Tuesday, March 31, 2009

MENCINTAI & DICINTAI

Assalamualaikum...

Setelah 4 kali aku urutkan kaki aku, pagi ni dah ok sikit jalan pun tak terhencut-hencut dah....syukur Alhamdulillah dariNya kesakitan datang dariNya juga kesakitan hilang..


Berbalik pada tajuk, sebenarnya tajuk tu tak ada kena mengena dengan mood aku sekarang, dah hampir setahun aku biarkan cinta itu terbang bebas, tipulah kalau aku katakan bahawa aku tak akan bercinta lagi, fitrah kejadian manusia saling memerlukan antara satu dengan yang lain terutamanya antara lelaki dan perempuan....

Cinta lengkap bila adanya yg mencintai dan dicintai, malangnya yang terjadi pada aku, aku mencintai seseorang tetapi dia sebaliknya, tapi bila aku dicintai seseorang aku pula sebaliknya, ramai kengkawan aku kata, terimalah org yang mencintai aku ,sesungguhnya aku dah tahu dia betul-betul cintakan aku, tapi aku beranggapan jika aku terima cinta secara terpaksa seolah-olah tidak adil dalam percintaan...


Cinta akan indah bila kedua-dua pasangan saling cinta mencintai, sayang menyayangi dan saling memahami, sebab itu aku rasa tak adil jika aku terima org yang mencintai aku tapi dalam hati aku, aku masih belum boleh jatuh cinta padanya....pengalam aku mengendalikan kes-kes rumah tangga banyak mengajar aku erti cinta sebenarnya..ramai yang bergaduh dan bercerai di sebabkan nikah terpaksa dan tidak ada cinta, tapi ada juga pasangan yang berkahwin kerana bercinta, bila kahwin tak sampai dua tahun bercerai juga, mungkin bercinta sebelum kahwin lama sangat bila dah kahwin nikmat bercinta itu hilang sebab tu boleh jadi perceraian..


Terus terang aku katakan aku pernah declare dan bercouple tapi tak lama, hanya seminggu sahaja, itulah kali pertama aku declare, lepas tu aku minta break, memang nampak aku ni zalim sebab bercouple seminggu terus putus, untuk pengetahuan ada sebab-sebab tertentu, selang sebulan aku break dgn dia, aku dengar cerita dia tengah bercinta pula dengan suami orang, aku memang tak percaya cerita tu, sehinggalah org yang aku percaya sendiri yang ceritakan kepada aku dan terbukti juga bila dia di arahkan bertukar ke tempat lain 24 jam.
Aku bersyukur sangat pada Allah sebab bukakan pintu hati aku untuk aku putus dengan dia, sebab segala sesuatu yang terjadi ada HikamahNya...

Pengalaman cinta aku tak sehebat kengkawan semua, almaklumlah aku ni bukan jejaka yang laris dipasaran tapi aku bersyukur, sebab ada hikmahnya, antaranya aku tak banyak wat maksiat kuar dengan bukan muhrim alhamdulillah Allah pelihara aku daripada perbuatan tersebut...

Jadi jejaki yang laris dipasaran pun tak la bagus sangat, bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, berkahwin pula dengan orang lain hehehe larislah katakan...

Ntah la tahun 2008 adalah tahun kegagalan aku bercinta, harap-harap tahun kehadapan ni adalah tahun hati aku berbunga-bunga wawawa pinjam ayat-ayat yana alahaiii...

Tapi ntah la, bila hati aku boleh berbunga-bunga...
balik kampung mesti ada orang tanya, bila lagi nak kahwin, aku jawab la calon pun tak ada lagi, lepastu dia kata, tu la memilih sangat, aku jawab balik la, p beli ikan pun kita pilih ni kan pula calon isteri...

Aku teringin sangat nak jatuh cinta dan cinta aku dibalas, tapi tak tahu la bila...cemburu aku lihat kengkawan aku bercinta, yang paling aku geram bila kuar dengan aku bukannya nak sembang dengan aku tapi dok bermsj dengan awek dia, baik tak payah kuar klu mai dok depan aku dok msj dgn awek dia, so lani aku dah wat undang-undang , kuar dengan aku jgn sesekali main msj depan aku, hehehehe zalimkan aku yelah seolah-olah aku bersembang dengan kerusi dan meja bukannya bersembang dengan dia...

Oklah aku harap target aku nak nikah umur 27 tu termakbullah amin..sorilah kengkawan terluah perasaan pulak....


sumber gambar flickr

Monday, March 30, 2009

SAKIT KAKI


Assalamualaikum

Apa khabar semua kengkawan ku sayang hehehe, Khabarnya aku hari ini tak berapa ok, tak tahu la kenapa, bangun je pagi tadi rasa nak jalan tak boleh terhencut2 ja bila berjalan...

Dalam bulan ni 2 kali aku jadi macam tu, bila bangun pagi sakit kaki rasa macam kaki aku terseliuh je.. kali pertama dulu sekejap je lepas mandi terus sapu minyak panas, urut sikit dah ok tapi jln masih terhencut-hencut juga.

Pagi ni aku rasa lagi teruk, lepas sapu minyak panas dan urut pun ,masih rasa sakit, sebenarnya petang semalam lagi aku dah rasa sakit, tapi tak la seteruk pagi ni, dalam rasa sakit tu sempat lagi aku gi joging panjat bukit kat LISRAM langkawi, 3 kilometer awal aku joging 7 kilometer lagi aku jalan je, yang 7 kilometer tu daki bukit, tak terdayanya aku nak joging daki bukit, bejalan pun dah penat sampaikan bernafas melalui mulut bukan lagi melalui hidung..

Aku rasa aku sakit kaki ni bukan sebab joging tu, tapi mungkin sebab urat kaki kot, aduh teringat masa ada nek ( nenek kepada mak aku kiranya moyang aku) dia dulu pandai mengurut tok bidan katakan, klu terseliuh main bola ka balik rumah mesti dia urutkan kaki aku tapi dah 11 tahun dia tiada aku sendiri lah yang mengurut kaki aku...

Nasib ari ni ada dua kes je kat mahkamah, klu banyak kes mau aku MC je...selalunya depan hakim bila aku nak bercakap or berhujjah aku kena berdiri, hari ni aku nak duduk lah ,apa macam boleh hehehe...

Kedua-dua kes ari ni adalah nak lihat kedudukan waran tangkap keatas Defendan yang ingkar perintah mahkamah dah sempurna atau belum, klu defendan masih tidak hadir ke mahkamah jawabnya kena tangkap dok dalam penjara 1 minggu...dua tahun aku jadi lawyer baru seorang hakim jatuhkan penjara 1 minggu sebab ingkar perintah mahkamah, aku harap lepas ni tak ada lagi yang kena penjara..

Petang ni jawabnya takleh la gi joging, kaki aku ni rasanya dua hari juga baru ok.. apa-apa pun kengkawan semua tolong doakan aku ok..aku takut nak jumpa doktor, takut kena cucuk eeeeee

sumber gambar google

Saturday, March 28, 2009

DIET


Assalamualaikum...

Emmm kenapa aku payah sangat nak istiqamah, bukan apa azam aku untuk tahun ini nak kurangkan sedikit berat badan aku ni...

Setiap usaha yang aku wat hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam ja, dulu-dulu gi gim seminggu , lepastu joging daki bukit 2 minggu, makan lak selang dua hari baru makan nasi, kekadang makan roti je..tapi semua tu tak lama sebabnya aku putus asa mana tidaknya lepas 2 minggu aku berdiet berat aku turun sedikit ja...

Lepas aku putus asa tu, aku pun stop dari joging naik bukit petang-petang, last sekali tersangkut pulak dengan drama SPA Q emmm apa lagi petang-petang tak leh gi mana dah dok depan tv ja..

Makan pula memang aku dah stop makan waktu malam, tapi bila mak ndak aku call suruh datang kedai dia untuk makan, aku pun pergi lah almaklum la makan ikan bakar lah apa lah emmm biasa la mak ndak aku buka kedai makan kat langkawi ni..so mcmna nak diet klu tak pergi sat lagi kecik ati pulak..

Tapi azam aku bulan 4 ni aku tak mau mkn nasi, aku nak try sebulan tak makan nasi, jangan risau aku akan seimbangkan diet aku hehehe...tapi tak tahu la istiqamah ka dak..

Tak apa kengkawan semua tolong doakan aku ya...

Sebut pasal istiqamah ni, aku nak bagi sedikit takrifan, istiqamah ialah berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada akidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa-apa keadaan sekalipun.

Walaupun istiqamah ni hanya untuk menunjukkan pegangan kita pada islam tapi kita boleh aplikasikan di dalam kehidupan harian kita...supaya setiap apa perbuiatan yang baik kita buat berterusan...

oklah sekadar itu sahaja...

sumber gambar flickr





Wednesday, March 25, 2009

TAG: KENAPA AKU TULIS BLOG?

Assalamualaikum...

Kemarin aku terjah blog sahabat aku si anap yang tgh study kat Jordon...aku baca entry tajuk kenapa dia tulis blog, tetiba last sekali tajuk tu dia jadikan tag so aku kena tag...

Sebetulnya aku tak tahu kenapa aku tulis blog, aku mula menulis blog kat friendster, setelah aku membaca beberapa blog kengkawan aku yang ada dalam friendster tu, terutama blog si anap ni lah...aku jadi makan hati so aku pun nak cuba menulis walaupun aku ni bukanlah pandai sangat mengarang-mengarang ni...

di pendekkan cerita setelah aku berfikir panjang kenapa aku tulis blog so ni lah sebab-sebabnya:


Menulis untuk berbicara,
membicara tanpa bersuara..
melauhkan segala isi hati,
kesedihan keperitan hidup yang aku tak mengerti..

menulis untuk suka-suka,
untuk kenangan sanak saudara
jika aku sudah tiada
terpahat di blogspot selama-lamanya..

menulis untuk diri sendiri
bukan bermaksud untuk menyakiti
sakitnya hati tiada siapa peduli
akhirnya aku sepi tanpa penghuni

menulis tanpa sengaja
akhirnya menjadi senjata
dapat mengenali kengkawan searena
itulah akhir kepuasan yang nyata.

sahabat sejati adalah sahabat yang mengerti
diabadi di sini untuk sering mengingati
tersentuh jiwa jangan simpan di dalam hati
takut-takut menyesali nanti..


aku pun hairan kenapa boleh jadi pantun pulak , emm tak apa lah ringkasnya, aku menulis sebenarnya adalah untuk meluahkan, untuk dibaca bila ada masa, menulis untuk koleksi aku sendiri, tapi tak sangka ada yang sudi melawat dan membaca blog aku yang tak seberapa ni...

"Anap boleh terima lah kot jawapan tag tu noh"

aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi baca blog aku dan beri komen, aku rasa kalu tiada kalian dunia blog aku sepi lah jawabnya..

oklah itu ja.. aku sayang kalian semua..kalian sayang tak dengan aku? hehehehe





Tuesday, March 24, 2009

MENANGIS


Assalamualaikum...

Sebenor-benornya aku tak ada idea nak menaip kat blog aku ni, mungkin kerana mood aku sejak kebelakangan ni ok...tajuk kat atas tu bukannya bermaksud aku sedang menangis atau berasa sedih (hati sedih dan kesepian siapa tahu) huhuhu..

Menangis merupakan satu perasaan, lawan kepada menangis adalah tertawa, Allah berfirman di dalam surah An-Najm ayat 43 yang bermaksud ..."dan bahawasanya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis".

Setiap manusia pasti pernah menangis, setiap kali kita menangis mesti ada sebabnya, Ibnu Qayyim pernah berkata, terdapat 10 jenis tangisan:
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Aku yakin dan percaya ramai di kalangan kita menangis kerana cinta, bukannya menangis kerana menginsafi dosa silam yang pernah kita lakukan...

Bila kali terakhir kita menangis kerana memuhasabahkan diri?

Manusia akan kembali mengingati Allah bila sesuatu terjadi, tak kala itu barulah mula memuhasabah diri...

Siapa yang tak pernah menangis dia adalah sekeras-keras hati, terus terang aku bagi tau aku ni mudah menangis, jangan ingat perempuan je selalu menangis, lelaki juga akan menangis bila ada sebab tertentu...tapi aku menangis bukannya saja-saja, aku menangis kerana aku muhasabah diri aku menangis kerana bersyukur nikmat yang tidak terhingga Allah kurniakan pada aku, muhasabah diri tak semestinya atas sejadah ja atas tilam sebelum nak tidor pun boleh muhasabah.

Menangis yang dituntut ialah menangis kerana menginsafi bukannya menangis sebab cinta, tak aku nafikan juga, aku pun pernah menangis kerana cinta, aku tak terkejut sekiranya ada lelaki yang menangis kerana cinta sebab cinta atau wanita merupakan kelemahan lelaki...

Pernah satu ketika kawan aku (lelaki) yang memang keras hati menangis depan aku kerana putus cinta, nasihat aku satu ja kepada dia, "muhasabahkan diri, renungkan kembali sejauh mana cinta kita pada Allah, cintailah Allah melebihi cinta makhluk"..

Manusia pertama yang di jadikan Allah iaitu Nabi Adam juga pernah menangis selama 300 tahun kerana menyesali perbuatannya yang mengingkari larangan Allah.

Okalah rasanya itu sahaja... marilah sama-sama kita muhasabah diri kepada yang Maha Agong, titiskan air mata kerana Allah, insyaAllah dengan demikian kita akan dekat dengan Allah dan sentiasa mengingatinya walaupun dimana kita berada, moga Allah akan sentiasa memelihara kita daripada mala.petaka

sumber gambar dari google





Monday, March 23, 2009

KEPUTUSAN PTK

Assalamualaikum..

Alhamdulillah keputusan PTK aku boleh dianggap ok la, dapat tahap 3 untuk kedua-dua bahagian, layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat, tapi kena tunggu Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) keluarkan surat tawaran dulu lah, tapi tak tahu la bila tahun.

Lepas je aku buka slip tu dan tgk dapat tahap 3 aku isi semula borang permohonan untuk menduduki exam PTK sekali lagi. tarikh exam tu 27 Mei 2009 kali ni aku kena baca banyak sikit hal -hal berkaitan perintah am dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan Mahkamah rendah serta protokol dan adat istiadat.

Exam lepas aku baca pun time malam exam tu, so okla dpt 3 pun.. menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai soalan exam lepas memang payah dan untuk tahun ni soalan yang dibuat senang sikit..ntah lah senang tu mcmna.. emmm klu dpt 3 lagi aku akan ambil lagi sampailah aku dpt tahap 4 untuk kedua-dua bahagian. baru boleh dapat anjakan gaji dan di pertimbangkan kenaikan pangkat..

Oklah moga-moga dgn doa kengkawan semua aku boleh menjawab exam PTK 27 mei nanti dan dapat tahap 4 Amin....

Sunday, March 22, 2009

DRAGON BALL


Assalamualaikum..

Semalam jam 8.00 malam aku gi Langkawi cineplex, macam biasa la tengok wayang sorang-sorang, kali ni aku tengok wayang citer Dragon Ball, klu nak diikutkan ari sabtu lagi aku nak g tengok dengan sahabat aku, tapi dia tak sempat pulak katanya nak keluar dengan mak dia, keesokkan harinya dia kena gi kursus kat Putrajaya so aku pun wat haluan sendiri gi lah tengok sorang-sorang.

Masa tingkatan 2 dulu aku selalu je ponteng sekolah hari Ahad, nak tau dak sebab apa, sebabnya layan citer kartun dragon ball lah apa lagi, citer dragon ball masa tu ditayangkan ari sabtu dan ahad, kat kedah ahad sekolah so bila dah tengok ari sabtu mesti sambungan dia ari ahad so kena la ponteng sekolah, nasib aku ngaji sekolah pondok tak syadid sangat pasai kehadiran ni, di tambah pula hari ahad ada kelas hafazan, aku klu bab-bab hafazan ni memang aku lambat ckit..

Ok berbalik kepada citer yang aku tengok semalam, sebenarnya tak ramai pun dalam pawagam tu ada lah kot 10 orang biasa lah kat langkawi mana ramai sangat, macam biasalah aku tak pandai nak cerita balik, yang penting citer ni best banyak aksi dan ada kelakar, cuma yang tak bestnya tak banyak karekter, tapi yang pasti, dragon ball ni akan ada sambungan lagi mungkin yang akan datang banyak lagi karekter yang akan muncul.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang citer ni sila surf kat sini http://www.dragonballthemovie.com/

Oklah sebanarnya hari ini aku dok tunggu posmen datang pejabat aku je, sebabnya aku tgh tunggu result PTK aku, kwn aku kat JB dah dapat dah result PTK dia, tahniah ya hambali dapat tahap 3 kedua-dua bahagian...kengkawan sekalian tolong doakan aku ya ..


Wednesday, March 18, 2009

PERCERAIAN

Assalamualaikum...

Hmm ada apa dengan perceraian, kali ini aku nak cerita apa itu perceraian, mesti ramai di antara kita tahu, tapi pernah tak kita fikir ada berapa jenis perceraian dan prosedur mahkamah untuk menuntut dan memohon perceraian.

Pengertian cerai atau Talak dari segi bahasa ialah melepas dan terlepas, manakala dari segi syarak ialah merungkai ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan sebagainya, contohnya suami melafazkan talak.

Dalil talak disyariatkan daripada Al-Quran iaitu surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud " talak ( yang boleh dirujuk kembali hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah dia (rujuk dan) dipegang terus (isteri itu) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikan) dengan cara yang baik."

Dan dalil dari hadis ialah sabda Rasulullah s.a.w "perkara halal yang di murkai Allah ialah talak"

Setiap apa yang di syariatkan ada hikmah di sebalik pensyariatannya, begitu juga dengan talak, talak di bolehkan kerana jalan terakhir untuk menyelesaikan permasalahan suami dan isteri. kerana matlamat perkahwinan adalah kehidupan yang harmoni dan pergaulan yang baik-baik antara suami isteri.

Di dalam Islam terdapat beberapa jenis perceraian, iaitu perceraian biasa ( suami melafazkan talak), perceraian secara taklik , fasakh dan sebagainya..

Perceraian biasa ialah suami melafazkan cerai kepada isterinya, sama ada di luar mahkamah atau di dalam mahkamah, jika suami melafazkan talak di luar mahkamah contohnya di rumah maka salah seorang daripada suami atau isteri perlu menfailkan satu permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut, setelah hakim menyiasat dan terbukti lafaz tersebut maka hakim akan mengesahkan lafaz tersebut adalah sah dan jika hakim mendapati lafaz tersebut tidak sah ,maka suami isteri tersebut masih lagi dalam perkahwinan mereka.

Jika pasangan ingin bercerai, salah seorang perlu menfailkan permohonan perceraian di mahkamah, jika kedua-dua belah pihak setuju bercerai maka mahkamah izinkan suami melafazkan perceraian dan jika suami tidak bersetuju untuk bercerai maka mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk sesi kaunseling. jika selepas sesi kaunseling tersebut juga suami masih tidak mahu melafazkan maka kes tersebut akan di tutup, ini kerana permohonan perceraian tersebut adalah diatas suami sama ada suami bersetuju atau pun tidak.


Perceraian taklik dan fasakh adalah kuasa untuk membubarkan perkahwinan terletak kepada hakim, tidak seperti perceraian secara biasa yang terletak kepada suami.

Taklik ialah susuatu lafaz yang bersandarkan sesuatu contohnya "jika kau keluar daripada rumah ini jatuh talak satu" maka lafaz tersebut merupakan lafaz taklik.

Di Malaysia selepas akad nikah dijalankan, pengantin lelaki wajib melafazkan taklik yang terdapat di belakang sijil nikah, tetapi lafaz taklik tersebut berbeza-beza diantara setiap negeri, yang dah kahwin cuma balik tengok sijil nikah anda.

contoh lafaz taklik yang terdapat di belakang sijil nikah tersebut ialah :

" Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik; jika
(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;
(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:
(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia (nama Isteri) dengan satu talak khuluqi" ( ini lafaz taklik negeri kedah)

Jika suami memungkiri lafaz tersebut, si isteri boleh menfailkan pengesahan perceraian taklik, jika di dapati benar suami memungkiri lafaz tersebut maka hakim akan menjatuhkan talak walaupun ketika perbicaraan suami tidak hadir.

Perceraian fasakh pulak merupakan perceraian yang di sebabkan sesuatu, suami atau isteri boleh menfailkan untuk permohonan fasakh, permohonan ini boleh di failkan apabila terdapat sebab contohnya suami kerapkali memukul isteri, suami tidak memberi nafkah selama tiga bulan berturut-turut, suami mati pucuk. suami atau isteri gila dan sebagainya...Hakim akan meneliti sebab yang di nyatakan dan apabila hakim berpuashati bahawa sebab tersebut adalah benar maka mahkamah akan memfasakhkan suami isteri tersebut...

Emmm rasa panjang pulak entry aku ni..aku selalu kendalikan kes perceraian Taklik dan Fasakh ja yang ramai menuntut perceraian taklik...

Oklah klu ada kengkawan nak bertanya or tak paham silalah tanya, jika aku termampu menjawab aku akan menjawab la..

Monday, March 16, 2009

BAD MOOD

Assalamualaikum..

Emm tajuk kat atas tu bukan di tujukan untuk aku ok, sebabnya aku bukan dalam keadaan bad mood, tapi maybe akan bad mood selepas ada org yang bad mood depan aku atau berhampiran aku..

Aku pantang betul la, klu ada org sekeliling aku bad mood lepas tu, wat muka muncung je sepanjang hari, pastu diam tak seperti biasa, tanya sepuluh patah jawabnya sepatah ja..

Selalunya perempuan la selalu jadi macam tu, ada masalah kat rumah bawa ke opis, suruh wat keja nak marah-marah dan wat muka tak puas hati kat aku, esh geram betul aku, nasib baik aku ni penyabar huhuhu, klu tak dah lama aku marah balik...

Itulah perempuan, bukannya bad mood time "datang" je tak "datang" pun bad mood..lepastu bila orang tanya ada masalah ka, tak nak kongsi, sanggup jd diam n murung, aku ni bukannya suka sangat tengok org diam dan murung, sat lagi aku pun jd diam dan murung pastu sekali aku terkesan dan jadi bad mood...

Lelaki lak, tapi tak semua lelaki suka bad mood, lelaki klu bad mood suka menyendiri dan diam, tak akan luahkan apa masalah yang dia hadapi.. tapi klu dgn aku akan ku korek sehingga tahu masalah dia..

Aku ada kawan yang sentiasa ada masalah dan selalu bad mood, aku dpt kenal dia, kalau dia tgh bad mood mesti dia tak msj aku...klu dia ok dia selalu msj aku...

Menjadi persoalan aku, kenapa bila org ada masalah selalu je nak diam dirii, murung. dan menyendiri. hehehe macam aku tak pernah bad mood pulak..

Mengikut staff aku, depa kata klu aku bad mood, aku akan duduk dalam bilik tutup pintu dan tutup lampu, aku akan keluar gi tandas je, pastu tak akan cakap...tapi aku rasa mcm betul je apa yang depa bg tau..

Sebenarnya klu kita asyik melayan bad mood kita dgn menyendiri kita akan jadi stress ja, klu kita ada masalah elok kita bergaul dgn org ramai mesti kita akan lupakan seketika masalah kita tu...

Tak elok kalau selalu bad mood dan marah2, sebab perasaan macam tu akan menjejaskan kesihatan mental dan fizikal kita..

Aku hairan dengan seorang kawan aku ni, dia ni ada masalah ka, tak ada masalah ka ,macam biasa ja pada dia tiada istilah bad mood, terapi dia klu dia ada masalah dia akan kuar berjalan bukan berjalan kaki tapi naik kereta la, gi tempat-tempat yang dia rasa nak pergi

Oklah satu je pesanan aku, tiada masalah yang tak dapat diselesaikan, Allah tak akan bagi masalah pada kita jika masalah tu kita tak boleh selesaikan...kita kena ingat masalah yang kita hadapi tak seberat masalah yang orang lain hadapi...kita kena bersyukur sebab Allah sayang kita , sebabtu dia beri sedikit ujian untuk kita hadapi, manusia bila ada masalah pasti akan kembali mengingati Allah...

Oklah itu je....jgn ada sapa-sapa bad mood depan aku noh...hidup sekali sahaja kat dunia ni, tersangatlah rugi klu kita asyik tak hepi dan bad mood je memanjang...


Sunday, March 15, 2009

MERISIK

Assalamualaikum..

Semalam tengah aku makan malam dgn mak dan ayah aku, mak aku bg tau ada org (org kampung) mai merisik, emmm dalam hati aku, nak merisik sapa adik perempuan aku pun baru tingkatan 5, tetiba mak aku kata ada orang mai merisik tanya sama ada aku dah besedia nak kahwin ka belum..

Sebabnya dia nak jodohkan aku dengan budak perempuan sekampung dengan dia, budak perempuan tu ustazah, dia nak ajak ayah dan mak aku p merisik ustazah tu emm mak aku pun bagi tau la yang aku belum lagi nak kearah tu, esh mak aku tu pun bagi tau aku tak bersedia lagi emm kesian kat aku, hehehe tapi memang betul wat masa sekarang aku tak terfikir lagi maybe bila umur aku 27 tahun baru aku nak kahwin...

Emm tapi best juga, ada orang yang boleh tolong pekenalkan calon-calon isteri, aku pun tak penat nak ngorat-ngorat, mana tau kot-kot aku bertemu jodoh dgn hanya di perkenalkan saja, tak payah la bercinta lama lama, tapi kena kenal betul-betul dulu dah tak ada was-was baru boleh teruskan kahwin...

Emm ni masuk topik lain, sejak dua menjak ni aku terasa bahawa blog aku ni tak berilmiah langsung klu nak di bandingkan dengan blog kengkawan yang lain.. tapi bila aku fikir balik objektif aku berblog just nak cerita apa yang aku alami dan pengalaman aku ja..InsyaAllah aku cuba ilmiahkan blog aku lepas ni..

Emm sapa lagi nak pekenalkan calon isteri untuk aku di persilakan huhuhuhu...( nampak sangat desperate)

Wednesday, March 11, 2009

HINDI


Assalamualaikum..


Hmmm hari ni aku nak cerita tentang kegemaran aku, aku paling suka dengar lagu hindustan, boleh di katakan setiap malam sebelum t
idor telingga aku mesti dengar lagu hindustan..

Macam ni ceritanya, mula-mula yang bolehkan aku ja
tuh cinta dengan lagu hindustan ni masa aku tingkatan 3, masa tu aku nonton cite "karan arjun" mula sejak tu aku dah mula minat dengan lagu-lagu hindustan..

Sejak aku tinggkatan 3 sampailah sekarang ni, aku masih mengikuti THR Hindi Power setiap malam, masa dulu-dulu DJ segmen tu Andi Hakim, sekarang ni DJ Gina, THR Hindi Power ni bermula jam 8.00 malam sampai 12.00 tgh malam semuanya lagu hindustan lama dan baru, aku dengar satu dua lagu je lepastu aku tidor, aku minat dengar lagu-lagu hindustan yang baru je yang lama aku tak minat..

THR Hindi Power ni masa aku tingkatan 4 dia di keudara sebelah pagi, waktu malam tak ada, so setiap kali waktu rehat, aku akan naik kat pejabat sekolah aku untuk dengar hindi power, masa tu aku rapat dengan kerani, kerani tu pun minat hindi power so waktu rehat aku di habiskan di pejabat sekolah..selepas tu hindi power di keudarakan sebelah malam kembali..

Sanggup beli waklman semata-mata nak dengar lagu hindustan melalulu radio THR, masa aku dok asrama tingkatan 5 dulu... sambil baca buku tel
inga aku sambil dgr lagu hindustan..

Masa study kat KUIS dulu sama juga dgr radio THR Hindi Power dgn waklman, lepastu baru aku beli HP Nokia yang ada radio, sampai kawan-kawan aku panggil aku mat hindustan la kat aku..

Masa keja lak staff aku cukup marah bila aku buka lagu hindustan, ntah la kat depa pada aku sedap ja dgr lagu hindustan ni, tapi depa tak suka,


Lagu yang paling aku suka dari filem "hum apke hai koun" nyanyian Lata Mangeshkar, banyak-banyak penyanyi hindustan aku paling suka dengar nyanyian Lata mangeshkar ni, tapi lagu-lagu nyanyian dia yang baru la, Lata ni dah berumur 80 tahun tapi suara masih sedap, lagi satu dia tak pernah kahwin, aku teringin sangat nak jumpa dia (berduet dgn dia) hehehe, lagi sorang aku suka dengar nyanyian adik Lata nama adik dia Asha bhosle...suara depa ni seakan-akan sama..kat bawah ni gambar Lata gi..


Penyanyi lelaki aku suka dengar nyanyian U
dit Narayan, sebabnya dia boleh tukar-tukarkan bunyi suara dia, contohnya klu lagu tu di maimingkan oleh Shah Rukh Khan udit akan nyanyi lagu tu seolah-oleh suara Shah Rukh Khan dan klu Salman Khan yang maiming pulak udit akan nyanyi seolah-olah suara Salman, ... penyanyi Malaysia boleh ka..

Emm dengar lagu hindustan memang kegemaran aku, klu bawa kereta malam-malam sambil dengar lagu hindustan InsyaAllah tak ngantok..yg best lagi lagu hindustan yang aku boleh nyanyi dan yang aku dah hafal lagi best sambil dengar sambil nyanyi.. huhuhu bila la boleh berduet dgn mak cik lata ni

Aku suka dengar lagu hindustan ja kalau movie aku kurang.. paling best citer "Kabhi Kushi Kabhi Gham" hampir-hampir nitiskan air mata gak la movie tu..

Oklah sekadar halwa telinga ja tak lebih daripada tu.. selain lagu hindi aku suka dengar lagu Korea dan lagu Arobb..

Hairan walaupun tak paham sepatah apa pun lagu tu aku tetap suka dengar, lagi satu muzik hindustan best, ada tabla bunyi sedap



Monday, March 9, 2009

RFC VS KFC


Assalamualaikum..

Ahad lepas dgn tidak sengajanya aku dan mainie (kawan sekampung) bertolak dari kampung jam 6.15 petang dan sampai jam 7.00 petang ke Sungai Petani, semata-mata nak merasa ke enakkan RFC produk keluar HPA yang terkenal dgn kopi Radix ( mai secawan).

Setibanya kami kat RFC betapa terkejutnya kami, ramainya manusia tengah berbaris panjang untuk mendapatkan makanan dari RFC, emmm ingatkan samapai time merelob (maghrib) orang tak ramai, tapi tak sangka masih ramai juga, memang aku dan mainie dah jangkakan mesti ramai orang tapi, alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke ketiak..


RFC kat kedah sekarang ni ada dua je kat Sungai Petani dan Alor Setar kedua-dua cawangan tu sentiasa ramai manusia berbaris untuk membeli, ntah la sampaikan KFC dah tak laku la dek kerana kewujudan RFC, tapi aku tengok yang ramainya melayu la cina aku tak nampak pun..


Emmm Mainie minta aku cari tempat duduk dulu sementara dia nak berbaris nak membeli, aku pun gi cari la tempat duduk nasib ada, emmmm nak tau berapa lama mainie berbaris , emmm 45 minit tu lama bebenor sampaikan perut aku lapar la, dah la duduk sebelah tempat permainan budak-budak di tambah kebisingan bebudak tu aduhhh lagi la rasa lapar...


Emmm tapi Mainie rasa berbaloi berbaris lama pasai sedap ayam goreng dia boleh mengalahkan KFC la, emm aku makan chicken delight harga lebih kurang KFC je...


Emm kelebihannya sos dan air semua keluaran HPA, selain Chicken delight ada burger delight dan macam2 lagi lah menu yang ada emmm lepas ni nak rasa burger pulak...

Kalau nak tau lebih lanjut RFC ni boleh tengok dan baca kat sini http://hpa.com.my/rfc/, emmm kalau la aku ada 1.5 juta boleh aku buka RFC kat Langkawi tapi.....payah la nak dpt 1.5 juta tu..


Oklah aku berbangga sangat lihat salah sebuah syarikat orang melayu mampu menewaskan KFC , dan berjaya menarik orang ramai untuk merasa ke enakkan RFC, cuma aku harap pihak RFC cuba berdiri dgn diri sendiri bukan meniru KFC atau nak seakan-akan kan RFC dengan KFC, dan aku berharap RFC boleh menjadi KFC dari segi pemasarannya serata dunia..


Untuk kengkawan yang kat negeri lain bebawa sabar lah ye InsyaAllah tak lama lagi RFC akan wujud di tempat anda... klu dah ngidam sesangat nak rasa RFC mai lah ke Sungai Petani or Alor Setar pasti berbaloi..

Emmm lepas makan aku dan mainie gi ke surau RFC yang terdapat kat atas, sempat la solat maghrib, lepastu gi perhentian bas Sungai Petani hantar adik ipar mainie, pastu gi rumah zon (kawan sekampung) lepak tgk All England Datok Lee Chong Wei di tewaskan oleh Lin Dan..

Emm itu jelah, bulan ni aku menunggu dua keputusan penting iaitu result PTK dan pertukaran aku ke Alor Setar...doakan aku yaaa...

Sunday, March 8, 2009

MAULIDUL RASUL

Assalamualaikum....
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. kelahiran baghnda di muka bumi ini membawa cahaya sekalian alam menyinari kejahilan bangsa arab ketika itu...
Jika disulusuri sirah baginda kita akan bertemu dgn satu jalan kehidupan manusia agong di muka bumi...
marilah sama-sama kita berselawat mengingati pengorbanan besar baginda menyebarkan Islam...moga-moga kita menjadi umat baginda yang bertakwa dan beriman...
Salam Maulidul Rasul....

Wednesday, March 4, 2009

CUTI


Assalamualaikum....


Emmm napa sejak dua menjak ni rajin lak aku update blog aku dgn entry2 luahan hati, maybe aku ni cepat terasa kot tapi tak pa, dah tua memang perangai mcmni suka merajuk dan mudah terasa...

Ari ni ari khamis pagi tadi awal-awal lagi aku gi beli tiket feri, aku ambil tiket feri jam 5.30 petang, la ni tak leh balik awal lagi mcm sebelum ni pasai segan, bos baru dah datang,

Tapi tak apa pukul 5,30 petang naik feri dari jeti kuah, jam 7.00 malam sampai je jeti Kuala Kedah.. petang nanti aku naik feri Alaf Baru Dua emmm feri ni laju ckit maybe dalam jam 6.45 petang aku dah boleh sampai...

Dah sampai kat jeti kuala kedah, ayah aku la yang akan datang jemput , kalau nak naik bas emm jawabnya jam 9.00 malam la aku sampai kat rumah, klu di jemput jam 7.45 malam dah boleh sampai kat umah, sempat la gi surau baca Yasin..kan malam jumaat..

Semester ni setiap minggu ari sabtu aku ada kuliah, so setiap minggu la aku terpaksa belayar (waaa bunyi mcm hebat ja) emm cukup memboringkan keadaan dalam feri...

Ari Jumaat, boleh la aku berehat n wat apa-apa yang patut, sebelah petang selalunya aku gi mengadap saudara mara sekampung aku jumpa tok cik aku jumpa tok ndak aku sembang-sembang n gosip2 emm...


Ari sabtu gi Alor Star ada kuliah, walaupun boring masuk kuliah dok dgr pensyarah bersyarah tapi kena dgr juga sebab tu ilmu walaupun yang pensyarah tu syarah kuar drp topik emm nama pun pensyarah suka bercakap so pelajar kena tadah telinga la..

Ari ahad aku ambil cuti sebab ari isnin Maulidul Rasul so aku balik kampung 4 hari,becuti , ari ahad aku tak tau lagi nak wat apa maybe kat umah ja..

Ari isnin insyaAllah aku nak jumpa sahabat aku, sebabnya ari sabtu lepas tak sempat jumpa kuliah habis 4.30 petang aku pun leteh so aku tangguhkan dulu pejumpaan kami walaupun sebelum ni dah bebulan lamanya kami tak jumpa...

Oklah itu je yang aku nak taip pun... emmm dah 2 hari aku sakit kepala telan ubat panadol actfast pun tak lega-lega lagi...

Ok sorilah klu blog aku ni banyak aku gunakan loghat kedah daripada bahasa baku, klu tak paham tanya laaa...

loghat kedah dah menguasai diri aku, sori ya...

oklah

TUDUHAN

Assalamualikum....

Sebenarnya hati aku amat terguris hehehehe, apabila aku di tuduh pembawa cerita, pembawa mulut yang paling sedap pembawa gosip dan yang paling dasyat pembawa fitnah...

aku di tuduh pemecah rahsia,
aku di tuduh pembawa segala cerita,

Aku paling marah bila org tuduh aku benda yang aku tak buat,

aku di tuduh sebab aku rapat dgn musuh dia, so dia ingat segala rahsia dia aku yg bocorkan kepada musuh dia, pada hal bukan aku sorang je yang tahu rahsia dia, ramai lagi yang tahu tapi pasai apa aku yang di tuduh....

Ntah la orang yang betul kenal aku je yang akan tahu aku mcmna....

Biarlah apapun orang nak tuduh aku, yang penting aku tahu, aku tak pernah pun membocor kan rahsia dia sehingga boleh terheboh...hanya Allah yang tahu...

Nak percaya tak nak percaya terserah itu hak dia.....

Tapi aku minta lepas ni klu ada apa-apa rahsia jgn dia ceritakan lagi pada aku...

Emmmmm aku betul-betul terkilan dan tak sangka....sehari dua ni banyak sangat berita tergempar aku terima...

Tapi tak apa kehidupan mesti diteruskan kerana kehidupan di dunia ni sementara sahaja, takkan kerana perkara yang bukan berpunca dari kita, kita nak jadikan kehidupan kita muram dan tak bahagiakan..

So lupakan....


Monday, March 2, 2009

GOSIP & FITNAH

Assalamualaikum...

Tajuk aku hari ni gosip dan fitnah, emmm aku betul2 tak sangka orang yang aku suka sembang dan manis mulut depan aku sebenarnya adalah topeng semata-mata...

Di belakang aku memfitnah aku, aku betul-betul tak sangka, yang rapat tu lah rupanya musuh dalam selimut...

Kerana fitnah tu merosakkan ikatan persahabatan aku, nasib aku ni jenis yang boleh bebaik balik klu tak, rugilah kerana di sebabkan mulut org, aku putus sahabat...

Firman Allah bermaksud: "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu
orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan
sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal
di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

kat bawah ni aku petik dari sumber http://tazkirah-umum.blogspot.com/2006/09/6-perkara-mendorong-seseorang.html

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu
mengumpat;

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup
mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat
dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi
dan kehormatan seseorang;

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh
dan rendah;

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung
dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan
kecacatan hingga mengaibkan orang lain; dan

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong
kerana memandang rendah orang lain.

Sehubungan itu, Imam al-Ghazali menyarankan lima perkara untuk
menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu
berdosa besar;

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang; dan
#Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana
mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Aku nak pesan pada semua, tanya diri sendiri adakah org yang rapat dgn kita betul rapat atau di belakang kita mcm2 umpatan yang di lemparkan pada kita...

Insaflah jgn nak sedapkan diri sendiri membuatkan orang lain tak bahagia kerana fitnah anda...

Hindarlah drp perbuatan ini.........

wahai pemfitnah dan pembawa gosip
bertaubat dan insaflah sebelum terkena pada batang idung sendiri
jangan bermegah dengan memfitnah
satu masa kau akan terkena

ingat doa orang yang di zalimi nascaya akan di makbulkan
berubahlah...jadilah insan yang sebenar
jangan bertopengkan syaitan untuk menjatuhkan maruah orang lain


Emm jauhilah perkara-perkara yang boleh membawa fitnah, insyaAllah Allah akan jauhkan kita dari di fitnah..

tapi agak malang jika kita tak pernah pun menghampiri perbuatan yang boleh membawa fitnah tetiba di fitnahkan sedemikian rupa...

Moga-moga Allah memberi taufik dan hidayah padanya...