Sunday, December 28, 2008

1430 HIJRAH & 2009 MASIHI

Assalamualaikum, salam awal muharam 1430 hijrah dan salam tahun baru 2009 masihi...

Hari ini 1 Muharam 1430 hijrah bersamaan 29 Disember 2008, lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2008 yang telah kita harungi dengan kenangan manis dan pahit begitu juga tahun 1429 hijrah.

muncul je tahun baru ramai dikalangan kita meletak tekat dan azam untuk tahun mendatang....pada aku pulak rasanya aku tak pernah meletak azam yang aku nak capai pada tahun-tahun yang dahulu.....

sekejap sahaja hijrah nabi dari Mekah ke Madinah menjangkau ke tahun 1430, rasanya masih lagi kita mengingati peristiwa perhijrahan nabi ke madinah setelah kaum Quraish menyiksa umat islam di Mekah dan kemuncaknya untuk membunuh nabi. bertitik tolak daripada itu Nabi mengarahkan umat islam untuk berhijrah ke Madinah untuk memulakan hidup yang aman damai di sana..... Alhamdulillah perhijrahan nabi ke sana sangat di alu-alukan oleh penduduk madinah maka selepas daripada perhijrahan baginda, bermulalah kehidupan yang baru yang aman damai dan dakwah islamiah tersebar meluas... dan umat islam selepas perhijrahan tersebut juga semakin kuat dan ramai pengikut......sehinggalah ke peristiwa pembukaan Mekah dan islam semakin kuat....

kesimpulannya apa yang boleh aku boleh garap dan fahami daripada peristiwa hijrah tersebut, ialah setiap kita perlu berhijrah mungkin dengan perhijrahan yang kita lakukan akan mengubah kita kepada keadaan yang lebih baik, oleh itu aku rasa dengan ketibaan 1430 hijrah dan 2009 masihi aku perlu berhijrah dan tanamkan azam dan juga matlamat....berusaha untuk merialisasikan setiap azam dan matlamat tersebut dengan bersungguh-sungguh dan jika tidak tercapai maka aku akan bertawakal pada Allah kerana hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk aku... yang penting berusaha, berdoa dan bertawakal.

azam aku adalah, untuk berjaya dalam study aku, aku harap boleh dapat anugerah dekan untuk result sem-sem yang akan datang, lagi aku nak berjaya dalam kerjaya aku. aku harap boleh menambah lagi ilmu dan pengalaman dalam bidang aku dan yang terakhir aku harap aku menemui sesuatu yang boleh membahagiakan aku selamanya (emmm faham-faham lah ya).

oklah itu sahaja yang aku nak taip kat sini...ha sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada anap yang tolong aku masukkan lagu tema tu....dan aku dah selesai menghadapi 4 kertas peperiksaan dan tinggal 1 je lagi kertas pada minggu depan so relaks la sikit..

oklah aku doakan segala impian dan azam hempa untuk tahun depan di makbulkan Allah...

4 comments:

Princess Liyana said...

semoga smuanya tercapai bro;)

salam maal hijrah..

en_me said...

salammmz maal hijrah abang ittewww..

Faizal@poyan said...

to yana

terima kasih yana juga moga tercapai

to en-me

salam maal hijrah gak adik itewww

Princess Liyana said...

Huhu..bro pun;)