Saturday, January 10, 2009

PERTEMUAN DAN PERPISAHAN...

lAssalamualaikum...


Diharapkan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera, sesungguhnya setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan tidak kiralah perpisahan disebabkan kematian atau pun perpisahan sementara.. yang penting perpisahan sementara itu pasti akan bertemu kembali...




pada khamis minggu lepas opis aku mengadakan satu majlis perpisahan kerana seorang staff kami PN FIDA yang dah setahun kerja kat cni akan berpindah ke Mahkamah Seksyen Shah Alam emmm balik kampung la dia pastu nanti dia tinggal bersama suami dan tak lama lagi nak dapat baby..





hari yang sama juga kami sambut besday 2 org staff kami si zaini dan ghafar,









malamnya pula kami satu pejabat gi hantar fida ke airport flight dia jam 10.40pm tapi kami gi hantar jam 8.30pm sempat la berborak dulu...


jam 10.00pm dia dah dipanggil ke ruagan berlepas, apa lagi geng2 pempuan tu mcm tak nak lepaskan dia je kami yang lelaki ni perhati je gelagat perempuan yang menangis perpisahan tu hmmm ..

Dah hampir 2 tahun aku bekerja kat BBG langkawi ni, mula-mula dulu ada encik Yusman dan abang Saufi kemudian depa di naikkan pangkat en yusman ke BBG Pahang , abg saufi ke JKM kedah so tinggallah kami berlima aku, ros, hana, ummu dan ghafar semua muda-mudi lagi n tak bekeluarga pastu dpt 4 org staff baru zana, fida, zu dan zaini tak berapa lama zu di tukarkan ke selangor so tinggallah kami berlapan..

sesungguhnya pejabat kami aku rasa lain daripada pejabat-pejabat yang lain sebabnya semua staff muda-mudi dan tak bekeluarga lagi so keakraban kami cukup kuat bemacam2 aktiviti kami buat, senangkan tak ada org tua-tua yang mengongkong hehehehe tapi kami sedar bahawa walaupun kami masih muda amanah yang dipertanggungjawabkan keatas kami, kami perlu tunaikan..


aktiviti yang kami buat ialah kejutan besday utk staff, kami makan petang secara berjemaah tgk wayang secara berjemaah, makan MCD or KFC secara berjemaah dan lain-lain lagi lah..

aku rasa aku selesa bekerja di pejabat ni alangkah bagusnya kalau pejabat ni bukannya berada di dalam pulau, kalau aku dapat tukar mesti suasananya dah tak sama dengan pejabat lama aku ni..

oklah to FIDA kami semua kat sini mendoakan agar fida gembira bekerja di tempat baru ok.

Fida yang bertudung hitam kat bawah tu












No comments: