keterangan plaintif baru keterangan 2 orang saksi. kemudian baru keterangan defendan, peguam dia soal utama aku soal balas dan peguam dia soal semula dan lepastu baru saksi defendan. lepas habis bicara tu peguam defendan pohon untuk pergulungan hujjah lepastu aku balas balik pergulunggan hujjah dia pastu dia akan jawab balik hujjah aku dan akhir sekali baru keputusan.

hmmm macam tu la kerja aku kat BBG ni tapi kat langkawi tak banyak kes sangat aku banyak bawa kes untuk bicara sebelah pihak je cuma ada dua kes je yang aku bawa melibatkan dua belah pihak.

jangka masa untuk perbicaraan sebelah pihak hanya 3 @4 bulan tapi jangka masa untuk bicara dua belah pihak boleh sampai setahun lebih.

kehidupan aku klu tak ada kes kat mahkamah aku dok kat opis tunggu klu ada client mai aku bg nasihat kalau tak ada client aku wat hujjah atau aku layan blog aku atau berforum dan kerja-kerja opis yang lain la

sebenarnya aku nak tukar ke BBG A.Star kedah sebab kat cna boleh belajar banyak lagi mengenai guaman ni klu kat langkawi tak banyak belajar sangat sebab kes sikit..tapi jawatan aku tak ada kosong lagi kat situ...

aku nak ucapkan terima kasih kat En yusman yang banyak mengajar aku macamna nak kendalikan kes sampai aku dah pandai ( terima kasih en yusman).

oklah maaf entry ni terlalu panjang, klu ada soalan boleh la tanya aku kat ruagan komen ok..

terima kasih membaca

Monday, October 20, 2008

TAG DARI ANAP

Assalamualaikum...

sebenarnya bulan ni dan bulan depan adalah bulan kesibukan aku, mana taknya sem ni tiap-tiap subjek yang aku ambik semua kena wat assgmnt penat laaaa... pastu banyak pergulungan hujjah kena siapkan dalam bulan 11 ni dan dengar cerita bulan 11 ni juga aku akan ada kursus...

tak pa untuk menghargai sahabat aku si anap tu aku luangkanlah sikit masa menjawab apa yang aku boleh jawab....( anap hg nak bg hadiah apa kat aku) hehehehe..

berikut soklan dan jawapan daripada aku mengikut urutan...

[01] Real name:
Mohd Faizal bin Mat Desa

[02] Nickname:
pezan @ Jan =orang kampung panggil
poyan = kwn-kwn dari KUIS panggil
Faizal = kwn-kwn kat opis panggil

[03] Status:
masih solo dan tengah mencari tapi tak jumpa jumpa lagi

[04] Zodiac Sign:
Taurus

[05] Gender:
lelaki

[06] Age:
24 tahun tapi org kata macam 30an hehehe

[07] High School:
Pondok Pak Man ( ngaji sekolah pondok je)
Sek Men Agama Sg. Limau Dalam Yan dr tingkatan 4-5 je

[09] Height:
180cm kot lama dah tak ukur

[10] Weight:
antara 90-100 kg

[11] Do you like yourself:
mesti la suka gila apa tak suka diri sendiri

[12] Piercings:
hmm tak

[14] Are you a freak :
tak ada apa yang pelik macam manusia biasa juga

[15] Hair:
hitam kerinting

[16] Skin:
ada dua warna untuk kulit aku yang terdedah dengan sinaran matahari sawa matang la sikit yang lain putih hehehe

[17] Allergic:
ntah semua ok je

[18] What are you doing now:
tgh menaip la

[19] What will you doing 1 hour later:
hmm bg khidmat nasihat kat client

THE FAMILY

[21] Live with mother/father/parents/family:
kalau balik kampung dengan keluarga la
kalau kat langkawi ni dengan kawan serumah la zaini

[22] Siblings(included you):
5 orang (3 lelaki 2 pempuan)

[23] Eldest:
aku la coz aku yang sulong

[24] Youngest:
adik pempuan aku yang umur 3 tahun

[25] Love/hate your family:
mesti la sayang kat keluarga walaupun ada bergaduh dengan adik-adik gak hehehe tapi aku menang

THE LOVE

[26] You found your another half:
belum jumpa yang sesuai lagi kawan ramai la

[27] If yes, who is he/she:
semua kawan-kawan yg betul-betul kawan aku

[28]Who you want he/she to be:
selama-lamanya bersahabat walau apa pun yg terjadi

[29] Time(s) you in relationship:
bercinta belum ada yg berkawan baru je

[30] Ever woo boy/girl:
ntah la rasanya ada kot tapi aku lak yg tak berminat

[31] Anyone woo you before:
orang yang tak di sangka-sangka

[32] Did anything wrong to your other half:
Alhamdulillah setakat la ni belum lagi la

[33] What was/were the wrong you had done:
lantak la

[34] Ever argue with your other half:
tak pernah

[35] You with your other half since:
ntah
[36] Are you straight/lesbo:
hmmmm esh-esh soklan ni pun ada noh lu pikir lah sendiri hehehe pinjam kata-kata nabil

[37] Reasons you love your other half:
klu aku suka seseorang tak ada alasan asalkan pertama kali aku tengok aku suka jadi selalu tapi bila aku suka dia lak yang tak suka kat aku
[38] You and your other half in which stage:
masih kabur n dalam penantian dan carian

[39] You woo he/she or he/she woo you:
ntah tapi klu ada org pempuan mula ngorat dulu ok gak tapi itu lah bila ada je yang ngorat aku, aku lak tak mau bila aku mula ngorat dulu dia lak tak mau kat aku esh poning la pala

[40] Ever think of marry he/she:
tungguuuu


THE FRIENDS
[41] Your first best friend:

ntah kawan baik ni aku rasa tak ada la, yang ada kawan biasa-biasa je, tapi ada la juga biarlah rahsia
[42] Your first enemy:
tak pernah rasanya
[43] The friends you love the most:
kawan yang sentiasa menghargai dan merasa bahawa aku ni kawan dia dan selalu kongsi masalah dia dengan aku dan tak lupa aku waktu dia senang dan susah

[44] The enemy you hate the most(1only):
israel
[45] Your most beautiful girl friend:
biarlah tinggal kenangan sebab dia kawan yang tak menghargai kawan cantik paras rupa tapi sikap.....

[46] Your most handsome boy friend:
pada aku semua kawan aku ada kelebihan handsome tak handsome belakang kira yang penting dia tahu menghargai persahabatan

[47] The kind of girl you hate the most:
belagak,sombong, tak menghargai org yang selalu caring dia mengada-nagada
[48] The kind of boy you hate the most:
ambil kesempatan atas kebaikan orang lain, tak menghargai kawan sendiri, lupa daratan, angkoh , belagak pandai dlll

[49] You fall in love with your close friend before:
ada kot

[50] Your best friend is your ex-lover:
tak

[51] If your friend backstabbing you:
tak payah dok tergedik-gedik nak kawan dengan dia

[52] If your friend betray you:
tak leh biarkan, kena terus terang kalau tak lagi menjadi-jadi

[53] If your friend woo your lover:
tak ada

[54] If your friends fall in love with you:
kalau ada terus terang

[55] If you fall in love with your best friend:
tak kot


THE STUDIES
[56] Are you a good student:

aku ni pemalas oleh itu aku ni pelajar sederhana je

[57] You always done your homeworks/assignments:
mesti la buat kalau tak buat alamatnya tak dapat markah la

[58] The teacher/tutor you love the most:
sekolah rendah= cikgu haji ahmad sopian
sekolah menengah= cikgu tipah
kolej=ustaz shahrul azman
u lak = Dr ismail

[59] Always late to school/college:
tak pernah la terlambat sebab aku menepati waktu huhuhu

[60] Your class:
pengajian islam Syariah

[61] You love your seniors:
kat PJJ UKm kat a.star aku la senior

[62] Senior who you love the most:
tak ada

[63] Your classmates good/bad:
kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok ikut mood

[64] Excellent result classmate:
tak tau lah aku sebabnya semua org rahsia keputusan depa

[65] Laziest classmate:
hehehe tak mau bg tau jaga aib org bodosa oo bagi tau aib org


THE PEOPLE

[66] Smart people:
yang berfikiran matang, berbuat baik kat semua orang dan menghargai orang yg menghargai dia

[67] Stupid people:
buat reja bodo dan salah di sisi Islam dan tak hargai orang yg buat baik kat dia
[68] Good looking people:
pandai bawa diri ikut suasana

[69] Ugly people:
rempang tiga suku orang kedah je paham makna rempang tu

[70] Funny people:
bila dia bercakap boleh bagi orang lain ketawa tanpa percakapan dia tu menyinggung perasaan orang lain

[71] Cute people:
budak-budak la klu orng tua takkan nak kata cute lagi kot

[72] Bad people:
belagak pandai tapi pada hakikatnya bodo pandai cakap je

[73] Honest people:
ikhlas, baik budi bahasa dan menghargai org lain

[74] Acting people:
bermuka-muka dan penipu

[75] You are what kind of people:
aku ni ntah la rasanya aku selalu wat baik dan menghargai kawan-kawan aku tapi ada gak kawan-kawan aku yang tak hargai aku...aku ni boleh berkongsi rahsia dan pendengar yang baik, kadang-kadang periang dan kadang-kadang jd org yang pendiam
THE PREFER

[76] Lip or eyes:
mata la

[77] Hugs or kisses:
peluk la

[78] Shorter or taller:
taller

[79] Hesitant or spontaneous:
spontaneous

[80] Nice stomach or nice arms:
stomach

[81] Listener or talker:
talker

[82] Romantic or rich:
romantic

[83] Good husband or Good Father:
good husband

THE FUTURE

[84] Age to get marry:
26 @ 27

[85] Numbers of kid(s):
5 @ 4

[86] Career:
nak jadi hakim syarie

[87] Salary:
banyak mana pun memang tak cukup tapi ikut gred la janji boleh menabung untuk bawa mak dan ayah aku buat haji ok la

[88] Retirement age:
58

[89] Properties value:
tak tau lg
[90] Wishes:
hmmm semoga aku di temukan jodoh dengan wanita yang solehah cantik dalaman dan luaran kalau boleh yang reja cikgu huhuhu... dan aku harap dapat bawa mak dan ayah aku ke makkah

hmmm panjang bebenor soklan dia napa la tak sampai ke 100 je soklan tu...

aku ambik masa sejam setengah nak siapkan jawapan campor dengan buka kamus lagi hmmm..

terima kasih la anap kerana menyuruh aku jawab ni pertama kali aku jwb tag...

Saturday, October 11, 2008

LANGKAWI

Assalamualaikum......

Tajuk diletak Langkawi.... hmmm rasanya sesuai lah kot apa yang aku nak cerita hari ni...


bersempena sahabat karib aku yang bernama Mohammad Iskandar shah bin Ibrahim atau lebih dikenali lagi sebagai Wan Chu turun Langkawi semata-mata nak jumpa aku, maka aku mewujudkan entry ini...

Wan chu datang langkawi sehari je so hari sabtu aku bawalah pusing-pusing langkawi tapi tak banyak tempat pun yang sempat melawat sebab petang dia dah nak balik....

hmmm layanlah gambar-gambar kat bawah ni ok...


tempat pertama kami pergi pantai pasir hitam hmmm memang hitam pasir tu....



hmmm tempat kedua ialah perkara wajib kalau datang ke langkawi iaitu naik Kabel car.... ni kali ketiga aku naik...



gambar kat atas puncak Gunung Mat Cincang, aku, wan chu & ashraf (kawan wan Chu)



gambar ni pulak kat Pantai Cenang time ni orgh tak ramai pasai tengah hari..



tempat last aku bawa wan chu ialah dataran lang... rasanya kat cni pun wajib juga mai...
oklah wan chu terima kasih kerana mai jumpa aku hehehe sori lah setakat tu je tempat-tempat yang aku sempat bawa hg berjalan ok....
ok kepada semua datanglah melawat Pulau Langkawi permata kedah macam-macam adaa.....


Tuesday, October 7, 2008

wayang

Assalamualaikum....

Dengan tak semena-mena, malam tadi, tengah aku berjalan sorang-sorang kat langkawi parade hati ni terdetik pulak nak nonton wayang citer senario... emmm apa lagi tanpa melengahkan masa aku pun naik lah ketingkat 10 beli tiket wayang.....

cerita mula jam 9.00 malam, hmmm tengok wayang sorang-sorang ni dah memang kebiasaan aku dah, tambah-tambah kalau aku nonton kat langkawi....

masa aku beli tiket tadi tak la ramai sangat tetiba bila masuk je ke langkawi cineplex tu dah penuh kerusi yang ada kat belakang...

aku masuk panggung 2 no kerusi aku E 17 ha kerusi ni memang kerusi kegemaran aku hehehehe....

sebenarnyakan aku sejak dua menjak ni asyik murung jeee.. tapi bila tengok cerita senario ni memang aku gelak sakan laaa walaupun sebelum ni ada kawan-kawan aku yang dah tengok kata cerita ni tak lawak sangat... pada aku oklah ada juga lawak terutama lawak lan pet pet....

aku sebenarnya bukan nak wat review cerita ni tapi saja je nak cerita.. yang aku dah p tengok dah hehehe...

kesimpulannya senario episode 1 ni ada kelakarnya, mesti ketawalah, ending dia je yang tak berapa best... top-top dah habis hmmmm

tapi oklah aku gelak juga.....

sesapa yang dah lama tak ketawa aku usulkan supaya hempa plah menonton cerita ni

Monday, October 6, 2008

tertiba

salam..

esh awat laaa hari ni aku rasa lain sangat, aku rasa bercampur baur kadang-kadang sedih kadang-kadang geram kadang-kadang benci kadang-kadang sunyi....

mood aku hari ni memang lain macam sangat seolah-olah seperti aku frust cinta lagi, tapi tak mungkin pasai selepas aku frust dulu aku dah tak bercinta dengan sesapa dah.....

aku cuba nak hindarkan mood yang macam ni tapi tak boleh haru sungguh....

emmm biarlah aku pendamkan nasib la ada blog aku sendiri yang boleh aku luahkan sedikit perasaan aku ni....

1 SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM...



Selamat hari raya sekali lagi untuk sahabat-sahabat yang membaca blog aku yang tak seberapa ni....



1 Syawal telah berlalu penuh kegembiraan kepada anda yang berasa gembira, tetapi pada yang rasa 1 syawal kali ini tidak semeriah 1 syawal sebelumnya harap bersabarlah... begitulah lumrah kehidupan... kekadang ok kekadang tak ok..



bagi aku 1 Syawal kali ini sama seperti tahun-tahun yang lalu kekadang rasa sunyi dan kekadang rasa macam biasa ja....



tanpa di sangka-sangka bermula 30 ramadhan ringtone masej aku asyik berbunyi je... masej ucapan daripada kawan-kawan yang masih lagi mengingati aku walaupun dah lama tidak berhubung....



di sini aku nak senaraikan nama kawan-kawan yang ucapkan selamat hari raya kat aku.....dari org pertama yang bg ucapan sehinggalah yang terakhir setakat hari ini...yana, hana, raihan, syam, akim, liteyo_berry, zana, niza, mirol, fida, ummu, encik yusman, ros, abg saufi, husin, chain, ilyas, wan chu, mahadir, anap, puan mazlina, ustaz badri, amri, syarif hilmi, gafar, zaini, muchang, pinat, apai, ustaz harun, kak yan, azizi, apip, mat rapi, akmal, mat doli, muaz, syaz, Tuan syeikh hafiz helmi, abg aziz dan hamzah.. terima kasih aku ucapkan kat hempa semua yang ingat kat aku ni...



hmmm ni aku nak cerita pulak suasana hari raya aku, pagi 30 ramadhan aku pergi pasar tani beli barang-barang pasai mak aku nak wat nasi ayam masa hari raya, ayah aku pulak p beli ayam 5 ekor.



jam 8 pagi 1 syawal aku akan ke surau, berhimpun satu kampung untuk bertakbir lepas tu solat hari raya dan dengar khutbah, sebelum solat hari raya macam tahun-tahun yang lalu aku bagi taklimat dulu....



ramai la juga yang datang untuk solat hari raya kat kampung aku, cuma tahun ni surau aku tak dapat khutbah baru so terpaksa la aku baca khutbah hari raya tahun lepas...



yang aku cukup kecewa sekali ialah budak-budak belia remaja kampung aku, ada yang tak p solat hari raya kat surau, aku cukup geram sungguh..masa bertandang kerumah mereka ada yang baru banggun tidor emmm apa nak jadi laaa....



selepas habis berkhutbah dan buat tahlil, semua jemaah akan bertandang kesemua rumah yang ada kat kampung aku....



ada dua kumpulan, kumpulan pertama ialah kumpulan yang terdiri drp warga tua dan yang dah berkhawin yang satu kumpulan lagi kumpulan muda mudi dan yang tak berkahwin lagi...kumpulan-kumpulan ni akan berpecah klu tak berpecah nanti tuan rumah sebuk pulak nak layan....

memang masa tu la nak ziarah dan bertandang ke rumah org kampung, setiap rumah ada yang sediakan mee rebus.bihun sup, nasi tomato, laksa dan ada juga hidangkan kuih dan ketupat je hmmm aku semahu mungkin nak makan apa yang di hidangkan setiap rumah tapi ada juga aku menyerah kalah sebab dah kenyang sangat...

kampung aku tak besar mana pun,mula bertandang pukul 10.30 jam 12.00 tengah hari dah siap bertandang ke semua rumah..

tahun ni rumah aku menyediakan menu nasi ayam, hmm kiranya setakat raya kedua 8 ekor ayam la habis...

raya pertama aku tak pergi mana pun sekadar bertandang ke semua rumah yang ada di kampung aku, sebelah petang menziarahi kubur nenek aku dan tok wan aku pastu malam nonton tv je....

raya kedua pun sama gak dok rumah je pasai ada kenduri kat kampung aku....malam aku n keluarga bertandang ke rumah tok long aku je

raya ketiga aku dan sekeluarga pergi kerumah tok wan aku, sehari la juga kat situ...

tu jelah nak cerita pun..........raya tahun ni aku rasa tak meriah ntah mengapa sejak dua menjak ni jiwa aku jadi kacau.....

rasa nak tukar kerja kejabatan lain pun ada rasa nak dok jauh daripada kedah pun ada....

hmmm ntah laaaa.....