Monday, March 2, 2009

GOSIP & FITNAH

Assalamualaikum...

Tajuk aku hari ni gosip dan fitnah, emmm aku betul2 tak sangka orang yang aku suka sembang dan manis mulut depan aku sebenarnya adalah topeng semata-mata...

Di belakang aku memfitnah aku, aku betul-betul tak sangka, yang rapat tu lah rupanya musuh dalam selimut...

Kerana fitnah tu merosakkan ikatan persahabatan aku, nasib aku ni jenis yang boleh bebaik balik klu tak, rugilah kerana di sebabkan mulut org, aku putus sahabat...

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

kat bawah ni aku petik dari sumber http://tazkirah-umum.blogspot.com/2006/09/6-perkara-mendorong-seseorang.html

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Aku nak pesan pada semua, tanya diri sendiri adakah org yang rapat dgn kita betul rapat atau di belakang kita mcm2 umpatan yang di lemparkan pada kita...

Insaflah jgn nak sedapkan diri sendiri membuatkan orang lain tak bahagia kerana fitnah anda...

Hindarlah drp perbuatan ini.........

wahai pemfitnah dan pembawa gosip
bertaubat dan insaflah sebelum terkena pada batang idung sendiri
jangan bermegah dengan memfitnah
satu masa kau akan terkena

ingat doa orang yang di zalimi nascaya akan di makbulkan
berubahlah...jadilah insan yang sebenar
jangan bertopengkan syaitan untuk menjatuhkan maruah orang lain


Emm jauhilah perkara-perkara yang boleh membawa fitnah, insyaAllah Allah akan jauhkan kita dari di fitnah..

tapi agak malang jika kita tak pernah pun menghampiri perbuatan yang boleh membawa fitnah tetiba di fitnahkan sedemikian rupa...

Moga-moga Allah memberi taufik dan hidayah padanya...


8 comments:

Insyirah said...

perkara mcm ni mmg susah nak elak. even kita dah cuba sedaya upaya utk elak. well, just keep silent. kalau kita nak marah pun, bukan cara yg baik utk selesai masalah. apa yg org lain buat & cakap adalah di luar kawalan kita. so, kita hanya mampu berdoa agar org² camtu sedar dgn perbuatannya dan moga² mereka mendapat hidayah dari-Nya...Ameen!

en_me said...

gosip gosip ghitewww.. hmmm

farah, s. said...

sstgh manusia ni mmg suke memfitnah. suka hatuhkan org. argh..

anap_ilmi said...

hang marah kaaa?cool..cool

Faizal@poyan said...

to alamnasyrah...

tu la mulut tempayan boleh di tutup, tapi mulut org kalu kita p tutup dgn tangan kita sat lagi tak pasai2 tangan kita di gegit,

satu ja boleh ubah depa hanya Allah..

to me..

gosip2 gak perasan org lain kena ambik kira...

Faizal@poyan said...

to farah..

betul tu farah tak boleh lihat org lain bahagia...

to anap..

ha laaaa marahhhh, tapi nasib aku ni bukan suka dok bedendam kat org walaupun org tu wat jahat kat aku...

klu aku jd jahat memang aku dah bergusti dgn pembawa fitnah tu...

Jiwa Berkarat said...

bergosip??
sometimes besh gak bergosip..
hahaha
tapi fitnah kena jauhi la

Faizal@poyan said...

to arjuna..
sebenarnya tak elok bergosip walaupun kekadang tanpa di sedari kita telah menyakitkan ati org lain