Monday, April 20, 2009

TEMPAT BARU SUASANA BARU


Assalamualikum...


Diharapkan semua sahabat-sahabat sekalian berada di dalam keadaan sihat sejahtera dan bahagia di samping orang tercinta..


Semalam 20hbln April 2009, aku telah memulakan kehidupan sebagai salah sorang kakitangan baru di opis ni, suasanan yang berbeza, tapi aku tak terasa sangat, sebabnya sebelum ini pun aku dah memang sentiasa datang ke opis ni, so semua staff kat sini kenal aku...


Memulakan hari 20 April 2009 pada seawal jam 6.00 pagi, bangun mandi, solat dan jam 7.00 betolak ke opis jam 8.00 baru sampai, naik kereta (kelabu), emm masa keja kat Langkawi jam 7.50 baru keluar rumah ke opis , jam 7.55 sampai tapi kali ni perjalanan 1 jam , dulu naik moto je kali ni aku akan naik kelabu dan kelabu jr emmm kelabu tu kerata dan kelabu jr tu moto aku heheheh semuanya warna kelabu..


Ari pertama aku kat cni, bermula agak bagus semuanya berjalan lancar, jam 1.00 aku ke HP service cik TOP aku yang baru beli tu ada masalah keybord pulak emmm ...kesian kat cik TOP aku tu..


Jam 2.30 aku bawa kes bicara kat mahkamah emmm baru lapordiri terus ke mahkamah , tak apa tu tanggung jawab aku.. dalam mahkamah pun tak ada apa-apa masalah semuanya berjalan lancar hakim pun mood baik je, aku pun tak kena marah hehehe..


habis je bicara otw nak balik kelabu aku enjin mati tengah jalan, start la aku ni tapi masih enjin tak mau nak hidup... aku dah berpeluh sakan dah ni,, cuba punya cuba nasib baik la enjin tu hidup balik nasib kereta kat jalan tu tak banyak klu tak emmm memalukan keadaan ja..


Aku cadang kereta Iswara (kelabu) aku tu , aku nak tukar enjin daripada 1.3 ke 1.5, aku dah tanya pomen aku, dia bagi tau harga enjin dan upah pasang RM2500 emmm ni tgh pertimbangkan ni...


Oklah minggu depan aku akan ke mahkamah kulim ada 9 kes bicara , jauhnya tapi akan aku cuba untuk sampai ke sana...


Gambar kat atas tu gambar bilik aku, aku tak sempat nak make up lagi hehehe... nanti aku nak bela ikan kat bilik aku tu, apa macam boleh tak hehehe.....

10 comments:

Anonymous said...

salam faizal

emm bela ikan dlm akuarium ke balang aje?

AlamNasyrah said...

Salam faizal,

Sounds great kat tmpt keje baru. Bagus la...alhamdulilah. Moga semuanya berjalan dgn baik ;)

Kat dlm bilik tu nnt, tanam la pokok bunga sekali. Muahehe.. ;p

JiLLTok said...

Salam. Amboi...kusi berbalut plastik lagi..sah opis baru ni. :)

Princess Liyana said...

HUHU make up kan jgn tk make upkan;)

anap_ilmi said...

hang wt keje bukan2 dgn leptop tu..mn xnyer.....huhu..ape2pun..happy working.kumpul duit byk2.nnt dtg sini.jln2 sini..k?.ddaaaaa

ez said...

wah faizal bestnye..semua bru..heheh..ada plastik lg..heheh..moga semangat bekerja pon baru..eehe

Faizal@poyan said...

to manja..
tak tau lagi la maybe bela ikan karin dlm botoi sos je kot..hehehe

to syira..
Alhamdulillah semuanya ok lagi wat masa sekarang harap2 ok la lepas ni pun...

pokok bunya tak minat.. minat pokok yang berdaun hijau jeeee...

Faizal@poyan said...

to jill
wslm.. emmm biasa la bangunan baru mestilah semuanya baru..tapi petang semalam saya dah buang plastik tu...

to yana..
hehehehe insyaAllah klu berkesempatan makeup la tapi buat sikit2..

Faizal@poyan said...

to anap
emmm mungkin lah kot.. sebab tu ciktop aku rosak..tapi aku dah ambil dah semalam dia rosak keybord ja..

terima kasih.. duit memang dok kumpul tapi kumpul untuk gi umrah dulu hehehe jordon tak mau p lagi..

to ez..
ya terima kasih ez...memang semangat baru pun heheheh

S h i n o said...

huih selesa ni
kalau wt layan YM dengan layan Mafia hahahaa :P