Monday, July 6, 2009

SEORANG PEGUAM


Assalamualaikum...

Emm malam ni aku nak cerita tentang kepeguaman...aku dah jadi peguam dah 2 tahun 3bulan....2 tahun aku jadi peguam kat Langkawi tapi tak banyak belajar sangat tentang kepeguaman ni...

Tapi sejak 4 bulan aku bertukar ke Alor Setar, banyak yang aku belajar tentang jerik perih seorang peguam, terutamanya peguam yang memberi khidmat kepada masyarakat yang tak berkemampuan..

Semalam aku sempat berbual dengan seorang peguam senior dah 25 tahun dia jadi peguam, dia kata nak jadi seorang peguam perlu kepada seorang yang tebal mukanya dan pekak telinganya iaitu seorang yang tak kisah apabila di marah dan seorang yang tak malu di kalayak, baru boleh jadi seorang peguam yang baik...sebab apa dia kata macam tu, kerana seorang peguam terutama peguam swasta ni perlu sentiasa berhadapan dengan klien yang bermacam-macam latar belakang, kekadang peguam kena marah dan maki hamun dengan klien di hadapan hakim pun kena marah tapi dengan hakim la.. muka juga kena tebal kena sentiasa berhadapan dengan apa jua yang datang....

Klien juga kekadang tak faham dengan kerja peguam, bila tak faham selalu nak ajar peguam, bila ada klien mcmni peguam tu kenalah bersabar dan tak boleh menjadi sensitif..

Pengalaman aku sendiri pada pagi tadi, aku kendalikan 13 kes untuk dua dewan di mahkamah Alor setar, Alhamdulillah semuanya aku sempat kendalikan walaupun sekejap ke dewan satu sekejap ke dewan dua...tak apa semua tu amanah yang aku perlu selesaikan...

Tadi last kes aku lawan dengan Peguam swasta, aku wakili Pihak Kenan Tuntut (suami), peguam swasta wakili Pihak Menuntut (isteri), dalam tuntutan cerai taklik atas sebab suami tak tinggal dengan isteri...pagi tadi sampai kepada keterangan saksi pihak menuntut, setelah di soal utama tiba giliran aku untuk soal balas, mcm biasalah aku soal balas nak merosakkan jawapan kepada soalan utama, dua tiga kali aku soal saksi tu tak dengar, hakim minta aku kuatkan suara, aku rasa ramai-ramai peguam kat kedah ni suara aku yang paling kuat, tapi ada juga yang tak dengar.... masa aku soal peguam swasta dok geleng kepala bagi isyarat kepada saksi supaya jawab ( tidak bersetuju) dua kali dia buat aku terus membantah, mcm biasala peguam tu nak pertahankanlah tindakan dia, last sekali hakim minta aku teruskan dan hakim bagitau kalau sekali lagi dia nampak dia akan halau, hehehehe..

Bila selesai aku soal balas peguam swasta soal semula, dalam soal semula peguam tu banyak memberi soalan membimbing terus aku membantah (pada hal aku pun selalu bagi soalan membimbing), dalam dok bertengkar dengan peguam tu tetiba saksi nak pengsan nasib baik dia sempat terduduk atas kerusi, terkejut juga aku, lepastu hakim minta kes ini di tangguh memandangkan keadaan saksi yang tak mengizinkan...

lepas aku keluar dari dewan sambil memimpin saksi tu keluar, Pihak menuntut memarahi aku, macam-macam dia kata kat aku, dia kata aku tanya soalan yang memberi tekanan kepada saksi tersebut dan dia juga bagi tahu, aku juga memberi soalan yang membawa tekanan pada dia semasa keteranggan dia bulan lepas, emmmm biasala soal balas memang mcm tu...tapi dah diorang tak paham mcm2 la depa kata....

Tak apa aku jadikan ini semua sebagai dugaan, nak jadi peguam yang baik, hati kena tenang dan cool, perasaan dendam dan cepat terasa kena buang jauh-jauh walaupun aku ni cepat terasa....

Klu dengan klien pun kekadang kena marah tapi dengan hakim pun kerap juga kena marah, biasa la aku pun baru lagi banyak yang kena belajar, sedangkan peguam senior pun selalu kena marah inikan pula aku... tapi setiap kali di tegur or di marah aku ambil itu sebagai ilmu...

Itu sahaja aku nak ceritakan, jangan fikir jadi peguam ni senang, sangat-sangat lah payah, hati mau jadi orang yang tak kisah dan diri tak boleh ada sifat cepat terasa... huhuhuhu

16 comments:

Insyirah said...

Waduhh...susah juga ye. Kena berhati keras la kalau nak tahan dimarah. Kalau saya, rasanya mcm tak sanggup je. Orang marah sikit je pun saya dah meleleh air mata.

en_me said...

kena pandai cakap tewww bro.. 'cakap kelentong membelitkan fakta' .. ekeke

Farah Amin said...

mencabar betul jd peguam. huhu. dulu penah bercita2 nk jadik peguam. hikhik. tp xsesuai lah

Faizal@poyan said...

to syira..
emmm susah ingat senang ka..tu la kena hati keras dan tak kisah apa pun org nak kata...

to me..
emmm pandai ka tak pandai ka klu jd lawyer kena bercakap la...

Faizal@poyan said...

to farah..
emmm mencabarlah juga bukan senang nak jadi senang hehehehe

Fira Malek said...

sye ni student...bru form 4.sye mmg mnat sgat2 nk jd lawyer..dri dlu tu r cte2 sye..wlau ape pn jd,sye akn pstikan sye brjya utk jd lawyer...anyway,leh share lg tntang pape experience spnjg abg jd lawyer ni?

naMaku `Ain said...

sy lak baru nk jadik lawyer officially..tp ms chambering dh kena handle file sorang2 sbb lawyer x masuk opis. x larat nk handle clients. semua dia nk, pmohonan itu, pmohonan ini,kte x bg buat pmohonan bukan2 dia dok marah2. end up kena bayar costs mahal lagi marah2.adoihh

Anonymous said...

salam.ada blog pasal lawyer bestla.sy amirul.bru chambering.sg petani.

atiqah zawave said...

huhu.. susah juge yerr nk jdi peguam ni.. engatkan sng sperti yg sye sangke... rupe2nye tidak.. ad jgak cita2 nk jd peguam. tp,, ble bce artikel ni jd berdebar plak.. seorg peguam ni knelah bersifat tegas n matang.. :)

Nurul Ashikin said...

Jadi gulfren peguam lagi sadis kot, huhuhu..xboleh slalu keluar dating mcm pasangan lain..tp sekali dpt keluar mcm2 boleh dpt n beli..hehehe..

Miss S said...

Awk still peguam ke? Saya nak mintak nasihat sikit boleh? Kalau boleh please reply.. thank u..

Miss S said...

Awk still peguam ke? Saya nak mintak nasihat sikit boleh? Kalau boleh please reply.. thank u..

Faizal@poyan said...

sy dh tak jd peguam

Hisham Nazir said...

Tahniah - www.hishamnazir.com

asy qn said...

berbaloi ke jadi peguam? saya dpt aliran sains tulen tapi tukar aliran lain sbb nak jadi peguam...

asy qn said...

berbaloi ke jadi peguam? saya dpt aliran sains tulen tapi tukar aliran lain sbb nak jadi peguam...