Sunday, April 12, 2009

KURSUS, IKAN BAKAR & BARU

Assalamualaikum.....

Rindunya aku pada blog aku dan blog kengkawan semua, hampir 2 minggu aku tak baca blog kengkawan dan publish entry baru...

Hari ini aku akan gabungkan tiga tajuk sekali gus berkaitan kursus yang aku ikuti, bab makan ikan bakar dan benda baru yang aku dapat dalam bulan ni...

KURSUS

Minggu lepas aku mengikuti kursus anjuran JKSM, kursus berkaitan Undang-undang keterangan di Hotel Paradise Sandy Beach penang, kursus tu tak lama pun....

Macam selalu klu aku ada kursus dengan ustaz Badri, aku akan ikut dia gi kursus dengan Avanza dia..nasib baik tak sesat coz kami bukannya biasa sangat dengan Penang ni, kami pakai redah je...redah punya redah sampai gak...

36 orang je peserta kursus, semua LS 17 dan LS27 dari pelbagai Jabatan ada dari JAWI, Mahkamah Syariah, BBG, dan beberapa lagilah jabatan, aku dah tak ingat..

Kursus ni berkaitan keterangan dalam Islam, banyak juga yang aku dapat dan boleh aku aplikasikan semasa dalam kerja aku..

Yang bestnya Kursus ni tak padat dan tak memenatkan, lagi satu aku tidor sorang-sorang satu bilik, tidor sorang-sorang kat dalam bilik time kursus banyak kali dah, so dah biasa tak ada masalah la..ha satu lagi bestnya time lunch makan kat tepi pantai huhuhuhu..

IKAN BAKAR

Hari Sabtu lepas, aku kuar gi SP dengan Mirol sahabat karib aku tu, kami gi PC fair kat SP (cuba teka apa yang aku beli kat PC fair tu)????

Aku gi SP dengan dia lepas habis kuliah aku jam 1.30 pastu singgah rumah aku dulu mkn Mee rebus mak aku masak.. pastu jam 3 petang kami betolak dari rumah ke SP..

Sesampainya kat PC Fair tu.. Ya Allah makluk ramainya nak jln pun susah berhimpit-himpit..aku gi beli apa yang aku cari je dah beli, ronda-ronda SP dulu lepastu terus gi Tanjung Dawai nak makan ikan bakar, tepat kami sampai jam 7 malam kat Tanjung Dawai, semayang semua kat citu jam 9 malam betolak balik..

Aku n mirol mkn ikan Jenehak bakar, tomyam, telor dadar, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin...

hehehe sorilah mirol, hg tak sempat nonton Initial D hahaha

Emm pagi Ahad aku betolak balik ke Langkawi naik Feri awal, malamnya pula aku kuar gi jumpa Syaz yang datang bercuti dengan kawannnn dia, kebetulan dia nak mkn ikan bakar so aku pun ajak la dia gi makan kat Bambo ikan bakar hujung penarak...emmm 2 mlm berturut-turut aku mkn ikan bakar, bak kata doli "hang nak besaqqq tara mana lagi la poyan ooiii" hehehehe dah ada rezeki mkn je lah..

BARU

Apa yang baru, emmm aku rasa belum terlambat aku ucapkan tahniah kepada perdana menteri Baru kita dan juga saf barisan kabinet yang baru, dan tak lupa juga jasa mantan PM Tun Abdullah kerana menaikkan gaji kami kakitangan awam..

Ok untuk pengetahuan semua salah seorang menteri baru yang dilantik tu merupakan orang kampung aku, aku memang dah jangkakan satu masa mesti dia kan dilantik jadi menteri, siapakah gerangan beliau??? tak lain dan tak bukan Dato Jamil Khir Baharom...


Ok ni masuk cerita bab benda baru yang aku dapat, emmm sebelum aku gi kursus aku gi buat cermin mata baru kat Alor Star emm ni spek ke empat dalam hidup aku, kali pertama aku pakai spek tahun 2003 masa tu tengah study lagi kat KUIS..



spek kali ni mahal ckit sebabnya cermin dia transition (bila kena matahari cermin dia jadi hitam)... masa belum siap aku pakai ok.. tapi bila dah siap aku pakai tak ok pulak cermin dia besar sangat dah nak mcm cermin kereta.. aku nak kena suruh dia potong sikit lagi cermin tu..


Ok benda kedua aku dapat Laptop HP COMPAQ PRESARIO yang aku beli masa PC fair kat SP tu, nilah laptop pertama aku....Akan aku jaga dia seperti aku jaga diri aku, aku sayang kat laptop aku...hehehe cik wi lah pulak..

Oklah itu sahaja... mungkin lepas ni ada berita gembira lagi yang akan datang... nanti aku cerita tungggu

13 comments:

Anonymous said...

salam

selamat serba baru... :)

Insyirah said...

Salam faizal,

welcome back! ;)

Selamat bercermin mata baru dan berlaptop baru.. :-p

Yana Ismail said...

huhu sodappp eh ikan bkr..rindu rumah..alaahai..;(

emm, apa nama lappy tu bro?leh kawan dgn lana..ahaha

cikceriacorner said...

salam..
faizal..bestnye g kursus..sy kene g penang gak kursus ujung bln ni..tp xbleh pegi coz bos xbg n keje bykla giler..heheh..
bestnye mkn n dpt laptop baru..kedah n penang makan2 best..i like it..ehhehe

Faizal@poyan said...

to manja..
ya terima kasih..

to syira..
hehehe ok terima kasih

Faizal@poyan said...

to yana..
sodappp laaa..

semalam pikir tak jumpa-jumpa nak bg nama apa lappy, boleh je kawan dgn lana tu... alahaiiii

to ez..
best la gi kursus coz dah lama tak gi kursus, ya ka ala siannya byk keja..tak pa wat keja yang di amanahkan..

emm ya betul tu kedah makanan dia sedap-sedap hehehe bila lagi nak boleh pu8ji negeri sendiri...

JiLLTok said...

Assalamualaikum wbth..

Faizal, amboi...nice blog ye tuan loyer. :) , Jumpa nanti di Cherating. Salam kat Ustaz badri - Assalamualaikum-- BBG Ipoh

A t i Q a h said...

Oh jatuh chenta dengan spek tersebut. Huhu.

anap_ilmi said...

aku pn br jeee beli spek baru. sbb nak hapuskan pandangan aku dgn spek itu. spek itu sot aku yg pilih dulu. tu tukar tuu..malas nak dok ingt2.kiki

Faizal@poyan said...

to jilltok
wslm wbt...
blog biasa-biasa ja...ok jumpa nanti kat chareting tp ni sapa yaaa???tak dpt nak teka lah sam,a ada fazilah or atiqah..insyaAllah

to atiqah..
emmm ye ka...hehehe

Faizal@poyan said...

to anap..
yeeeeee kaaaaaaaa,bagus lah tu wat apa lagi nak di kenang sejarah silam tu...hapuskan dan biarkan ia pergi seperti air sungai mengalir...

aku gi wat sorg2 tanpa ajk org lain...tapi ada org marah kat aku sebab tak ajak dia pilih spek untuk aku...hihihihi

Fatin Baharum said...

1st ai baca psl ikan bakar, :p.

Faizal@poyan said...

to fatin
hehehe tulah kehidupan alam...