Thursday, December 18, 2008

KENAPA BEGINI

Assalamualaikum....

dalam hati aku bemacam-macam aku nak luahkan kat blog kesayangan aku ni, tapi tetiba je hati aku kata biarlah rahsia.....tak apa aku nak luahkan sedikit je...

kenapa begini emmm setiap kali aku kecapi kegembiraan kebahagian dan keseronokan mesti ada penghalangnya dan berakhir dengan perpisahan dan kegagalan......

entry2 aku yang lalu banyak aku menceritakan tentang prihal diri aku yang tak punyai ramai Sahabat karib, aku sayang dengan semua sahabat-sahabat yang pernah menganggap aku ni sahabat mereka.....tetapi kebanyakkan sahabat aku berada berjauhan daripada aku nun di KL cuma selalu berSMS sahaja......

di sini cuma seorang sahaja sahabat yang aku anggap cukup rapat dengan aku tapi aku tak pastilah sama ada dia menganggap aku ni sahabat karib dia atau pun tidak......sejak dua menjak ni aku merasakan dia semakin menjauh daripada aku, klu dulu kami memang terkenal dengan keakraban kami tapi sekarang tidak lagi.......

baru-baru ini sahaja aku tahu sebab musabab kenapa dia menjauh daripada aku, sebabnya tak payah lah aku ceritakan kat sini biarlah aku simpan di dalam hati......

aku ni seorang yang cepat sensitive, aku nak cuba untuk menjadi manusia yang tak cepat sensitive tapi tak boleh.........

setiap orang Allah jadikan bermacam-macam perangai dan sifat kerana kepelbagaian itu dapat menbezakan antara satu dengan yang lain......

mungkin dari kecil aku tak punyai ramai kawan sebab itu sehingga sekarang aku cuma berkawan dengan kawan yang aku rasa selesa dan seronok berkawan dengan dia.......

tapi bila sahabat yang aku selesa berkawan menjauh daripada aku memang aku terasa.....bukan apa, pada aku bukan senang nak dapatkan sahabat, kawan senang di cari tapi sahabat karib memerlukan masa yang lama untuk menjadi rapat....

perhubungan aku selalu sahaja menemui kegagalan tak kiralah perhubungan pencintaan dan perhubungan persahabatan, mungkin diri aku ni tak sebaik untuk menjalinkan hubungan itu....

cuma harapan aku mudah-mudahan suatu masa nanti Allah temukan aku dengan seorang wanita yang solehah dan memahami dan menyayangi aku untuk aku mencintai dan menyayanginya.... dan mudah-mudahan sahabat yang aku masih ada sekarang ini dapat menjadi sahabat yang kekal di dalam hidup aku dan ikhlas bersahabt dengan aku.....

kepada sahabat karib aku yang sekarang ini dah nak menjauh daripada aku, aku redha mungkin seoarang sahabat menjauh daripada aku, Allah akan gantikan beberapa orang lagi sahabat untuk aku.....

kepada semua sahabat-sahabat aku, aku nak minta maaf klu sejak perhubungan kita aku ada melakukan apa-apa kesalahan atau terlajak kata aku minta maaf dan klu tak puas hati tolong bagi tau aku, insyaAllah aku boleh terima....yang penting hati Ikhlas dalam persahabatan. klu hati ikhlas biar apa pun yang datang insyaAllah kita tetap bersahabat...

doakanlah aku dapat menghadapi final exam aku pada 26,27,28 hbln 12 dan 3hbln 1 ini dengan sempurna doakanlah kejayaan aku untuk final exam aku kali ini ok....

"jangan dilihat dari luaran bahagia dan gembira tapi didalam tuhan sahaja yang tahu"

"tunjukkanlah kegembiraan dan kebahagian kita pada orang lain sedangkan kita pada ketika itu punyai 1001 masalah dan kesedihan"

"awanan di langit tampak mendung kelabu tanda nak hujan namun di dalam hati ini sudah dibasahi hujan" (pinjam ayat abg azam hehehe)

oklah kehidupan mesti diteruskan semua itu ujian dan pengalaman untuk menghadapi masa depan pasti ada hikmahNya....

sahabat pergi dan datang adalah lumrah kehidupan seperti juga cinta... kekadang hadir tanpa di undang dan pergi tanpa dihalau hanya yang ikhlas akan tetap disisi.....

abaikan semua itu hidup di dunia sementara di akhirat kekal abadi selamanya rugi jika kesempatan yang di beri sementara ini di siasiakan.....

ayuhhhh bangun melawan dunia..... pasti kejayaan bersama hehehehehehe tetiba ja jadi bersemangat lepas menulis kat blog ni hehehehehe

Wallahualam

2 comments:

kembara508 said...

betui tu..sahabat sejati payah cari..kawan makan free senang cari..tapi yg penting cari isteri yg solehah..yg penting cantik diluar ..cantik juga di dalam..bak kata radio IKIM.FM
indah rohani, indah jasmani bahagia dunia ni..

Faizal@poyan said...

to kembara

emmm tu la dok tengah cari isteri la ni kwn2 ni rasa macam time senang bekwn la tapi bila kita susah emm batang idung pun tak nampak