Sunday, March 22, 2009

DRAGON BALL


Assalamualaikum..

Semalam jam 8.00 malam aku gi Langkawi cineplex, macam biasa la tengok wayang sorang-sorang, kali ni aku tengok wayang citer Dragon Ball, klu nak diikutkan ari sabtu lagi aku nak g tengok dengan sahabat aku, tapi dia tak sempat pulak katanya nak keluar dengan mak dia, keesokkan harinya dia kena gi kursus kat Putrajaya so aku pun wat haluan sendiri gi lah tengok sorang-sorang.

Masa tingkatan 2 dulu aku selalu je ponteng sekolah hari Ahad, nak tau dak sebab apa, sebabnya layan citer kartun dragon ball lah apa lagi, citer dragon ball masa tu ditayangkan ari sabtu dan ahad, kat kedah ahad sekolah so bila dah tengok ari sabtu mesti sambungan dia ari ahad so kena la ponteng sekolah, nasib aku ngaji sekolah pondok tak syadid sangat pasai kehadiran ni, di tambah pula hari ahad ada kelas hafazan, aku klu bab-bab hafazan ni memang aku lambat ckit..

Ok berbalik kepada citer yang aku tengok semalam, sebenarnya tak ramai pun dalam pawagam tu ada lah kot 10 orang biasa lah kat langkawi mana ramai sangat, macam biasalah aku tak pandai nak cerita balik, yang penting citer ni best banyak aksi dan ada kelakar, cuma yang tak bestnya tak banyak karekter, tapi yang pasti, dragon ball ni akan ada sambungan lagi mungkin yang akan datang banyak lagi karekter yang akan muncul.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang citer ni sila surf kat sini http://www.dragonballthemovie.com/

Oklah sebanarnya hari ini aku dok tunggu posmen datang pejabat aku je, sebabnya aku tgh tunggu result PTK aku, kwn aku kat JB dah dapat dah result PTK dia, tahniah ya hambali dapat tahap 3 kedua-dua bahagian...kengkawan sekalian tolong doakan aku ya ..


10 comments:

anis said...

em..teringin gak nk tgok cte neh..org kate best gak..tp xsmpt tgok ag..lgpon pelakon tok goku n bulma 2 comey btol..hehe

Anonymous said...

moga abang faizal berjaya ghitewww..

Yana Ismail said...

huhu..yana dh tgk!ekeke..not badla..alaahai

Insyirah said...

huhu...tak tgk citer ni. tak minat. baru² ni gi tgk Slumdog Millionaire. a very nice movie...mmg patut dpt bnyk award.

Faizal@poyan said...

to chocolate..
ha memang best gi lah tgk...chi chi pun comel

to me..
terima kasih ya abg me hehehehe

Faizal@poyan said...

to yana..

emmm mesti gi tgk dgn jejaka koreakan..

to syira
saya beli DVD citer slumdog millionaire memamng best tapi yang tak bestnya tak ada lagu hindi dalam citer tu

farah, s. said...

salam faizal :)

aih?? cite ni dah kuar ke kt malaysia? alaaaaa.. x aci. kt NZ ni 9 april br kuar. siot je. nmpk gaya tunggu download jelah.haha

anap_ilmi said...

waaaaaaaa....ko da tgk....huh!aku tgh exm g neh. dis wik full gile smpai hari khamis..doakan aku...

Faizal@poyan said...

to farah
wslm..emm dah kuar 12hbln lagi.. hehehe tak apa download la jawabnya..

to anap..
yelah dah tgk, aku tau klu hg kat msia mesti hg dah tgk...oklah aku doakan hg berjaya..

Fatin Baharum said...

salam singgah.
ai last week tgk cite ni.
not bad.
goku, so shweet, lala`..
tp, chi chi sexy xpatot, haha