Tuesday, March 24, 2009

MENANGIS


Assalamualaikum...

Sebenor-benornya aku tak ada idea nak menaip kat blog aku ni, mungkin kerana mood aku sejak kebelakangan ni ok...tajuk kat atas tu bukannya bermaksud aku sedang menangis atau berasa sedih (hati sedih dan kesepian siapa tahu) huhuhu..

Menangis merupakan satu perasaan, lawan kepada menangis adalah tertawa, Allah berfirman di dalam surah An-Najm ayat 43 yang bermaksud ..."dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis".

Setiap manusia pasti pernah menangis, setiap kali kita menangis mesti ada sebabnya, Ibnu Qayyim pernah berkata, terdapat 10 jenis tangisan:
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Aku yakin dan percaya ramai di kalangan kita menangis kerana cinta, bukannya menangis kerana menginsafi dosa silam yang pernah kita lakukan...

Bila kali terakhir kita menangis kerana memuhasabahkan diri?

Manusia akan kembali mengingati Allah bila sesuatu terjadi, tak kala itu barulah mula memuhasabah diri...

Siapa yang tak pernah menangis dia adalah sekeras-keras hati, terus terang aku bagi tau aku ni mudah menangis, jangan ingat perempuan je selalu menangis, lelaki juga akan menangis bila ada sebab tertentu...tapi aku menangis bukannya saja-saja, aku menangis kerana aku muhasabah diri aku menangis kerana bersyukur nikmat yang tidak terhingga Allah kurniakan pada aku, muhasabah diri tak semestinya atas sejadah ja atas tilam sebelum nak tidor pun boleh muhasabah.

Menangis yang dituntut ialah menangis kerana menginsafi bukannya menangis sebab cinta, tak aku nafikan juga, aku pun pernah menangis kerana cinta, aku tak terkejut sekiranya ada lelaki yang menangis kerana cinta sebab cinta atau wanita merupakan kelemahan lelaki...

Pernah satu ketika kawan aku (lelaki) yang memang keras hati menangis depan aku kerana putus cinta, nasihat aku satu ja kepada dia, "muhasabahkan diri, renungkan kembali sejauh mana cinta kita pada Allah, cintailah Allah melebihi cinta makhluk"..

Manusia pertama yang di jadikan Allah iaitu Nabi Adam juga pernah menangis selama 300 tahun kerana menyesali perbuatannya yang mengingkari larangan Allah.

Okalah rasanya itu sahaja... marilah sama-sama kita muhasabah diri kepada yang Maha Agong, titiskan air mata kerana Allah, insyaAllah dengan demikian kita akan dekat dengan Allah dan sentiasa mengingatinya walaupun dimana kita berada, moga Allah akan sentiasa memelihara kita daripada mala.petaka

sumber gambar dari google





12 comments:

en_me said...

naper waheeda menangis tewww.. hmmm

Faizal@poyan said...

to me..
emm me tak tau ka dah heboh satu malaya..

LED said...

aku biasa rasa sebak bila dgr asma al Husna...

AlamNasyrah said...

Err...saya ni kaki nangis. Mudah menangis dlm apa situasi sekalipun. Tgk org nangis pun boleh ternangis. Tapi of course nangis bersebab. Huhu...

p/s: Awat tempek gmbr Waheeda. Letak la gmbr org lain yg lebih sesuwei dan sedap mata memandang.. Huhu...

Faizal@poyan said...

to led..
asma alhusna sebaik-baik nama, bagus la rasa semak bila mendengarnya kerana semua nama tersebut adalah kebesaran Allah yang mengatasi segala-galanya

to syira
menangis mesti la bersebab, tapi okla klu mudah menangis normal lah tu..

ntah surf kat dlm google tgk gambar tu yang menarik, dan nampak keinsafan

S h i n o said...

menangis?? ermmm aku xpernah menangis

tapi pernah mengalirkan air mata..tp bukan pasal perempuan. :)

Princess Liyana said...

hmm..btol tu mari..mari sama2 muhasabah diri..


ekeke yana kalau nangis golek2 smpai tido..amcm? ahaha ;P

Faizal@poyan said...

to shino.
emm mengalir air mata tu menangis la namanya..

to yana..
tak pyh bagi tau memang saya dah tau yana klu nangis mcm bayi, nangis samapi tido huhuhu jgn marah noh

anap_ilmi said...

ada lagu yg ssuai tuk ko tuk entry neh jugak.ini pun kire lagu hits aku skrg neh...dgr laa.. DEWA - Air Mata

Dgr taw!

"Setiap manusia pasti menangis"

Farah Aminuddin said...

byk jugak jenis menangis ye. kdg2 tu tak perasan pun ape sebabnye tp ternangis jugak. huhu

Princess Liyana said...

hi hi hi..baby besar..hahaha...nk buat cmne bro..tk leh ubah dah..

ha ni marah ni..blanja cepat!! ;P

Faizal@poyan said...

to anap..
wei aku tgh dengar lagu tu kat youtube emmm lagu tak best sangat tapi lirik dia memang bertepatan..
bukan hanya menangis kerana manusia tetapi menangislah juga untuk Allah..

to farah..
memang banyak jenis menangis, tapi sebagai manusia yang banyak kelemahan pasti menangis

to yana
yana kena ubah klu tak nanti ada baby sendiri malu je kat baby..

suruh belanja boleh mai langkawi dulu