Friday, June 26, 2009

KELAMBU


Assalamualaikum...



Hari ini aku nak cerita apa yang aku alami pada jam 3.00 pagi semalam....emmm sedang nyenyak tido aku terjaga dan telinga kiri aku terasa ada sesuatu yang masuk ke dalam lubang telinga aku, maka sahlah bahawa ada serangga yang telah masuk ke dalam lubang telinga aku, tak sakit pun tapi ada dengar bunyi ja dlm telingga aku buatkan aku tak selesa, aku ke bilik air dan masukkan air ke dalam telinga dan serangga tu pun diam aku rasa dah mati, bila aku letak kepala semula di bantal busuk aku, sekali lagi berbunyi seolah-olah serangga tu nak terbang, membuatkan aku tak tahan dan aku bangun bersiap dan terus ke Hospital Yan Jam 3.00 pagi ,baku nak gi sorang ja tapi ayah aku nak ikut juga so bawalah dia sekali... alhamdulillah dalam perjalanan nak ke hospital serangga tu dah diam dan tak berbunyi lagi dalam telingga aku.



Sesampai ja aku kat Hospital dalam 10 minit nama aku di panggil, ada seorang MA yang tolong aku buangkan serangga tu, mula-mula dia guna satu jenis alat dan jolok masuk ke dalam lubang telingga aku kekadang ada juga terasa sakit, emmm dia bagi tahu aku serangga tu ada dekat dengan gegendang telinga aku so dia tak berani nak ambil dengan alat tu... aku dah takut dah...



Selepas tu di bawa aku masuk ke dalam satu bilik untuk aku tido, selepas tu dia guna kaedah tembak telinga aku dengan air memang aku ada terasa sakit, nasib baik sekali je tembak serangga tu keluar sekali dengan air tu, lega perasaan aku, klu tak risau juga...



Emm ni kali pertama ada serangga masuk ke dalam telinga aku sebelum ni tak pernah masuk pula time aku tidur tu...



Sebelum ni aku tidor mesti dalam kelambu, sejak kecil lagi aku guna kelambu, biasalah rumah aku tengah sawah banyak nyamok dan serangga yang kecil yang bertebangan..aku tak tidor dalam kelambu baru dua minggu je sebab aku dah berpindah kebilik baru hehehe.



Tapi selepas kejadian semalam, keesokkannya aku terus pergi beli kelambu, tapi kali ni aku beli kelambu yang seperti kelambu baby tapi besar la, cuba lihat gambar kat atas tu , hehehe aku tak sempat lagi nak gi beli set bilik tidor, saja aku nak wat gempar orang kampung huhuhu depa kalu ada yang beli set tidor ja mesti depa ingat dah tak lambat lah tu nak kahwin huhuhu



emm aku dah fobia, mulai hari ini aku nak tido dalam kelambu, aku risau ada serangga lain pula yang masuk dlm telingga aku nanti..



Oklah sekadar itu sahaja, kepada kengkawan semua jagalah telinga anda dari di masuki serangga kecil atau besar.

8 comments:

anap_ilmi said...

jgn kerana sekor nyamuk habih kelambu d bakar..ahakz...

Faizal@poyan said...

to anap..
huhuhuhu ni kelambu baru ok, ingat murah ka RM50 nak bakar pun pikiaq 2 @3 kali oooo

Org Ganu said...

hehehe..kelakar betol. lubang telinga awk besar sgt smpi serangga masuk..=p
comel la kelambu tu..sebijik macam kelambu ank sdara sy..haha

ungu violet said...

haha, smp mcm tu sekali?

Faizal@poyan said...

to ganu..
terima kasih melawat blog saya...ntah la tak tahu la napa dia nak masuk...

heheh ya la kelambu baby optimus prime mestilah comel

to ungu..
ya laaaa siksa oooo dh jadi fobia kalu ada nyamuk terbang tepi telinga

Your Average Mat said...

kat mana ada jual kelambu serkup ni ? tq

email me.

Faizal@poyan said...

to mat
saya beli kat kedah nama kedai long wan... tp kelambu ni byk di jual di bukit kayu hitam dan padang besar

Anonymous said...

Petua orang tua kalau lubang telinga dimasuki serangga halus tutupkan telinga sebelah yang tidak dimasuki serangga tu, dalam masa sekejap je serangga tu akan lari keluar dari lubang telinga anda...