Monday, March 7, 2011

2011

assalamualaikum...

lama aku tak tulis kat blog ni...diam tak diam dah masuk tahun 2011...

Alhamdulillah tanggal 25 Disember 2010 aku telah bertunang dgn seseorang yang amat aku cintai dan sayangi...tak sangka jodoh aku di depan mata...

betollah kata org kalau jodoh tak akan kemana....jodoh tu kalau dia dah sampai, tak perlu menanti terlalu lama....

insyaAllah 17 Mac 2011 aku akan di ijab kabulkan dan 19 mac 2011 kenduri kahwin sebelah rumah aku..

segala persiapan telah di atur, mak dan ayah aku bertungkus lumus nak menguruskan kenduri kahwin buat kali pertama untuk anak sulung depa.. terima kasih ayah dan mak jasa mu berdua hanya Allah dapat membalasnya...

selepas selesai majlis kenduri kami akan bertolak ke pangkor dan cameron untuk berbulan madu...harap2 semuanya berjalan lancar..

Alhamdulillah juga sem 7 ni keputusan PJJ aku pun sekali lagi dapat senarai dekan 3.68 syukur pada Allah yang tidak terhingga..

" Ya Allah kau berkatilah hubungan kami kau satukan lah kami di dalam lafaz sakinah, kau bahagiakanlah kami hingga akhir hayat kami, kau jauhkanlah kami daripada pandangan jahat jin, syaitan dan manusia, kau kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah, kau limpahkanlah rezeki kami berdua....amin ya robbal alamin