Saturday, June 13, 2009

SEBULAN AKU DAN SESEORANG


Assalamualaikum....


Petang sore yang agak sedikit berjerebu, aku gerakkan jari jemari ini untuk meluahkan isi hati kekesyukuran aku pada ketentuan Allah dan takdirnya...


Sebulan sudah tempoh aku dan seseorang menjadi rapat di dalam perhubungan ini, tak aku sangka begitu cepat tempoh sebulan itu menjelma tetapi Alhamdulillah hubungan kami semakin mekar berbunga dari hari kehari...


Bukan bermakna aku riak untuk menceritakan hal ini tetapi semua kengkawan yang dari dahulu sehingga sekarang mengikuti blog aku, segala kesedihan dan kegembiraan telah aku ukirkan di sini jadi tidak salah rasanya, kali ini aku pahatkan pula rasa bahagia dan kesyukuran ini di sini,


perkenalan aku dengan seseorang sebenarnya telah lama, hasil gosip-gosip yang di lemparkan oleh ramai kengkawan kami, mengakibatkan kami menjadi semakin rapat sehingga suatu saat aku memberanikan diri untuk pergi jauh di dalam hubungan ini, aku memberanikan diri berterus terang kepadanya sebabnya aku tak perlu takut di kecewakan kerana aku telah kerap kali di kecewakan oleh itu kali ini aku terus berterus terang....


Biarlah ceritera aku dan seseorang ini akan aku cerita kan selepas terjalinnya ikatan yang sah, buat masa ini akan ku ceritakan sedikit demi sedikit ...


kepada kengkawan di luar sana tolonglah doakan aku dan seseorang di permudahkan kearah ikatan yang sah suatu masa kelak..


kepada seseorang terima kasih menerima aku yang tak seberapa dan tak seadanya ini, moga kasih sayang yang kita bina ini berkekalan....


Terima kasih ya seseorang......
Bunga kat atas tu khas ku hadiahkan buatmu seseorang


p/s seseorang di sini bermaksud seseorang yang berada nun jauh di sana namun sangat-sangat dekat dihati ini.....

9 comments:

Insyirah said...

Salam faizal

Alhamdulilah. Moga jodoh kalian kekal sehingga ijab dan kabul...Amin!

NuR_KaSEH said...

salam faizal..
moga perhubungan ini berkekalan dan diakhiri dengan sa2 ikatan yang suci yang dinamakan pernikahan...amin....

Anonymous said...

salam

moga kalian berbahagia... Amin

en_me said...

ammvoiiii abang faizal poyan ittewww.. moga panas hingga ke petang

Faizal@poyan said...

wslm syira, kaseh,manje dan me
terima kasih atas doa kalian tersebut amin ya rabbal alamin

cikceriacorner said...

amin..sy doakan yg terbaik utk anda..heheh

Fatin Baharum said...

gosip menjadi rapat..
btol btol. i agree. :)
smoga kekal ea.

Yana Ismail said...

Huhu yana doakan bro akan mjadi lebih rapat lagi dgn seseorang itu..rpt smpai ke jinjang pelamin..huhu aminnnnnnnnn;)

eyp ni apa ni blog da bersawang ni..update2! (baca dgn nada mak tiri yg garang ;P)

Faizal@poyan said...

to ez & fatin
emmm terima kasih tulah tak sangaka gosip boleh merapatkan seseorang

to yana
amin terima kasih..

yelah2 nak update lah ni