Tuesday, March 31, 2009

MENCINTAI & DICINTAI

Assalamualaikum...

Setelah 4 kali aku urutkan kaki aku, pagi ni dah ok sikit jalan pun tak terhencut-hencut dah....syukur Alhamdulillah dariNya kesakitan datang dariNya juga kesakitan hilang..


Berbalik pada tajuk, sebenarnya tajuk tu tak ada kena mengena dengan mood aku sekarang, dah hampir setahun aku biarkan cinta itu terbang bebas, tipulah kalau aku katakan bahawa aku tak akan bercinta lagi, fitrah kejadian manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain terutamanya antara lelaki dan perempuan....

Cinta lengkap bila adanya yg mencintai dan dicintai, malangnya yang terjadi pada aku, aku mencintai seseorang tetapi dia sebaliknya, tapi bila aku dicintai seseorang aku pula sebaliknya, ramai kengkawan aku kata, terimalah org yang mencintai aku ,sesungguhnya aku dah tahu dia betul-betul cintakan aku, tapi aku beranggapan jika aku terima cinta secara terpaksa seolah-olah tidak adil dalam percintaan...


Cinta akan indah bila kedua-dua pasangan saling cinta mencintai, sayang menyayangi dan saling memahami, sebab itu aku rasa tak adil jika aku terima org yang mencintai aku tapi dalam hati aku, aku masih belum boleh jatuh cinta padanya....pengalam aku mengendalikan kes-kes rumah tangga banyak mengajar aku erti cinta sebenarnya..ramai yang bergaduh dan bercerai di sebabkan nikah terpaksa dan tidak ada cinta, tapi ada juga pasangan yang berkahwin kerana bercinta, bila kahwin tak sampai dua tahun bercerai juga, mungkin bercinta sebelum kahwin lama sangat bila dah kahwin nikmat bercinta itu hilang sebab tu boleh jadi perceraian..


Terus terang aku katakan aku pernah declare dan bercouple tapi tak lama, hanya seminggu sahaja, itulah kali pertama aku declare, lepas tu aku minta break, memang nampak aku ni zalim sebab bercouple seminggu terus putus, untuk pengetahuan ada sebab-sebab tertentu, selang sebulan aku break dgn dia, aku dengar cerita dia tengah bercinta pula dengan suami orang, aku memang tak percaya cerita tu, sehinggalah org yang aku percaya sendiri yang ceritakan kepada aku dan terbukti juga bila dia di arahkan bertukar ke tempat lain 24 jam.
Aku bersyukur sangat pada Allah sebab bukakan pintu hati aku untuk aku putus dengan dia, sebab segala sesuatu yang terjadi ada HikamahNya...

Pengalaman cinta aku tak sehebat kengkawan semua, almaklumlah aku ni bukan jejaka yang laris dipasaran tapi aku bersyukur, sebab ada hikmahnya, antaranya aku tak banyak wat maksiat kuar dengan bukan muhrim alhamdulillah Allah pelihara aku daripada perbuatan tersebut...

Jadi jejaki yang laris dipasaran pun tak la bagus sangat, bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain hehehe larislah katakan...

Ntah la tahun 2008 adalah tahun kegagalan aku bercinta, harap-harap tahun kehadapan ni adalah tahun hati aku berbunga-bunga wawawa pinjam ayat-ayat yana alahaiii...

Tapi ntah la, bila hati aku boleh berbunga-bunga...
balik kampung mesti ada orang tanya, bila lagi nak kahwin, aku jawab la calon pun tak ada lagi, lepastu dia kata, tu la memilih sangat, aku jawab balik la, p beli ikan pun kita pilih ni kan pula calon isteri...

Aku teringin sangat nak jatuh cinta dan cinta aku dibalas, tapi tak tahu la bila...cemburu aku lihat kengkawan aku bercinta, yang paling aku geram bila kuar dengan aku bukannya nak sembang dengan aku tapi dok bermsj dengan awek dia, baik tak payah kuar klu mai dok depan aku dok msj dgn awek dia, so lani aku dah wat undang-undang , kuar dengan aku jgn sesekali main msj depan aku, hehehehe zalimkan aku yelah seolah-olah aku bersembang dengan kerusi dan meja bukannya bersembang dengan dia...

Oklah aku harap target aku nak nikah umur 27 tu termakbullah amin..sorilah kengkawan terluah perasaan pulak....


sumber gambar flickr

9 comments:

Insyirah said...

alahai....comelnya Encik Faizal ni. tak pe luahkan kat sini. awk ada hak buat apa sahaja dlm blog awk sendiri :-p

umur skrg brp? 25thn kan? kalau aim nak nikah umur 27thn, then this year kena start cari calon dah. prefer cari sendiri or parent yg carikan? :-)

dua² pun ada pro & con. erm, fikir yg terbaik utk masa depan k?

NuR_KaSEH said...

salam faizal@poyan..
mudahan doa awak dimakbulkan untuk bernikah umur 27 n dapat temui pasangan yang dapat membahagiakan dan
mengembirakan hidup awak nti.gan ptus asa tuk mencari n paling penting
solat istyikarah tuk mohon petunujuk
yg terbaik dariNya..

Faizal@poyan said...

to syira..
ye tu matlamat saya wat blog...tu la rasa mcm tak bersedia lagi nak cari calon sekarang..

ok terima kasih atas nasihat..

Faizal@poyan said...

to kaseh..
wslm, amin3 terima kasih, insyaallah..

cikceriacorner said...

salam faizal..
bercinta tu indah..tp bercinta ngan Allah lg indah..ngan manusia?emm sy pon penah putus cinta....tp x de jodoh..kita jgn sedih..ape berlaku ada hikmahnya..awak tgk surah 2 ayat 286 dan surah 4 ayat 1..
awak lelaki.. muda lg..bru 25..sy ni hah pompuan da 28..heheh..emm..selalu sy pk yg positif..suatu ari nanti jodoh aku akan sampai...xpe awak target umur 27..insyaallah akan tercapai..ape2 pon mind set kita kene positif..ok..chaiyo..

Faizal@poyan said...

to ez..
wslm...ya betul tu bercinta itu indah, alangkah indah jika mencintai Allah melebihi mencintai makhluk..

terima kasih.. pada saya apa yang terjadi ada hikmahNya, kekadang kita dpt tahu hikmah itu dan kekadang kita tidak tahu hikmahNya..

Moga Allah permudahkan segala-galanya..

anis said...

okey..skang da bley bkak sesi audition tok calon2 isteri..hehe

btol2..kte perlu memilih sbb kte nk idup ngan dye tok slma-lmenyer..bkn smngu..tol x?=)

en_me said...

chenta tak semestinyerr bersatewww bro..

Faizal@poyan said...

to chocolate..
emm sentiasa terbuka, tapi tak dapat sambutan lagi kena banyakkan promosi hehehe.. ya betul tu pilih selagi terdaya memilih..

to me..
betul tu abg me cinta tak semestinya bersatu tapi klu bioleh bersatu alangkah indahnya cinta itu...