Monday, October 6, 2008

1 SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM...



Selamat hari raya sekali lagi untuk sahabat-sahabat yang membaca blog aku yang tak seberapa ni....



1 Syawal telah berlalu penuh kegembiraan kepada anda yang berasa gembira, tetapi pada yang rasa 1 syawal kali ini tidak semeriah 1 syawal sebelumnya harap bersabarlah... begitulah lumrah kehidupan... kekadang ok kekadang tak ok..



bagi aku 1 Syawal kali ini sama seperti tahun-tahun yang lalu kekadang rasa sunyi dan kekadang rasa macam biasa ja....



tanpa di sangka-sangka bermula 30 ramadhan ringtone masej aku asyik berbunyi je... masej ucapan daripada kawan-kawan yang masih lagi mengingati aku walaupun dah lama tidak berhubung....



di sini aku nak senaraikan nama kawan-kawan yang ucapkan selamat hari raya kat aku.....dari org pertama yang bg ucapan sehinggalah yang terakhir setakat hari ini...yana, hana, raihan, syam, akim, liteyo_berry, zana, niza, mirol, fida, ummu, encik yusman, ros, abg saufi, husin, chain, ilyas, wan chu, mahadir, anap, puan mazlina, ustaz badri, amri, syarif hilmi, gafar, zaini, muchang, pinat, apai, ustaz harun, kak yan, azizi, apip, mat rapi, akmal, mat doli, muaz, syaz, Tuan syeikh hafiz helmi, abg aziz dan hamzah.. terima kasih aku ucapkan kat hempa semua yang ingat kat aku ni...



hmmm ni aku nak cerita pulak suasana hari raya aku, pagi 30 ramadhan aku pergi pasar tani beli barang-barang pasai mak aku nak wat nasi ayam masa hari raya, ayah aku pulak p beli ayam 5 ekor.



jam 8 pagi 1 syawal aku akan ke surau, berhimpun satu kampung untuk bertakbir lepas tu solat hari raya dan dengar khutbah, sebelum solat hari raya macam tahun-tahun yang lalu aku bagi taklimat dulu....



ramai la juga yang datang untuk solat hari raya kat kampung aku, cuma tahun ni surau aku tak dapat khutbah baru so terpaksa la aku baca khutbah hari raya tahun lepas...



yang aku cukup kecewa sekali ialah budak-budak belia remaja kampung aku, ada yang tak p solat hari raya kat surau, aku cukup geram sungguh..masa bertandang kerumah mereka ada yang baru banggun tidor emmm apa nak jadi laaa....



selepas habis berkhutbah dan buat tahlil, semua jemaah akan bertandang kesemua rumah yang ada kat kampung aku....



ada dua kumpulan, kumpulan pertama ialah kumpulan yang terdiri drp warga tua dan yang dah berkhawin yang satu kumpulan lagi kumpulan muda mudi dan yang tak berkahwin lagi...kumpulan-kumpulan ni akan berpecah klu tak berpecah nanti tuan rumah sebuk pulak nak layan....

memang masa tu la nak ziarah dan bertandang ke rumah org kampung, setiap rumah ada yang sediakan mee rebus.bihun sup, nasi tomato, laksa dan ada juga hidangkan kuih dan ketupat je hmmm aku semahu mungkin nak makan apa yang di hidangkan setiap rumah tapi ada juga aku menyerah kalah sebab dah kenyang sangat...

kampung aku tak besar mana pun,mula bertandang pukul 10.30 jam 12.00 tengah hari dah siap bertandang ke semua rumah..

tahun ni rumah aku menyediakan menu nasi ayam, hmm kiranya setakat raya kedua 8 ekor ayam la habis...

raya pertama aku tak pergi mana pun sekadar bertandang ke semua rumah yang ada di kampung aku, sebelah petang menziarahi kubur nenek aku dan tok wan aku pastu malam nonton tv je....

raya kedua pun sama gak dok rumah je pasai ada kenduri kat kampung aku....malam aku n keluarga bertandang ke rumah tok long aku je

raya ketiga aku dan sekeluarga pergi kerumah tok wan aku, sehari la juga kat situ...

tu jelah nak cerita pun..........raya tahun ni aku rasa tak meriah ntah mengapa sejak dua menjak ni jiwa aku jadi kacau.....

rasa nak tukar kerja kejabatan lain pun ada rasa nak dok jauh daripada kedah pun ada....

hmmm ntah laaaa.....

No comments: