Tuesday, January 13, 2009

BOHONG SUNAT

Assalamualaikum..
Hehehe boleh ka pembohongan aku ini di kira perbuatan sunat, kalau pada zaman Nabi Muhammad dulu ada la bohong sunat itu pun di dalam tektik perang untuk menumpaskan musuh islam....
Panjang sebenarnya cerita aku ni, cerita ini juga berkaitan hati dan perasaan seseorang, sebelum aku nak cerita aku nak minta maaf sebabnya kebanyakan entry aku berkisar tentang permasalahan aku dan perjalanan hidup aku..
Emm mcm ni ceritanya, secara tidak sengaja aku mengenali seorang perempuan melalui satu forum kat dalam internet, melalui forum tu aku banyak berkongsi pendapat dan mendapatkan pendapat daripada ahli-ahli forum kat situ... satu hari aku mendapat satu email drp salah seorang ahli forum tu, dia perkenalkan diri dan dia beri tahu aku yang dia nak berkenalan dengan aku, so aku pun tak ada masalah sebabnya pepatah ada menyebut " berkawan biar berjuta berkasih biar satu " lepas daripada itu terjadilah episod tukar menukar nombor handphone.
Kami tak pernah berjumpa mahupun bercakap melalui handphone hanya sekadar bermasej, diam tak diam tempoh kami bermasej hampir 7 bulan, dia beri tahu aku umur dia 27 tahun kerja dgn gomen kat A.Staq, orgnya cukup baik, pandai beri nasihat n pendapat.
Pada mulanya aku dah dapat rasakan melalui ayat-ayat masej dia yang dia ni macam ada perasaan terhadap aku, bila aku rasa macam tu aku terus tak jwb masej dia selama seminggu tapi dia tak putus asa dia hantar juga masej kat aku, selepas seminggu aku rasa tak adil jika aku diam tanpa memberitahu sebab musabab aku tak jawab masej dia, sebabnya aku pun pernah lalui macamna org yang aku suka tak jawab masej aku sehingga sekarang.
So aku jawab sebab apa aku tak balas masej dia, sejak dari mula perkenalan lagi aku bgtau dia yang aku ni kawan biasa je dengan dia, so aku bgtau dia aku tak nak dia berharap dengan aku, aku ulang sekali lagi yang aku sekadar kawan sahaja dengan dia ntah aku pun tak tahu sebab apa aku tak leh terima dia.. aku pernah bertukar gambar dgn dia, dia agak cantik orangnya kecik molek ja memang tak nampak umur dah 27 pun.. tulah hati aku ni tak terbuka untuk menerima dia ntahlah mungkin Allah tentukan jodoh aku dengan orang lain dan mungkin aku belum boleh bercinta mungkin ada hikmah yang Allah telah aturkan untuk aku tapi aku cuba berusaha juga walaupun acap kali aku temui kegagalan..
Aku pun hairan kenapa bila aku suka seseorang tu, dia pula tak suka kepada aku dan bila ada orang yang betul-betul suka dan sayang aku , aku pulak takleh terima belum sampai waktunya lagi kot... pada aku hal yang berkaitan hati dan perasaan ni tak leh nak paksa-paksa untuk suka.
Selepas aku berterus-terang dengan dia kami mula bermasej semula, dia selalu bertanya kepada aku berkaitan agama aku jawab yang mana aku mampulah aku pun bukannya pandai sangat, dia pun selalu tanya pendapat aku, yang aku ingat dia bagi tahu aku, dia tak leh terima lelaki lain jika dia dah suka dan sayang seseorang lelaki emmm ada juga seorang lelaki yang suka dia tapi dia tolak sebabnya dia dah suka seseorang....
Dua hari lepas dia tanya besday aku bila so aku pun bagi tahu lepastu aku tanya besday dia pula dan dia pun bagi tahu tapi dia bagi tahu tarikh je akupun mintala sekali tahun bila dia pun jawab tahun 1980 aku pun kiralah 2009 - 1980=29 aik kata umur 27 tapi sebenarnya 29 ni dah nampak ketidak jujuran dia, tapi aku tak tanya dia sebab apa dia tipu aku, so mlm tu aku tak dapat tido memikirkan dia...
Aku terfikir apa yang dia bagi tahu aku iaitu dia takleh terima lelaki lain sebab dia dah suka dengan seorang lelaki lepastu aku fikir pula umur dia yang dah 29 tahun tapi masih single dan tak kahwin lagi kekadang aku terfikir juga ntah-ntah lelaki yang dia suka n dia tak leh terima lelaki lain ialah aku.... tetiba aku jadi takut sebab menzalimi orang sehingga takleh terima lelaki lain yang dah memang cintakan dia..
Jadi aku buat keputusan demi kebaikan dia dan aku, aku terpaksa berbohong, so semalam aku msj dia bagi tahu mak cik aku nak perkenalkan seseorang kepada aku dan aku bagi tahu mak aku pun dah suka kat perempuan tu padahal mak aku tak pernah ambik tahu pun hal cintan cintun aku hehehe tapi mak cik aku memang nak perkenalkan seseorang dengan aku tapi mcm aku ceritalah aku tak bersedia lagi kearah itu..
Lepas je aku htr masej kat dia, dia terus jawab dan dia terus terang yang sebenarnya dari mula dia kenal aku dia dah suka dan sayang aku dan selama ini dia hanya buatkan aku anggap yang dia pun hanya kawan je dengan aku, aku rasa bersalah sangat melukai orang yang baik macam dia, aku ingatkan selepas aku terus terang masa dulu dia dah anggap aku ni kawan dia je tetapi dia tetap suka dan sayang aku...aku pun sekali lagi terus terang yang aku sejak mula kenal dia aku dah bagi tahu yang aku ni sekadar kawan biasa je dengan dia... lepastu dia bagi tahu yang dia dah rasa selesa dan tenang selepas terus terang dengan aku dan aku masih lagi seperti dulu menganggap dia hanya kawan.
Sejak dari mula aku masej dia tak pernah pun aku unggkapkan apa-apa ayat yang boleh buat dia berharap untuk aku aku sekadar berkawan sahaja,
Oklah keputusan aku untuk berbohong dia adalah kerana aku nak buatkan dia putus asa terhadap aku ini kerana jika dia masih lagi berharap pada aku, aku rasa dia tak akan terima mana-mana lelaki lain yang dah memang cintakan dia sedangkan sekarang ini dah sesuai dia berkahwin aku bebohong supaya dia boleh terima lelaki lain..aku tak mahu kerana aku, aku menghalang jodoh orang lain...
Aku juga keberatan untuk kehilangan seorang lagi kawan karib aku, tetapi aku terpaksa juga kehilangan dia demi untuk kebaikan dia....
Aku hanya dapat doakan agar dia bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan soleh..
Aku memohon keampunan daripada Allah kerana pembohongan aku ini, diharapkan Allah mengampuni dosa aku amin3.

4 comments:

en_me said...

hebat hebat..

Faizal@poyan said...

to en_me

hebat apa en me

Faizal@poyan said...

maaf entry aku tak leh nak selang antara satu perenggan dgn satu perenggan dah banyak kali aku cuba tapi tak leh gak

cleo said...

xpe2, bohong demi kebaikan..=p