Wednesday, March 18, 2009

PERCERAIAN

Assalamualaikum...

Hmm ada apa dengan perceraian, kali ini aku nak cerita apa itu perceraian, mesti ramai di antara kita tahu, tapi pernah tak kita fikir ada berapa jenis perceraian dan prosedur mahkamah untuk menuntut dan memohon perceraian.

Pengertian cerai atau Talak dari segi bahasa ialah melepas dan terlepas, manakala dari segi syarak ialah merungkai ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya, contohnya suami melafazkan talak.

Dalil talak disyariatkan daripada Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud " talak ( yang boleh dirujuk kembali hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik."

Dan dalil dari hadis ialah sabda Rasulullah s.a.w "perkara halal yang di murkai Allah ialah talak"

Setiap apa yang di syariatkan ada hikmah di sebalik pensyariatannya, begitu juga dengan talak, talak di bolehkan kerana jalan terakhir untuk menyelesaikan permasalahan suami dan isteri. kerana matlamat perkahwinan adalah kehidupan yang harmoni dan pergaulan yang baik-baik antara suami isteri.

Di dalam Islam terdapat beberapa jenis perceraian, iaitu perceraian biasa ( suami melafazkan talak), perceraian secara taklik , fasakh dan sebagainya..

Perceraian biasa ialah suami melafazkan cerai kepada isterinya, sama ada di luar mahkamah atau di dalam mahkamah, jika suami melafazkan talak di luar mahkamah contohnya di rumah maka salah seorang daripada suami atau isteri perlu menfailkan satu permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut, setelah hakim menyiasat dan terbukti lafaz tersebut maka hakim akan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah dan jika hakim mendapati lafaz tersebut tidak sah ,maka suami isteri tersebut masih lagi dalam perkahwinan mereka.

Jika pasangan ingin bercerai, salah seorang perlu menfailkan permohonan perceraian di mahkamah, jika kedua-dua belah pihak setuju bercerai maka mahkamah izinkan suami melafazkan perceraian dan jika suami tidak bersetuju untuk bercerai maka mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk sesi kaunseling. jika selepas sesi kaunseling tersebut juga suami masih tidak mahu melafazkan maka kes tersebut akan di tutup, ini kerana permohonan perceraian tersebut adalah diatas suami sama ada suami bersetuju atau pun tidak.


Perceraian taklik dan fasakh adalah kuasa untuk membubarkan perkahwinan terletak kepada hakim, tidak seperti perceraian secara biasa yang terletak kepada suami.

Taklik ialah susuatu lafaz yang bersandarkan sesuatu contohnya "jika kau keluar daripada rumah ini jatuh talak satu" maka lafaz tersebut merupakan lafaz taklik.

Di Malaysia selepas akad nikah dijalankan, pengantin lelaki wajib melafazkan taklik yang terdapat di belakang sijil nikah, tetapi lafaz taklik tersebut berbeza-beza diantara setiap negeri, yang dah kahwin cuma balik tengok sijil nikah anda.

contoh lafaz taklik yang terdapat di belakang sijil nikah tersebut ialah :

" Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik; jika
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi" ( ini lafaz taklik negeri kedah)

Jika suami memungkiri lafaz tersebut, si isteri boleh menfailkan pengesahan perceraian taklik, jika di dapati benar suami memungkiri lafaz tersebut maka hakim akan menjatuhkan talak walaupun ketika perbicaraan suami tidak hadir.

Perceraian fasakh pulak merupakan perceraian yang di sebabkan sesuatu, suami atau isteri boleh menfailkan untuk permohonan fasakh, permohonan ini boleh di failkan apabila terdapat sebab contohnya suami kerapkali memukul isteri, suami tidak memberi nafkah selama tiga bulan berturut-turut, suami mati pucuk. suami atau isteri gila dan sebagainya...Hakim akan meneliti sebab yang di nyatakan dan apabila hakim berpuashati bahawa sebab tersebut adalah benar maka mahkamah akan memfasakhkan suami isteri tersebut...

Emmm rasa panjang pulak entry aku ni..aku selalu kendalikan kes perceraian Taklik dan Fasakh ja yang ramai menuntut perceraian taklik...

Oklah klu ada kengkawan nak bertanya or tak paham silalah tanya, jika aku termampu menjawab aku akan menjawab la..

32 comments:

AlamNasyrah said...

syukran! thanks for sharing.

p/s:wondering...awk keje sbg apa? huhu... Sori, baru nak kenal.

en_me said...

hi abang ittewww.. salamms dr me dikejauhannns

Faizal@poyan said...

to syira..

saya keja biasa ja kat Biro Bantuan Guaman as a syrie lawyer jd lawyer pun pasai dok kat Biro je klu dok mahkamh jd staff biasa ja..

to me..
hai me di kejauhan wslm juga dr pulau

S h i n o said...

dalam bab penceraian sebenarnya lafaz secara sengaja atau tak sengaja suami apabila tengah marah mmg mengundang penceraian.

Bahaya sebenarnya lafaz "aku ceraikan" tu. Even sms atau gurauan pn boleh jatuh talak..

sbb tu ayat ceraikan tu buang jauh2 dari otak si suami. jangan terbiasa guna. Buruk padahnya..

kalau tensen bini berleter, stat keta kuar lepak, layan kopi dengan kwn2 lg selamat !!

:)

NuR_KaSEH said...

salam faizal@poyan..

bagus entri nie.khasnya tuk yg bakal mendirikan masjid..dewasa ni pun byk terjadinya kes2 perceraian d malaysia seperti p'kataan cerai itu mudah sgt tuk dilafazkan.kdg2 rs takut lak tuk berumah tangga ...huuhuhu...tp yang pasti setiap yg melangkah ke gerbang perkhwinan pasti inginkan ianya ber kekalan ke akhir hayat..cuma kdg2 kte x mampu untuk menolak takdirNya...

Putera Arjuna said...

penceraian??
patut di elakkan!!!

Princess Liyana said...

alaahai..thanks ats info bro...hmm ramai kan org bercerai skrang..alaahai

Faizal@poyan said...

to shino
ayat yg seakan-akan berniat untuk bercerai pun akan jatuh yg penting bila berlaku mcm tu rujuklah mahkamah.

sebab tu cerai di tangan suami klu cerai di tangan isteri emm lagi banyak la kes perceraian...sebab perempuan selalu beremosi..

to kaseh..
jgn takut untukl berumah tangga.. perceraian berlaku sebab jodoh sudah tiada... berfikiran positif itu lebih baik..

Faizal@poyan said...

to arjuna..
ya betul tu patut dielakkan, tapi klu dah tak ada jln penyelesaian perceraian adalah sebaik-baiknya untuk semua pihak.

to yana..
emmm ramai la yana..seolah-olah pernikahan tu macam nak seronok-seronok ja lepas tak seronok dah nak bercerai emm..

Princess Liyana said...

alaahai kita kawin nak sehidp semati...bkn nak seronok2je..kan kan?

NoRmY said...

nak tnya..ada 1 kes
si suami gaduh ngan wife dia smapai ke tahap dia tampar wife dia yg tetiba kurng ajar ngan dia..suami ni dh lama tahan sabar ngan perangai wife dia..n sampai la 1 tahap dh xtahan sgt, dorang gaduh..

lepas gaduh tu, si husband ni blk jmp ayah dia ckp nak ceraikan wife dia..mcm mana ayatnya normy xsure la..tp dia bgtau ayahnya dia nak cerai..ayahnya nasihat jgn cerai.so dia xjadi la cerai..

my question is..jatuh ke x talak?sbb dia dh kira terniat nak ceraikan wife dia..skrg ni dorang hidup as husband n wife cm besa

Faizal@poyan said...

to yana..
betul tu yana kahwin nak bahagia dan hidup sehingga mati.

to normy...
tak jatuh talak lagi, kerana dia bagi tahu ayah dia, dia nak cerai isteri dia, bila ada perkataan "nak cerai" tu bermaksud akan bercerai tapi tak cerai lagi..

klu pasangan tu was-was sama ada depa lafaz tu jatuh talak atau tak, suruh depa rujuk mahkamah, baru tak ada was-was..wallahualam

Pakcik Kebun said...

to normy...tak jatuh talak..sebab...syarat jatuh talak itu ialah.. Lafaz cerai itu sendiri... Niat tidak diambil kira... dilihat kembali lafaz yang terang atau lafaz yang sembunyi..

Lafaz terang: Aku ceraikan kau..
jatuh talak..even tak niat...

Lafaz Sembunyi: Kau Keluar dari rumah ini..
Kena lihat pada niat suami waktu itu..tinggalkan suami(cerai), atau memang betul kuar rumah..

sebab itu bahaya perceraian ini.sebab dikira dari lafaz..yakni sebutan ayat perceraian itu...

Farah Aminuddin said...

kalau tgk situasi sekrg ni, org wat main je perkara cerai ni. adusss

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Faizal,hmm..memang ada soalan nak tanya bab ni tapi peribadi sikit.di mana ya saya boleh hubungi FAizal?ini email saya molthakartini@yahoo.com.terima kasih.Harap saudara dapat bantu saya.

Anonymous said...

sa nak minta tolong...biar la sa terus terang di sini..sa sudah berumah tangga suda 4thn..setelah saya melahir kan cahaya mata pertama,dan ketika anak saya itu berumur 8 bln...suami saya mula memukul saya hingga la sejak beberapa bulan yg lalu saya di pukul dan saya telah membuat laporan..tapi kerana memikirkan balik dan sering diminta menarik balik kes tersebut...saya pun menarik balik kerana saya suda pun tinggal bersama suai saya balik...tapi setelah kes itu di tarik balik..perangai suami saya ada sedikit perubahan tidak lagi memukul saya..tetapi selalu berlaku pertengkaran antara kami...dan kmi lansung tdk bersefahaman...dan saya juga tidak dapat memuaskan nafsu dia kerana saya sering kali teringat2 akan perbuatan dia terhadap saya selama 4 thn ini..dan saya bercadang untuk menutu penceraian..tp belum lagi berjumpa mana2 imam atau ke jabatan agama...saya mahu pendapat...layak kah saya memohon penceraian.??

Anonymous said...

Suami pernah SMS "Aku takan ambil tahu pasal kau lagi, selamat tinggal. Kau takan jumpa aku lagi". Bila saya tanya semula, suami berkata itu hanya ayat ugutan sahaja. Adakah talak telah jatuh?

Faizal@poyan said...

anonmous bertarikh 13 march....setiap pihak berhak untuk memohon perceraian di mahkamah, puan boleh buat permohonan di mahkamah rendah syariah berhampiran puan...dan puan juga boleh ke mahkamah berjumpa dgn penolong pendaftar untuk bertanya apa2 shj berkaitan perceraian ini..

anonmous 27 mrch.....lafaz tersebut adalah lafaz kinayah iaitu lafaz yg samar yg perlukan kepada pengakuan suami sama ada lafaz tersebut di niatkan untuk bercerai atau tidak di niatkan untuk bercerai...jika suami menyatakan itu hanya ugutan maka lafaz tersebut bukan lafaz cerai..akan tetapi untuk puan puaskan hati elok kranya puan memfailkan kes pengesahan lafaz cerai...atau sblm puan failkan kes tersebut puan boleh bertanya dengan mahakamh berkaitan kes ini ..

Anonymous said...

Sy ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak saudara berkenaan lafaz taklik suami sy pada 6 Mei 2011. Pada pagi tersebut lebih kurang pukul 7 pg, sy terbaca sms suami sy kepada seorang perempuan dgn membahasakan sayang, ayang n abang. Sy amat sedih, lalu sy masuk ke bilik tidur kami di rumah mertua. Suami sy ingin memujuk dan menafikan sms tu sms yg dihantar olehnya. Sy tdk percaya, lalu sy packing pakaian sy utk pulang ke rumah keluarga. Sewaktu packing baju, suami sy dah hilang arah dan berkata: "Kalau keluar daripada bilik ini, kita dah xada apa-apa dah." Sy amat faham maksud tidak ada apa-apa itu bermaksud berpisah/cerai. Lalu sy teruskan berkemas. Suami sy telah menyepak muka sy sbyk 2x pd ketika itu krn terlalu marah bila sy membalas dgn ayat sy dah xkisah, klau awk nk lpskan sy lg baik. Kemudian apabila dia sedikit reda, dia ajak sy berbincang. Sy ckp kt dah xada apa-apa utk dibincangkan lg. Selepas itu, suami sy izinkan sy keluar dgn kata-kata kalau nk pergi jgk, pergi la... Jadi, sy mmg xmembuang masa terus keluar dpd rumah mertua sy.

Suami sy tdk pernah memujuk sy dlm tempoh seminggu itu, sehinggalah pd ptg Rabu 11 Mei 2011 sy dihubungi oleh seorang perempuan (A) melalui Facebook yg menghulur slm perkenalan. Sy amat curiga. Lalu sy explore profile A dan sy dapati A mempunyai blog dan di blog yg dihasilkan itu sy mendapati kisah percintaan suami sy dan A sejak akhir Februari 2011 hingga ke akhir April 2011. Sehinggakan gambar mereka sdg berpeluk sewaktu dating pun dipublishkan dalam blog. A turut menceritakan juga bahawa suami sy mengatakan kami dlm proses bercerai sbb tu A sanggup menerima cinta suami sy. Sy amat kecewa krn merasakan sy telah diperbodohkan selama hampir 2 tahun pernikahan kami. Selepas solat maghrib, A menegur sy utk chat. Jadi sy bg dia peluang walaupun pd awalnya sy amat marah. A memberitahu, suami sy ada beberapa kali mengatakan dia mmg nak cerai sy, mmg nak berpisah ngn sy.

Sy amat keliru dgn lafaz taklik suami dan ditambah pula dgn luahan suami sy pd perempuan tersebut berkenaan kami dlm proses bercerai dan kata-kata mmg nak cerai, mmg nak berpisah.

Apakah telah jatuh talak bg masalah sy ni? TQ in advance.

Faizal@poyan said...

puan..lafaz tersebut adalah lafaz secara kinyah iaitu lafaz cerai tidak jelas dan memerlukan mahkamah menyoal suami sama ada lafaz tersebut untuk niat bercerai atau pun maksud lain..

puan perlu ke mahkamah rendah syariah untuk membuka kes pengesahan lafaz cerai pun..jika suami berkata lafaz tersebut berniat untuk bercerai maka jatuh talak jika tidak maka tidak jatuh talak...sekian sila ke mahkamah berhampiran untuk selesaikan kes puan...mahkamah adalah tempat untuk menghukum lafaz tersebut sama ada jatuh talak atau tidak...jgn dengan ckp2 org luar krn hukum perceraian mahkamah shj tempatnya..

Anonymous said...

Salam. Sya baru trbaca post ni. Just nak tnya kpd semua...bapak saya kawin dua dan hal ni x diketahui oleh mak saya (bini pertama). beberapa hari lalu...hal bapak saya ni kantoi dgn mak saya..sbb ade gambar bapak sya, bini muda and anak diaorg. so..mula la bab2 drama di situ..smpai bapak saya berkali2 brsumpah dgn mak sya yang dia x kawin lain. siap ada Quran. so..soalan saya...kalau bapak saya menafikan hal tersebut sedemikian...maka perkahwinan ke-2 ini jatuh talak atau pun tidak?

Anonymous said...

Salam, saya baru twerbaca blog ni dan kebetulan saya ada permasalahan nk bertanya. Antara sy dan suami sudah lama ada masalah. Pada 2019 saya pernah failkan perceraian secara baik tapi suami enggan menceraikan saya.Jadi kes tersebut telah dirujuk ke Mahkamah Tinggi Syariah di A.Setar,Kedah.Utk pengertahuan saya tinggal di S.Petani,Kedah.Peguam saya menasihatkan saya untuk tidak meneruskan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah sebaliknya membuat permohonan baru iaitu perceraian secara fasakh.Saya nk pohon pandangan dan nasihat cara mana lebih baik untuk saya membubarkan perkahwinan saya. Antara alasan saya utk bercerai adalah suami gagal memberi nafkah yang sepatutnya,kebanyakan belanja rumah saya yang tanggung,suami gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang mengamalkan ajaran islam (tidak bersembahyang),tiada komunikasi yang baik di mana suami sering bercakap perkara2 yg menyakitkan hati & selalu menuduh saya meniduri lelaki lain dan terakhir sepanjang perkahwinan saya tidak mendapat kepuasan batin yang sepatutnya didapati oleh seorang isteri.Saya juga berhasrat utk meneruskan permohonan perceraian ini tanpa khidmat peguam,jika saya perlukan bantuan BIro Bantuan Guaman cara mana saya nk hubungi. Harap pandangan dan terima kasih diucapkan.

Anonymous said...

Saya nk pohon pandangan dan nasihat cara mana lebih baik untuk saya membubarkan perkahwinan saya. Antara alasan saya utk bercerai,suami seorang yg panas baran ,saya dan suami tidak ada persefahaman lagi ,suami gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang mengamalkan ajaran islam (tidak bersembahyang),tiada komunikasi yang baik di mana suami sering bercakap perkara2 yg menyakitkan hati & selalu menuduh saya yg bukan2 dan terakhir sepanjang perkahwinan saya tidak mendapat kepuasan batin yang sepatutnya didapati oleh seorang isteri.Saya juga berhasrat utk meneruskan permohonan perceraian ini tanpa khidmat peguam,jika saya perlukan bantuan BIro Bantuan Guaman cara mana saya nk hubungi. Harap pandangan dan terima kasih diucapkan.

najeeb said...

Salam...ingin bertanya sah atau tidak lafaz talak apabila suami melafazkan talak ketika tidak sedarkan diri kerana si suami ada penyakit gila sekejap-sekejap....masa itu pasangan bergaduh dan si suami terus tidak sedarkan diri dan melafazkan talak....harap penjelasan...

Anonymous said...

saya ingin bertanya.. saya dan suami pernah bercerai secara taklik, dimana suami pergi berjudi meskipun sudah berjanji untuk tidak mengulanginya.. baru2 ini dalam keadaan marah dia telah menceraikan saya dengan talak 3.. " aku ceraikan kau dengan talak 2, dulu dah 1 skrg aku bg semua, habis" mohon tahu status talak tersebut... terima kasih

ajib jib said...

assalammulaikum........nak masuk sikit.....taklik lebih mudah di buktikan di mahkamah berbanding fasakh.........fasakh perlukan bukti yang kuat.....

mas ema said...

assalamualaikum...akhir thn lpas sy tlh mmbuat prmohonan cerai takliq di mhkamah..untuk perbicaraan akn datang..sy diminta untuk mbawa saksi 2org..yg mjadi msalah sy skrg berkaitan saksi...skiranya sy tdk dpt mbawa saksi spt y diminta..adakah mhkamah boleh mnjatuhkan penceraian ke ata sy?
< harap dpt mbntu sy >

Anonymous said...

Salam. . . Sy nk minx pandangn. . Sy dh brkahwin 5 thn. . Dlm 5 thn sy dh pergi kepejabat agama sbyk 3 kali n fail kn pceraian 2 kali. .Kali prtama sy tarik blik sbb nk beri peluang. . Kali kedua nie sy kena repeat prosedur semula dgn sesi kaunseling yg sy rasa xlg membantu sy utk menyelesaian kn krn sy dh ada kata putus utk brcerai. ,Sy pn dh sediakn salinan report polis n laporan perubatan utk sesi kaunseling pertama tu nanti. . Jika ada sesi kedua kaunselingboleh x sy ingin meminta pihak jabatan agama utk skipkn sesi kaunseling n sy mahu teruskn sesi penceraian. . Berapa kos jika sy ingin mgunakn khidmat peguam swasta n peguam biro. .

Anonymous said...

Sy nak tarik balik permohonan cerai, sebab suami da berubah dan rmhtgga dah ok...mcmana prosedur utk tarik balik saman permohonan cerai?

Faizal@poyan said...

salam....
maafkan sy...sy baru shj membuka blog ni setelah hampir 2 tahun tidak membuka...

masyaAllah ramainya yang bertanya tentang perceraian...

selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w...

untuk makluman... sekarang sy telah tinggalkan dunia guaman sepenuhnya dan telah menjadi seorang pendidik...berkaitan masalah kengkawan sekalian sy tidak dpt menjawab secara terbuka melalui blog ini, kerana sy bukan lagi org yang berotoriti...elok kiranya emailkan shj pertanyaan tersebut insyaAllah sy akan menjawab secara peribadi melalui email

Anonymous said...

Assalamualaikum, boleh saya dapat kan emaik saudara. Kerana sy ada soalan yg agak peribadi utk di tanya

Faizal@poyan said...

salam ini email saya...in sha Allah sy cuba nasihatkan cara dan jalannya...dika_sembara@yahoo.com