Wednesday, April 15, 2009

last

Assalamualaikum...

Segala puji-pujian hanya padaNYa Tuhan Pentadbir alam semesta, Selawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad saw.

Sesuatu pertemuan pasti akan terjadi perpisahan, itu adalah lumrah kehidupan yang mesti kita alami, tak kira pertemuan itu hubungan percintaan, hubungan persahabatan atau hubungan kekeluargaan...perpisahan bukannya beerti kita lari dari pertemuan itu, tetapi terpaksa berjauhan....perpisahan tak semestinya tak akan bertemu kembali...

2 tahun 12 hari satu tempoh yang boleh dikatakan panjang untuk sesuatu pertemuan, tetapi pertemuan itu akan berakhir pada hari ini, setiap hari akan melihat wajah-wajah itu, tetapi selepas ini wajah-wajah baru pula akan menjelma, mesti ada watak-watak yang baru akan muncul...

Hari selasa lepas aku menerima satu surat, surat yang aku nanti-nantikan selama ini, surat pertukaran aku, mulai isnin ini aku akan bertugas di pejabat baru kat Alor Star...bohonglah klu aku katakan aku tak gembira sebab pertukaran tu aku yang mohon, disebalik gembira rasa sayu sedih untuk meninggalkan sahabat-sahabat sekerja yang selama ini sama-sama mengharungi perit getir , suka dan duka bersama-sama ...

Mereka sanggup menghadapi karenah aku, menerima aku seadanya sebagai sahabat sekerja tanpa ada rungutan...tak kala aku ada masalah or dalam kesedihan mereka peka keadaan aku..mereka tak ketepikan aku..

Dalam tempoh 2 tahun aku di Langkawi, banyak yang aku belajar dan aku selesa bersama-sama kengkawan sepejabat aku, kami tak banyak masalah anatara kami tak pernah bermasam muka, segala-galanya ok....selepas ini aku akan berkhidmat di satu pejabat besar yang ramai staffnya, mungkin keadaannya tak sama dgn langkawi, kengkawan langkawi semua serasi dan bolah masuk antara satu dengan yang lain (sekepala)...

Pertukaran aku ke Alor Star adalah kerana untuk menjimatkan kos kewangan aku..dan untuk berada di samping orang-orang tersayang aku iaitu keluarga aku...merekalah satu-satunya makluk yang aku tahu sangat menyayangi aku..org lain tak tau la sayang ka tak dengan aku...pertukaran aku akan sedikit menjimatkan kos, masa dan kewangan, seperti kalian sedia maklumi aku setiap minggu terpaksa balik ke darat kerana study aku...

Semalam rabu 15 April aku wat kenduri kat kedai mak ndak aku kat pekan kuah, aku jemput geng mahkamah n BBG ja , 30 org juga lah yang datang, terima kasih lah semua yang sudi hadir kenduri kecil kecilan aku...

Arini 16 April aku menghadiri mesyuarat terakhir kat opis Langkawi, lepas mesyuarat semua kengkawan buat majlis perpisah untuk aku, puan Radin mewakili semua kengkawan mengucapkan kepada aku selamat bertugas di tempat baru, lepas Puan Radin bagi ucapan, aku pula kena bg ucapan, mcm biasa bg salam dan pendahuluan ok ja, bila masuk bab kenangan bersama kengkawan satu opis, aku jadi sebak ucapan aku di ganggu dengan emosi sedih, bukannya aku buat-buat sedih tapi itulah hakikatnya kesedihan yang ikhlas datang dr hati nurani aku, nilah kali pertama dalam hidup aku, aku sebak dan sedikit menangis dalam ucapan aku...aku tak jangka aku akan sebak, sebab semua kengkawan tahu aku ni jenis riang dan suka melawak....

Bukan apa, banyak kenang yang aku mungkin tak akan dapat kat opis lain, bayangkan kami semua boleh gi makan malam sekali, kekadang makan petang pun sekali dan tgk wayang pun duduk satu baris..tak mungkin opis lain boleh wat mcm tu..."lain padang lain belalang"

Lepas habis ucapan aku ada jamuan mkn nasi ayam, kat atas meja aku dah nampak sebiji kek yang tertulis " HAPPY ADVANCE BIRTHDAY 5ZAL KE-25" awlnya depa sambut birthday aku, apa-apa pun terima kasih bebanyak. birthday aku 26 April ni jgn lupa wish ok hehehehe..

Lepas mkn nasi ayam Pn Radin mewakili geng BBG lagkawi bg cendera hati, emmm walaupun tali pingang yang depa bg tu agak pendek sikit tapi ok lah untuk buatkan motivasi untuk aku kurus sedikit hehehe, emmm baju aku tak try pakai lagi rasanya muat kot...kad ucapan yang mengharukan terima kasih semua, yang pakai lebai putih tu penganti aku..

Bukan apa, banyak kenang yang aku mungkin tak akan dapat kat opis lain, bayangkan kami semua boleh gi makan malam sekali, kekadang makan petang pun sekali dan tgk wayang pun duduk satu baris..tak mungkin opis lain boleh wat mcm tu..."lain padang lain belalang"

selain kengkawan kat BBG kengkawan kat Mahkamah Syariah Langkawi pun sangat akrab dengan aku, mereka sanggup terima aku walaupun aku ni dr jabatan lain, sanggup jemput aku bila ada jamuan ka apa ka, aku anggap semua geng MRS langkawi dan Geng BBG langkawi semua keluarga aku...

Di sini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat-sahabat dr BBG langkawi dan geng MRS Langkawi, atas tunjuk ajar kalian semua dan mengangap aku sebagai sahabat kalian dan terima aku seadanya..

Di kesempatan ini juga aku ingin memohon maaf jika ada salah dan silap, terkasar bahasa, dan halalkanlah mkn minum aku semasa aku berada di langkawi ini...

Emmm oklah aku sayang semua sahabat2 aku tak kira lelaki atau perempuan, jauh di mata tapi dekat di hati....nak siapkan entry ni pun aku tangguh2kan, sebab bila ingatan aku muncul kenangan2 indah dan suka duka aku jadi sebak, tapi sekarang aku dah ok....

Oklah ini ialah entry terakhir aku di Langkawi, mungkin selepas ini entry2 aku mungkin dari Alor Star atau dr rumah...

20 hbln April aku akan lapor diri ke Alor Star dan hari yang sama aku akan kendalikan kes-kes di MRS Kota Setar..

kehidupan aku selepas ini tak akan sama dengan kehidupan aku kat Langkawi sebabnya kat Alor Star aku akan sebuk dan tak akan ada masa lagi untuk memblog... tapi aku akan cuba untuk memblog juga hehehehe...

15 comments:

cikceriacorner said...

salam..
faizal..xpe..jika pertukaran ni mendtgkan manfaat pasti seronok..ehehhe..masih 1 negeri kan..hehe..biasalakan bertemu dan berpisah adala adat..
eppy besday..nak wish awal gak..heheh

Anonymous said...

salam faizal

selamat berjaya di tempat baru plak ye... ada masa jgn lupa tulis blog hehe

Faizal@poyan said...

to ez.
wslm ye insyaAllah seronok, emm mash satu negeri lagi, terima kasih wish awl besday saya... nanti wish lain ok hehehe

to manja..
wslm, terima kasih doakan saya ya... insyaallah nanti klu saya free saya tulis blog, nanti baca yaaa

Encik Shino said...

Happy ADVANCE Birthday..

seyes takut.. sbb rse lagi cepat tua.
haha tp itu bg perempuan..
:D

Yana Ismail said...

alaahai..bila nak jumpa ni?br igt nk trn lgkawi nanti leh jumpa bro..ahaha..dah nk pindah dh

happy becoming birthday;)huhu

Faizal@poyan said...

to shino..
tq..ya lelaki semakin tua semakin macho hehehe dan jadi rebutan

to yana..
emmm nanti2 kita jumpa lah hehehe tu la lambat sangat nak turun langkawi..

tq..nanti wish lain nak hadia sama huhuhu

Insyirah said...

Salam faizal,

Alhamdulilah, bila tukar tmpt baru...grab pulak pengalaman yg berbeza. Dpt rakan sekerja baru, cara kerja yg berbeza, environment berbeza...semuanya berbeza. Yg penting, doakan semuanya baik² belaka. Moga semuanya berjalan dgn lancar. Dah tentu lepas ni faizal akan keje dgn lebih gembira sbb dah dekat dgn family...dpt jimat duit & etc. So, syukur alhamdulilah...

By da way, selamat bertugas di ofis baru ;)

en_me said...

sonoknyerr keje dekat dgn famili kan kannns..

anap_ilmi said...

selagi boleh blog, teruskan. leh aku hapdet cerita2 kau dari jauh neh. WALAWPUNNN aku jarang nak komen.. ahah.. tp aku tetap membaca...

Led said...

ades bro,

nasib lu sama ngan nasib gua. gembira masuk ptd, tapi sayu sgt nk tinggalkan kengkawan kat proton.

farah, s. said...

salam faizal. ape kabar?? huu lama tak jenguk sini. bz sket. ur birthday ek? so happy belated birthday. bestnye ade org raikan... ;)

Fatin Baharum said...

ramai yg sayang, tp, maybe kita xprasan.
cuma bila kte dh nk pg, br kta prasan sume tu.
nway, good luck kerja kt tempat baru.
god bless u!

Faizal@poyan said...

to syira...
wslm..ya semua adahikmahnya...tolong doakan saya ya..mudah-mudahan kengkawan kat tempat baru boleh terima saya seadanya sama mcmna kengkawan opis lama..

terima kasih

to me..
hmmmm seronok sesangat...

Faizal@poyan said...

to led..
emmm tu la setiap apa yang kita dpt ada kelebihan dan ada kekurangan...oh PTD hebat tu tahniah untuk awk..

to farah
wslm saya sihat harap farah pun sihat juga..besday saya lambat lagi 26 ni.. apa2 pun terima kasih..

Faizal@poyan said...

to fatin..
emm betul tu..
terima kasih ya fatin...