Sunday, January 18, 2009

KALAU GADUH SIKSA

Assalamualaikum....

Tetiba pagi ni aku teringat pula ayat-ayat abang azam masa chating dgn dia dulu,

" kalau gaduh siksa, membenci membuatkan kita mengingati dan merindui "

pada mulanya aku anggap mana ada bila benci nak ingat2 dan rindu2 tapi ada betul juga kata-kata abang azam ni... aku tak sangka pulak..

setelah aku kaji dan mengamati, memang betul membenci membuatkan kita mengingati dan merindui,

kebencian itu mungkin terbina oleh kerana tersalah faham dan beberapa faktor yang lain yang mengakibatkan sesuatu perkenalan, perhubungan atau persahabatan itu terputus,

kebencian ini bersifat sementara kerana manusia itu bersifat BAHARU iaitu berubah-rubah, bila kebencian itu semakin hari semakin pudar maka apa yang terjadi semasa perhubungan dulu tetiba menjengah ke minda dan boleh membuatkan kita mengingati episod-episod yang pernah kita lalui bersama-sama dan apabila mengingati maka secara automatinya perasaan rindu pun akan menjelma.

emmmm tetiba pula aku teringat kata-kata Liteyo_berry, katanya jangan membenci dan berdendam cuba ingat kembali perkara baik yang telah orang itu lakukan terhadap kita.

Mungkin sebelum ini org itu pernah berbuat baik terhadap kita seperti beri pendapat dan nasihat, membuatkan hidup kita bahagia walaupun buat seketika, belanja makan MCD or KFC or tiket wayang.

bila teringat kembali kebaikan itu maka akan membuatkan kita mengingati dan merindui suasana yang pernah di lalui bersama.

Cuma sekarang ini aku tengah mengingati dan merindui seseorang tapi aku tak membenci dia.. cuma aku harap hidup dia buat masa sekarang bahagia.

Pesanan aku pada semua janganlah bergaduh atau memutuskan hubungan kelak akan mengingati dan merindui seksa tu.... cuba secuba cubanya hindarkan drp perkara itu... jika tak terdaya perpisahan dan pergaduhan itu perlu berlaku demi untuk kebaikan sesama kita maka tawakal lah.

7 comments:

en_me said...

benci tapi rindu erk.. ekeke

ladylikeme said...

wah..wah..nie dah kes berat nieee

Faizal@poyan said...

to en_me

emm klu rindu tu makna kata tak benci la maybe mulut ja kata benci or tak suka tapi dalam hati lain pula..

Faizal@poyan said...

to ladylikeme

heheheh tak ada la berat sgt yang berlalu usah di kenang

Anonymous said...

salam

emm tak elok gado2 ni awak... berbaik2 lah semula... :)
utk kesihatan mental dan rohani...

Faizal@poyan said...

to manja..
ya betul tu tak elok gaduh2...

Yana Ismail said...

alaahai..perasaan benci memang sukar nak dilupakan.seksa...tp bro bleh cuba..smoga dia bahagia jgak;)