Sunday, February 15, 2009

UPIN & IPIN


Assalamualaikum......

Semalam ari Ahad malam Isnin jam 8.45 malam kami 6 orang termasuk bos aku , gi tgk wayang citer Upin & ipin emmm tercapai gak hajat aku nak tgk.

Sebelum tu tgh hari lagi aku gi beli tiket walaupun malam baru nak tengok, bukan apa aku takut penuh sebabnya dah beberapa malam sebelum ni penuh dewan orang pakat dok tengok citer upin & ipin ni..

So jam 8.30 malam aku n zaini sampai kat Langkawi Cineplex dengan selamatnya di bawa oleh motor aku KCB2005 (kelabu jr), kat atas geng2 pempuan dah tunggu ( Ros, Ummu, k.Ida dan Pn Radin).

8.45 malam citer pun bermula, emm mcm biasa aku ni tak pandai nak cerita balik cerita tu, tapi apa yang aku boleh katakan kat sini cerita upin & ipin ni best sangat aku bg 10 bintang memang lawak,kejutan,keindahan,sedikit kesedihan dan macam-macam lagi lah yang akan kita rasa bila tengok citer ni..

Aku bangga sangat anak Malaysia boleh hasilkan filem 3D macam ni, grafik dia pun memang menarik, aku paling suka bila Rajoo, upin & ipin kejar oopet memang lawak gila...

kat cni aku petikkan Sinopsis cerita ni dari http://www.gengthemovie.com/

"
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...
Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia."

Sebenarnya cerita ni watak utamanya si Rajoo tu sebabnya dia boleh berkomunikasi dgn Oopet upin & ipin ni sebagai watak sampingan tapi ok gak pasai kewujudan upin ipin ni memeriahkan suasana n depa ni comel sgt "betul betul betul".

Masa dlm panggung tu ramai gila orang, dari budak-budak mak n bapa budak sampai la ke nenek n tok wan budak emmm yang best tu ada yang datang satu keluarga sekali dgn nenek n tok wan emmm bestkan klu ada nenek n tokwan yang boleh dtg tgk wayang sekali hehehehe...

Emmm kepada kengkawan sekalian yang belum gi tgk cepat2 la gi tgk best sgt tau dak tak rugi pun,

Oklah lepas je habis tgk citer tu aku n zaini balik ke rumah tapi sebelum tu kami singgah makan kat kedai mamak pekena teh tarik dan roti sardin, dalam tengah makan tu sahabat aku Anap call
katanya flight dah tinggalkan dia emm kesian kat dia, dia bgtau aku flight dia 16 hrbln, ha utk pengatahuan Anap ni study kat Jordon baru2 ni dia balik becuti pastu apa yang di warwarkan oleh dia 16 ni dia balik tetiba lak dia bgtau aku dia tersalah tengok tarikh sebetulnya 16 tu sampai kat jordon 15 betolak dari malaysia emm sian dia mesti kena marah gan abah dia hehehe Anap sabor je lahhh yeee...

Lepas dah habis makan roti sardin, aku n zaini naik la motor aku, tetiba rasa lain je tgk kat tayar belakang dah kempis, emmm tayar pancit sebab tu la tadi aku ada dgr meletup rupa2nya tayar motor aku, emmm tapi semuanya dah ok jap lagi aku nak gi tukar tayar kelabu jr aku tu...

Sebelum aku gi tgk cerita upin ipin ni pada hari jumaat malam sabtu aritu aku berkesempatan juga tgk wayang cerita ong bak best gak cerita tu banyak aksi tapi ending tak best hero kena tangkap emmm

oklah antara ong bak dan upin ipin aku cadangkan baik tengok Upin & Ipin memertabatkan filem Malaysia....





5 comments:

en_me said...

sonoknyerrr..

farah, s. said...

slm.

alah. tak berpeluang la nk tgk filem animasi ni. semua org ckp best. huhu.

xde utk pasaran luar negara ke.huhu

Faizal@poyan said...

to me...

haaaa memang seronok bangatttt

to farah..

alah siannya farah tak dpt tgk...

tak apa nanti klu dah kuar DVD citer ni minta tolong kengkawan farah poskan ok

tasekM said...

aku blom tgk lg...

Faizal@poyan said...

to tasik merah...

aaaa p tgk lekaeih