Thursday, May 28, 2009

AYAM MASAK LENGKUAS

Assalamualaikum...

Dah banyak hari aku tak update entry baru kat blog aku ni, sebabnya aku tak ada modal nak menulis maybe aku busy dengan kerja kot n keadaan aku sekarang ini ok hepi dan bahagia hehehehe....

Memandangkan aku tak dak ilham untuk menulis, so pagi jumaat penghulu segala hari ini, buat julung-julung kalinya aku nak kongsi satu menu yang mudah, maybe hempa dah pernah buat tapi aku tak kira aku nak share juga ..

Ayam masak lengkuas emmm mak aku selalu masak menu ni....aku sebagai anak sulung kekadang kena tolong mak juga kat dapur...hehehehehe dah besar ni aku just tolong rasa ja yang mana tak cukup garam n gula aku komplen hehehehe...

Baiklah kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahannya:
1- sebelah ekor ayam
2-10-15 biji cili kering
3-lengkuas sederhana besar
4-serai dua batang
5-bawang besar satu labu
6- 4 sudu sos cili
7-garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya, macam biasalah basuh ayam tu dulu sehingga suci hehehe pastu gaul ayam tu dengan kunyit dan garam dan goreng dahulu, kemudian bahan 2-5 di kisar sebelum itu cabai kerang elok di goreng atau di rebus terlebih dahulu baru di kisar bersama bahan-bahan lain..

Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi kedalam kuali yang berisi sedikit minyak (sedikit je tau nanti banyak kolestrol pulak) bila dah tumis bahan-bahan tadi dan masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa selepas lebih kurang lima minit masukkan ayam, dan bila ayam tu berada di dalam kuali selama lima minat boleh lah di hidangkan..

Emmm minu ni sesuai di makan waktu tengah hari dan boleh juga di hidang bersama ketupat, bau lengkuas dan serai tadi sangat-sangatlah membangkitkan nafsu makan tak caya cuba try...

Hehehe sebenarnya aku baru je selesai masak menu ni, ni tak sabar-sabar nak rasa mesti sedap air tangan aku yang buat hihihihi.....

oklah selamat mencuba sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila ke komen

14 comments:

Farah Amin said...

wah. entri makanan. ehe

ez said...

yuummy..bestnye...

Insyirah said...

Where's the pic? Boleh kitorg tengok². Lapar ni..

Princess Liyana said...

Huhu nanti yana try ek.ahaks.skang memang tgh mood nk memasak.ahaha

Faizal@poyan said...

to farah..
wahhh sekali sekala elok juga peturunkan ilmu heheheh

Faizal@poyan said...

to ez
emmm cuba try

to syira..
alaaa tak sembat nak snap pic tu... lain kali lah ya hihihihi

Faizal@poyan said...

to yana..
hehehe elok tu..memasak ni kena ada mood, klu mood tak elok sure masakan tu tak sedap hihihi

A t i Q a h said...

Uhh. Lapar pulak dah pagi2 buta neh. Huhu.

Precious said...

wuih ... ko masak? Hmmm ...

Faizal@poyan said...

to atiqah..
hehehe lapar kena gi mkn dulu huhuhuh

to precious
hmmm awat tak pecaya ka hehehehe.. jgn ingat perempuan je yang tahu masa zaman sekarang lelaki lebih hebat di dapor tau huhuhu

S h i n o said...

hahaah entri main masak2 ke bro?

:P

lagenda said...

Macam pernah makan ja menu ni .Apa pun tahniah and masaklah hari-hari yer............

en_me said...

bestnyerrr..

Faizal@poyan said...

to shino..
emm mcm tulah nampak gayanya shino dah tak ada idea masak pun masak pun masaklah

to lagenda@pak su..
emmm mesti lah hg besa rasa..

to me
bab mkn mestilah best en me oiiii