Wednesday, November 19, 2008

MENYIBUKKAN DIRI

Assalamualaikum.....

Maha suci Allah yang menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepadanya, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammasd saw.

sejak kebelakangan ini aku rasa diri aku ni sibuk dan kalut sangat, entah la sebab apa, tapi yang pasti asgmnt aku dah siap semuanya, tunggu masa nak bentang je, sebenarnya bulan depan semua asgmnt tu kena hantar tapi aku buat awal sebab 24 sampai 27 ni aku ada kursus mock trial (biasa la peguam biro) kat PD.

InsyaAllah aku p kursus dengan kereta pengantin baru si Muaz BBG Penang dan Azizi BBG Perlis emmm kebiasaannya klu ada kursus aku selalu ikut naik kereta ust Badri BBG Kedah tapi kali ni ust Badri balik kampung isteri dia dulu...

lepas balik kursus aku ada exam PTK pulak emmm tak baca buku lagi pun untuk exam tu. aku exam PTk kat mahkamah Syariah Kepala Batas penang. InsyaAllah aku bawa kereta sendiri la ke tempat exam tu, sebenarnya aku tak tau kat mana mahkamah tu tapi nanti cari lah...

aku harap sangat aku boleh dpt 4 dalam exam PTK, boleh naik gaji atau naik pangkat hehehe kalau naik pangkat boleh la aku keluar daripada Pulau yang amat boring ni.... dan aku tak la payah jadi peguam lagi hehehe jadi peguam ni sebenarnya poning kepala dok pikiaq masalah org tapi oklah aku ada la jugak pengalaman jadi peguam...

harap hempa semua tolong doakan aku berjaya dalam PTK tu ok....

hmm petang ni pulak aku di jemput oleh LADA untuk ke Majlis perasmian pameran Lukis langkawi Geopark art 2008, rasa macam malas je nak p tapi klu aku p boleh berkenalan dengan ramai orang yang bekerja kat langkawi ni terutamanya bos-bos jabatan yang ada kat cini...

oklah haaa wat masa la ni aku tak sempat nak jawab TAG daripada anap emmm InsyaAllah lepas PTK aku jawab ya anap hehehehe sabaqqqq sat ok...

oklah moga Allah senantiasa merahmati kita semua....

1 comment:

Princess Liyana said...

Selamat ber PTK;)ehehe...chayo2!