Wednesday, April 1, 2009

2 TAHUN

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji hanya padaNya, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammmad saw, bersyukur aku atas nikmat Iman, Islam dan Ihsan yang dikurniakan oleh Allah kepada aku..

Tanggal 2 April 2007 aku telah dilantik untuk menjadi salah seorang kakitangan kerajaan, berita gembira ini aku terima semasa aku berada di Jambi Indonesia, memang aku berharap sangat untuk menjawat jawatan aku sekarang ini, setiap malam aku akan solat hajat memohon supaya aku dikurniakan jawatan ini, Alhamdulillah Allah makbulkan, sebulan sahaja aku di Indon untuk sambung study, bila ditawarkan jawatan ini aku tak berfikir panjang lagi terus aku balik dari Indon ke Malaysia sorang-sorang.

2 April 2007 pun tiba, aku kena lapor diri di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Putrajaya, terima kasih lah kepada Rosmaini pasai tumpangkan aku 2 hari kat rumah dia, kat JKSM aku ditempatkan di Biro Bantuan Guaman (BBG) kemudian 3 April aku ke Ibu Pejabat BBG Putrajaya dan 4 April terus lapor diri kat Pulau ni...

4 April aku datang ke opis kat Langkawi ni, staff kat sini tak tahu pun aku akan lapor diri pada hari tu, so orang pertama aku jumpa kat opis di Langkawi ni Abang saufi, Rose dan Ummu, tengah hari sikit pembantu aku lapor diri iaitu Puan Hanah, kami sama-sama lapor diri kat JKSM 2 haribulan tu.

Kat pulau ni lah aku mula belajar mengendalikan kes-kes syariah, tuan guru aku Encik Yusman, terima kasih cik yusman...

Dalam tempoh setahun aku dah berjaya disahkan dalam jawatan, semua kursus wajib aku dah menghadiri dengan jayanya, dan semua exam yang wajib aku telah lulus, Alhamdulillah Allah permudahkan aku dalam setiap urusan kerja aku...terima kasih juga kepada Ibu Pajabat BBG yang banyak membantu aku...

Dah 2 tahun aku bekerja di pulau ni , sebenarnya kerja di pulau ni sangat-sangatlah relax, kes tak banyak, tapi bulan ni aku tengah tunggu surat pertukaran aku ke A.setar, klu tak ada aral yang melintang dan tak ada sapa-sapa yang menchantas aku InsyaAllah pertengahan bulan ni aku bertukarlah, aku dah cemuih (boring) naik feri setiap minggu, buang masa dan yang penting banyak menghabiskan duit aku..

Oklah itu sahaja....aku akan berhenti sekejap berblog mulai hari ini sehingga minggu hadapan sebabnya aku ada kursus kat Penang...ok jumpa lagi pasti aku merindui kalian semua...


9 comments:

cikceriacorner said...

tahniah..alhamdulila atas nikmat dan rahmat dr Allah..slmat berkursus...heheh

NuR_KaSEH said...

semoga sntsa cemerlang, gemilang dan
terbilang dalam kerjaya...selamat berkursus....

Insyirah said...

Alhamdulilah...tahniah.

Selamat berkursus!!

Yana Ismail said...

tahniah bro!uhuhu...selamat berkursus...take care ok;)

Faizal@poyan said...

to ez..
Alhamdulillah syukur nikmatNya...terima kasih selamat bekerja untu ez juga.

to kaseh..
terima kasih sama2 cemerlang gemilang dan terbilang

Faizal@poyan said...

to syira..
terima kasigh syira..

to yana..
terima kasih .. selamat study n menyiapkan projek

Encik Shino said...

awal2 keje ni biasa lah kursus sana sini hehehe.. :)

A t i Q a h said...

Selamat berkursus.
:)

Faizal@poyan said...

to shino..
emm sekarang dah kurang kursus dah..

to atiqah
terima kasih