Monday, May 4, 2009

TAMPOK & KELABU

Assalamualaikum..
Apa khabar semua kengkawan seblogku, emm sejak aku tkr ke A.or Setar ni memang tahap kebusyan aku melampau..tapi wat apa nak merungut sebabnya aku yang minta tukar...tak sampai sebulan lagi aku tkr tapi masa rasa sekejap je...tak apa bila cukup sebulan aku kat Alor Setar aku akan wat satu entry khas bersempena sebulan aku kat cni..
kali ini entry aku, aku taip kat KFC Gurun Kedah, tajuk tampok & kelabu..
Tampok:
Kuching keluarga aku di beri nama tampok, kami dah bela sejak 13 tahun dahulu, masa tu mak aku ambil dari mak lang dah aku, mak aku ambil sepasang tampok dan cico, tampok betina dan cico jantan, kedua-duanya membesar bersama-sama dalam peliharaan kami, setelah cico akhil baligh dia kerap keluar mencari pasangan, dasar jantan yang tak pernah puas dengan seekor betina.. malangnya cico sudah tidak kembali, perkhabaran di terima bahawa dia telah mati tanpa kubur, ada yang kata cico mati lemas di dalam sungai..
Itu riwayat hidup cico, hari ini keluarga kami terasa kehilangan ahli keluarga, kerana tampok pun telah mati di sebabkan tak dapat bersalin, baby dia tersangkut, kami tak sempat bawa jumpa Doktor so dia telah pergi, dan di semadikan di belakang rumah kami..
Sepanjang tempoh kehidupan tampok, tampok kerap bersalin tapi seekor anaknya pun tak pernah hidup, dasar ibu yang tak tahu jaga anak, mak aku kata tampok tak mau ada anak maybe sebab tampok tak mau kami lebih sayangkan anaknya daripada sayangkan dia...
Yang paling terasa kehilangan tampok ialah mak aku la, mana tidaknya setiap malam tampok tidur dengan mak aku, pagi2 tampok kejutkan mak aku sembahyang subuh, bila mak aku balik keja tampoklah yang menunggu di hadapan pintu..
Tampok dan cico sangatlah comel...tapi lepasni aku kena cari penganti tampok untuk mak aku...hehehehe macam karangan darjah dua lah pulak..
Kelabu;
kelabu nama kereta iswara aku, ari ahad lepas aku hantar di masuk bengkel, jumpa dengan Doktor peribadi dia, kelabu ni enjin dia 1.3 cc je so aku nak tukar ke 1.5 cc sebabnya 1.5 cc baru kuat sikit nak laju, lagipun tak best la jalan jauh2 dengan cc yang rendah ni, aku peruntukan untuk upgred kelabu aku tu RM2000 emm sebabnya aku nak pakai lama kereta tu, klu nak beli baru aku cadang kalau aku naik pangkat nanti hehehe kengkawan semua doakanlah aku cepat naik pangkat ok..
emm rasanya itu jelah kot cerita aku..apa-apa pun terima kasih kepada semua kengkawan yang selalu menjengok blog aku...

6 comments:

farah, s. said...

ade bela kucing ke? heheh kalau sy mmg fail

cikceriacorner said...

org kate..kalo bela kucing ni penyayang..ehhehe
sy suka kucing tp takut kucing..hehhe

wah..kelabu da ada semangat baru...heheh

moga cepat naik pangkat..

jgn bosan2 ye kat sana..sendiri yg mau tukaukan..ehhehe

Faizal@poyan said...

to farah
emmm kuching keluarga ja..

to ez..
emm mak saya yang sayang sangat kat kuching tu,

emm esok kelabu kuar bengkel.. ni tak sabar2 nak memandu kelabu..

terima kasih..

tu la tak bosan pun tapi rasa masa dlm sehari tak cukup

Encik Shino said...

haih jarang jumpa kucing tak pandai jaga anak nehh.. hurmmmm

Anonymous said...

salam faizal

kite suke tengok kucing aje...
tapi takut nak pegang...

moga2 cpt naik pangkat...
kite doakan yek...

Faizal@poyan said...

to shino..
emm tu la, hairan betol..

to manja
wslm la nape takut.. dia tak tokak aih..

ok terima kasih