Tuesday, June 2, 2009

Hmmmmm

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni aku ditegor pelbagai pihak, emmm banyak juga kesilapan aku buat, aku ingat perkara tu kecil sahaja tapi besar juga....
Lepas ni aku perlu berhati-hati atas semua perbuatan aku, imej aku dah tercemar so aku perlu buktikan segera dan mengikis imej yang tercemar tadi kepada lebih baik...
Manusia diciptakan oleh Allah dengan sifat baharu iaitu berubah-ubah, sikap manusia tak menentu kekadang baik dan kekadang kurang baik, kekadang betul dan kekadang salah, manusia ada kelebihan dan kekurangan...
Apabila ditegor perlulah segera berubah dan beriltizam tidak akan melakukannya lagi, aku harap kepada kengkawan yang kenal aku jgn di tanya sebab apa aku ditegor ok manusia tidak lari dari melakukan kesalahan...
Oklah cukuplah setakat itu, di sini aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Razif iaitu jiran sekampung aku yang telah melangsungkan pernikahan pada ahad lepas dengan pasangannya nazira, kedua kepada Rosmainie (ros) kawan sepejabat aku masa kat Langkawi dahulu dengan pasangannya helmi, aku sempat pergi kenduri sebelah suami dia ari isnin aritu dan seterusnya kepada Rozana kawan sepejabat aku di Langkawi bersama pansangannya emmm aku lupa nama bakal suami dia yang akan di akad nikahkan pada 6hbln ni....insyaAllah klu tak ada pa aral aku akan pergi kenduri dia pada 11hbln ni..
Emmm bila lahhh masanya pulak aku nak rasa nasi minyak aku sendirii niiiiii......"seseorang" bila nak bagi keputusan ni hehehehe...rasa terdesak pula nak nikah huhuhu...
Oklah aku doakan kepada semua pengantin baru ni moga berbahagia sehingga akhir hayat ok doakan pula jodoh aku ya.......

5 comments:

Insyirah said...

Salam faizal,

Kalau org lain tegur kesalahan dan kesilapan kita, kita terima dgn hati yg terbuka. Semuanya adalah utk kebaikan. Kat dunia ni tak de yg sempurna. Semua org akan buat silap. So, kita just belajar dari kesilapan supaya ia tidak berulang lagi...insyaALLAH.

Ermm, sedang menunggu keputusan dari 'seseorang'? Hehehe.. tak apa, bagi masa pada dia utk fikir masak-masak. Jgn push dia, nnt dia akan rasa tak selesa. Awk just tunggu dgn kesabaran. Nak walimah nnt, jgn lupa jemput ;)

cikceriacorner said...

faizal..biasala kan manusia x lari dr buat kesilapan..
ehhehe..kang nak kawen jemput la ek..heheh

Faizal@poyan said...

to syira..
ya betul tu..

emmm ya tgh sabar menanti huhuuhu... insyaAllah tapi maybe 2 tahun lagi kot hehehe

to ez..
ya manusia banyak wat kesialapan..
insyaallah

Yana Ismail said...

hehe..tkpe, bg masa bro dia fikir..ekeke, nnti pening plak paler dia..ahaks;)

hm tkpela.mereka tgur sbb mereka sayang;)huhu

bro, check kan la ek aym msk lengkuas, gitu ke rupenya..haha ada di blog yana..try msk ..huhu

Faizal@poyan said...

to yana..
hehehe tu la ..ya depa sayang saya lah tu yang depa tegor tak apa saya dapat terima sebab tu kesalahan sendiri..

hehehe saya dah tengok memang menjadi, mcm tulah rupanya... hehehe pandainyaaaa yana