Sunday, March 15, 2009

MERISIK

Assalamualaikum..

Semalam tengah aku makan malam dgn mak dan ayah aku, mak aku bg tau ada org (org kampung) mai merisik, emmm dalam hati aku, nak merisik sapa adik perempuan aku pun baru tingkatan 5, tetiba mak aku kata ada orang mai merisik tanya sama ada aku dah besedia nak kahwin ka belum..

Sebabnya dia nak jodohkan aku dengan budak perempuan sekampung dengan dia, budak perempuan tu ustazah, dia nak ajak ayah dan mak aku p merisik ustazah tu emm mak aku pun bagi tau la yang aku belum lagi nak kearah tu, esh mak aku tu pun bagi tau aku tak bersedia lagi emm kesian kat aku, hehehe tapi memang betul wat masa sekarang aku tak terfikir lagi maybe bila umur aku 27 tahun baru aku nak kahwin...

Emm tapi best juga, ada orang yang boleh tolong pekenalkan calon-calon isteri, aku pun tak penat nak ngorat-ngorat, mana tau kot-kot aku bertemu jodoh dgn hanya di perkenalkan saja, tak payah la bercinta lama lama, tapi kena kenal betul-betul dulu dah tak ada was-was baru boleh teruskan kahwin...

Emm ni masuk topik lain, sejak dua menjak ni aku terasa bahawa blog aku ni tak berilmiah langsung klu nak di bandingkan dengan blog kengkawan yang lain.. tapi bila aku fikir balik objektif aku berblog just nak cerita apa yang aku alami dan pengalaman aku ja..InsyaAllah aku cuba ilmiahkan blog aku lepas ni..

Emm sapa lagi nak pekenalkan calon isteri untuk aku di persilakan huhuhuhu...( nampak sangat desperate)

11 comments:

en_me said...

keep blogging bro.. as long as u r happy n don tikam tikam bakang one uoolsss.. ahaha

Faizal@poyan said...

to me..

InsyaAllah, aku ku gagahi juga berblog ni sebabnya ada kengkawan cyber yg best2

Cik Zura said...

hohohho...1st time dgr laki kena risik..hehheeh....ada jugak ek camtu =p

Insyirah said...

sweetnya ada org yg dtg risik laki. haha.. well, jodoh adalah ketentuan ALLAH. So, kalau cepat pun...tak de salah. kita cuma plan mengikut masa dan keadaan...ALLAH jua yg menentukannya.

btw, just keep blogging. menulis ikut keselesaan sendiri. jgn nak compare sgt dgn blog org lain. setiap blog ada kelebihan dan keistimewaan masing².

Faizal@poyan said...

to normy..

emm ntah la saya pun terkejut, bila mak bagi tau,hehehe apa apa pun terima kasih kepada org yg merisik tu.. sebab perihatin dgn saya..

to alamnasyrah..

hehehe betul tu jodoh ketentuannya bercouple sampai 10 tahun pun klu tak ada jodoh tak leh nak wat lagu mana juga..

ya insyaAllah..betul tu setiap blog ada kelebihan tersendiri

Yana Ismail said...

Alaahai bro..sweettt..;(mereka dh crkan..maybe she's the one;)huhu

Faizal@poyan said...

to yana..

emm tak lah.. belum masanya lagi..saya dah pesan kat mak bebawa besabar..hehehehe

filantera said...

apakata kalau hang kenalkan ustazah tu kat aku bro:D

aku dah 28 dah thn ni:P

tasekM said...

faizal, suruh je pompuan tu masuk meminang sekali. ha ha.

Faizal@poyan said...

to filantera..

saya pun tak kenal dgn ustazah tu.. klu saya kenal boleh la saya tolong pekenalkan dgn bro..

baru 28 tak pa, byk masa lagi,

to kak tasik..

tu la kan best org mai meminang, yang paling best org pempuan kena bagi wang hantaran kat lelaki lagi syok..

Yana Ismail said...

huhu sabar mkcik sbr..ekeke hamboiii nak p plak bg hantaran...ini tidak adil ;P