Friday, January 15, 2010

KEDUA

Assalamualikum...

Posting yang lalu aku memang terasa nak privatekan blog aku, tapi ntah la rasa sayang pulak, aku rasa biarlah perjalanan kehidupan aku ini dibaca kepada tetapan umum, mungkin khlayak di luar sana dapat mengambil ikhtibar.

Ini merupakan posting kedua aku untuk tahun 2010..sebenarnya aku cuba untuk mengupdatekan tapi ada sahaja halangan, mula ja jari ni nak menaip tetiba rasa ideal tu tak ada...minda aku kosong.

Hari-hari yang lepas banyak aku tempuh dengan sabar dan berserah, aku dah berusaha sedaya upaya kini aku tawakal tanpa lagi berharap.

Biarlah.. pada aku setiap ap yang aku lalui ini adalah ujian daripadaNya, syukur juga kerana dugaan kali ini Alhamdulillah aku dapat harungi dengan tenang.

tahun 2010 ini insyaAllah aku akan cuba publishkan cerita-cerita berkaitan dengan kerja aku..mungkin boleh di jadikan panduan kepada khlayak luar sana yang menghadapi masalah mungkin dengan cerita-cerita aku boleh membantu mereka sedikit sebanyak menyelesaikan masalah.

Aku juga akan publishkan perjalanan kehidupan aku yang banyak pancaroba dan ujian ini..Aku sedar ujian yang aku terima ini kecil sahaja jika di bandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain yang lebih besar.

3 comments:

en_me said...

private jerr.. ehehe, salamm abang poyan tewww..

fyezura said...

hoh..sme ngn akuh

NurLulu said...

Mungkin ada baiknya jika awak privatekan saje blog ini. Ia akan menjadi lebih personal, sudah pasti. Tetapi, awak akan hilang sesuatu yang awak tak akan perolehi kat mana2 pun dalam dunia ni...komen2 comel kami pembaca setia awak :)

...tahun lepas, saya menggoogle perkataan 'diari seorang peguam' dan tak semena2 saya terjumpa blog awak ni di mana tertera post berkaitan peguam. Itulah ziarah terakhir saya di blog ini. Sekarang saya kembali dan nampaknya saya sudah ketinggalan banyak cerita.

Mengapa saya kembali? Jujurnya kerana awak seorang peguam. Mungkin banyak pengalaman boleh dikongsi.