Sunday, September 14, 2008

Menu berbuka

Assalamualaikum..

Memandangkan ramai kawan-kawan menceritakan tentang menu-menu depa, ari ni aku pun nak cerita menu berbuka aku hari khamis, jumaat dan sabtu time aku balik kampung...

Sebelum aku balik kg aku dok mengidam teramat sangat air nira, cucuq badak, pulut sekaya, nasi kerabu tok wa siah aku, dan meee rebus...


Masa on the way dari jeti kuala kedah nak balik ke rumah aku, aku tengok kat tepi jalan ada orang jual air nira sebungkus RM1.00 je, klu kat langkawi air nira RM3.00 sebungkus sekarang payah nak dapat air nira RM1.00 sebungkus dulu-dulu ada laaaa... apa lagi aku, aku suruh ayah aku berhenti aku beli 6 bungkus.. mengidam punya pasai..

air nira ni ingat senang ka nak mewujudkan dia payah ooo tapi rasa dia cukup segar dan manis tapi perlu berhati-hati kekadang ada air nira yang lama agak masam ckit...


Sampai je kat rumah aku bau macam mak aku masak laksa tapi tak nampak pun kelibat laksa, jengok dalam periuk kat dapur, tengok2 sayur keladi salah satu menu kegemaran aku juga la tapi kalau laksa memang aku tak berapa nak suka ntah sebab apa pun tak tau...


Dok petang dekat nak berbuka anak tok wa siah aku hantar nasi kerabu yang kegemaran aku setiap bulan puasa, hmmmm memang sedap nasi kerabu tok wa aku, aku siap suruh mak aku p belajar cara buat nasi kerabu tu kat tok wa aku , sebabnya aku takut kempunan bila tok wa siah tu nanti dah tak ada ( meninggal)...nasi kerabu ni pekena pulak dengan sayur keladi pehhhhhh terangkat bebbbb...

ha buah yang aku idam-idamkan pun dah masak , buah tu macam tau-tau je aku nak balik, nak tau buah apa? buah nangka yang aku tanam ntah berapa tahun lalu, rasa dia manis sangat dan isi dia besar-besar...


ok dah selesai menu untuk hari khamis lepas..

ni menu ari jumaat....aku paksa mak aku wat mee rebus ( memang jahat aku ni siap paksa memaksa lagi tu), pagi-pagi aku sendiri kuar p beli barang-barang kat pekan jumaat ( pekan hari) siap beli tulang lembu dan ketam untuk di buat kuah mee..

hmmm dua hari kuah mee tak habis lagi, lagi lama kuah tu lagi sedap la pulak... nak rasa mee rebus mak aku, mai la raya ni kat rumah aku memang tak pernah ketinggalan menu hari raya kat rumah aku mee rebus...

Ari sabtu lak, aku suruh tok aku wat pulut sekaya ( sri muka) mak aku pulak aku suruh dia wat cucuq badak ( best sungguh boleh main suruh-suruh tapi aku bukan suruh aku memujuk depa laaa)... hemmmm tercapai juga hasrat aku nak makan menu-menu yang aku mengidam selama ini...

kepada mak terima kasih lah kerana mengikut sahaja kehendak anak terunamu ini...

Bak kata mat doli memang KEMAM laaaaa semua menu tuuuu...

mak tunggu chek balik khamis ni nanti chek bagi tau nak makan apa lagi... heheheheh...

oklah selamat berpuasa hmmm dah dua minggu berpuasa tak sedar pun....

6 comments:

farah aminuddin said...

huh?? xsuke laksa??

laksa penang sedap tao.. haha

Faizal@poyan said...

to farah..

laksa peneng ka laksa kedah ka laksa kelantan ka hmmm memang tak minat

farah aminuddin said...

huhu yeke...
takpe2..lain org lain citarasa..hehe

Princess Liyana said...

huhu..tgk makanan,rasa tak sbr nak berbuka..hik2..

slmt berbuka, untuk hrni;p

Faizal@poyan said...

to liyana...

hmmm tau tak pa

selamat berbuka gak

Faizal@poyan said...

to farah..

hehehe lain padang lain belalang,
lain orang lain ragam