Tuesday, July 28, 2009

GENTING OH GENTING

Assalamualaikum...

Agak lama juga aku tak mengupdatekan blog aku ni, bukan apa aku busy sangat, ni pun baru balik dari mendengar taklimat kat Putrajaya....

Emmm tajuk kat atas tu seolah-olah mengambarkan kehampaan aku kerana tiga kali perancangan aku nak ke genting dengan kengkawan aku tidak menjadi, sejak dua menjak ni setiap perancangan aku sentiasa sahaja tidak menjadi..

Nak ke Genting ni aku dah rancang sejak awal bulan Julai ni lagi, mula-mula bercadang nak gi dengan sahabat aku kat kedah ni tetiba dia pulak tak jadi, lepastu bercadang nak gi genting dengan doli pula nyaris dah nak pergi, call hotel tapi penuh so tangguh, masa aku gi putrajaya tu cadang nak gi genting lagi kali ni nak gi dengan doli dan rapi tapi doli pula ada hal so tak cukup korum tak jadi pergi lagi..

Emmm kali ni aku dah tak mau rancang dah nak gi Genting... aku nak tangguh gi genting sehinggalah aku teringin nak gi genting pulak..

Arini juga perancangan aku nak ke karnival kedah sejahtera dengan mainie pun tak jadi sebab mainie ada game kat jitra...emmm minggu ni minggu tak menjadi..

Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah....

Emmm ni tajuk lain pulak...

Result exam PJJ aku dah keluar dua minggu lepas.. tapi hampanya aku result jatuh teruk dek kerana satu subjek sahaja aku dapat C, tapi ramai jugalah student yang jatuh semester ni, di sebabkan UKM menaikkan graf permarkahan...tak apa pertengahan bulan ogos ni bermula Semester 5 aku akan usaha sekali lagi supaya pointer aku naik...

oklah itu sahaja aku nak ceritakan...terima kasih kepada kengkawan blogger yang sentiasa membaca blog aku yang tak seberapa syok ni...

7 comments:

Yana Ismail said...

alaahai..tkpe..sem dpn usaha lg bro...;)

hehe err tk pyh rncgla..pergi bila tak dirancang..ha selalu mesti jadinya..;)

anap_ilmi said...

mungkin kne tgu aku balik dulu br leh g genting ituu...ko xtgu aku..mmg la jenis jadi sudah.ahakz

Faizal@poyan said...

to yana..
ye sem depan kena usaha lagilah..

tu la selalunya klu di rancang mesti tak menjadi

to anap..
tunggu ko lambat lagi lah ko nak balik pun time bulan puasa...

tak apa nanti bulab puasa kita g genting ok

Insyirah said...

InsyaALLAH usaha yg terbaik lagi. Doa banyak-banyak dan bertawakal. InsyALLAH next sem mesti cemerlang. Chaiyokkk! ;)

en_me said...

salamm abang faizalpoyan itteww..

Led said...

usaha excalator kejayaan

Faizal@poyan said...

to en me...
wslm me

to led...
yeyeye tangga kejayaan