Wednesday, January 27, 2010

ADA BLOG, ADAKAH SYOK SENDIRI?

Assalamualaikum...

Ni entry ketiga aku wujudkan hehehe... sejak kebelakangan ni aku tgk ramai dah bloger2 yg selalu update blog depa la ni dah mendiam diri, entah kenapa ..

Emm tetiba aku terpikir, bila ada org kata, syok sendiri....adakah bila kita ada blog sendiri yg banyak menceritakan tentang hal kehidupan kita untuk dikongsi bersama seperti orang yang syok sendiri?.. pedih juga telinga aku dengar..yang kata tu pun tak tahu langsung tentang blog.

lama dulu aku dah maklumkan bahawa tujuan aku tulis blog ni hanya untuk diri aku sendiri, klu ada yang baca Alhamdulillah klu tak ada pun tak apa.. tapi klu ada yg bc blog aku ada yang berfaedah ambil yg tak berfaedah buang jauh2 ok..

pada aku blog ni ,menjadi satu tempat untuk aku luahkan apa yang terpendam..aku rasa bila aku luahkan apa yg terpendam dlm hati aku ni, menjadikan aku lebih tenang...daripada aku simpan dalam hati lebih baik aku luahkan...

lantak la nak kata aku ni syok sendiri ka apa ka..yang penting aku ada blog aku sendiri...

hehehe oklah itu shj..sebenarnya aku tak marah sangat pun tapi......biarlah huhuhu

Wednesday, January 20, 2010

tanpa tajuk

luaran seolah-olah gembira,
tetapi di dalam siapa yg tahu.

kehidupan mesti diteruskan,
ujian akan datang silih berganti.

Cinta akan indah jika hati bersatu,
cinta akan derita dipandang sepi.

derita mungkin juga,
syukur pun mungkin juga.

doa telah di pinta,
hanya menanti dan berusaha.

usaha telah dilaksana,
menanti takdir dari yang maha Esa.


Friday, January 15, 2010

KEDUA

Assalamualikum...

Posting yang lalu aku memang terasa nak privatekan blog aku, tapi ntah la rasa sayang pulak, aku rasa biarlah perjalanan kehidupan aku ini dibaca kepada tetapan umum, mungkin khlayak di luar sana dapat mengambil ikhtibar.

Ini merupakan posting kedua aku untuk tahun 2010..sebenarnya aku cuba untuk mengupdatekan tapi ada sahaja halangan, mula ja jari ni nak menaip tetiba rasa ideal tu tak ada...minda aku kosong.

Hari-hari yang lepas banyak aku tempuh dengan sabar dan berserah, aku dah berusaha sedaya upaya kini aku tawakal tanpa lagi berharap.

Biarlah.. pada aku setiap ap yang aku lalui ini adalah ujian daripadaNya, syukur juga kerana dugaan kali ini Alhamdulillah aku dapat harungi dengan tenang.

tahun 2010 ini insyaAllah aku akan cuba publishkan cerita-cerita berkaitan dengan kerja aku..mungkin boleh di jadikan panduan kepada khlayak luar sana yang menghadapi masalah mungkin dengan cerita-cerita aku boleh membantu mereka sedikit sebanyak menyelesaikan masalah.

Aku juga akan publishkan perjalanan kehidupan aku yang banyak pancaroba dan ujian ini..Aku sedar ujian yang aku terima ini kecil sahaja jika di bandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain yang lebih besar.

Wednesday, January 6, 2010

TOLONG BAGI EMAIL KENGKAWAN

Assalamualaikum...

Lama aku tak update blog aku ni, selepas aku tergila-gilakan facebook..untuk pengetahuan kengkawan aku nak privatekan blog aku ni...

kepada sesiapa kengkawan yang masih lagi berminat untuk membaca blog aku boleh la tinggalkan email kengkawan...

sekian terima kasih