Sunday, December 28, 2008

1430 HIJRAH & 2009 MASIHI

Assalamualaikum, salam awal muharam 1430 hijrah dan salam tahun baru 2009 masihi...

Hari ini 1 Muharam 1430 hijrah bersamaan 29 Disember 2008, lagi beberapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2008 yang telah kita harungi dengan kenangan manis dan pahit begitu juga tahun 1429 hijrah.

muncul je tahun baru ramai dikalangan kita meletak tekat dan azam untuk tahun mendatang....pada aku pulak rasanya aku tak pernah meletak azam yang aku nak capai pada tahun-tahun yang dahulu.....

sekejap sahaja hijrah nabi dari Mekah ke Madinah menjangkau ke tahun 1430, rasanya masih lagi kita mengingati peristiwa perhijrahan nabi ke madinah setelah kaum Quraish menyiksa umat islam di Mekah dan kemuncaknya untuk membunuh nabi. bertitik tolak daripada itu Nabi mengarahkan umat islam untuk berhijrah ke Madinah untuk memulakan hidup yang aman damai di sana..... Alhamdulillah perhijrahan nabi ke sana sangat di alu-alukan oleh penduduk madinah maka selepas daripada perhijrahan baginda, bermulalah kehidupan yang baru yang aman damai dan dakwah islamiah tersebar meluas... dan umat islam selepas perhijrahan tersebut juga semakin kuat dan ramai pengikut......sehinggalah ke peristiwa pembukaan Mekah dan islam semakin kuat....

kesimpulannya apa yang boleh aku boleh garap dan fahami daripada peristiwa hijrah tersebut, ialah setiap kita perlu berhijrah mungkin dengan perhijrahan yang kita lakukan akan mengubah kita kepada keadaan yang lebih baik, oleh itu aku rasa dengan ketibaan 1430 hijrah dan 2009 masihi aku perlu berhijrah dan tanamkan azam dan juga matlamat....berusaha untuk merialisasikan setiap azam dan matlamat tersebut dengan bersungguh-sungguh dan jika tidak tercapai maka aku akan bertawakal pada Allah kerana hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui apa yang baik dan apa yang buruk untuk aku... yang penting berusaha, berdoa dan bertawakal.

azam aku adalah, untuk berjaya dalam study aku, aku harap boleh dapat anugerah dekan untuk result sem-sem yang akan datang, lagi aku nak berjaya dalam kerjaya aku. aku harap boleh menambah lagi ilmu dan pengalaman dalam bidang aku dan yang terakhir aku harap aku menemui sesuatu yang boleh membahagiakan aku selamanya (emmm faham-faham lah ya).

oklah itu sahaja yang aku nak taip kat sini...ha sebelum terlupa aku nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada anap yang tolong aku masukkan lagu tema tu....dan aku dah selesai menghadapi 4 kertas peperiksaan dan tinggal 1 je lagi kertas pada minggu depan so relaks la sikit..

oklah aku doakan segala impian dan azam hempa untuk tahun depan di makbulkan Allah...

Wednesday, December 24, 2008

TENGOK WAYANG LAGI

Assalamualaikum.....



beberapa hari yang lalu aku di ajak oleh seorg sahabat karib aku masa sekolah menengah dulu si fitri tu, dia la ni kerja tentera unit kagat di tempatkan nun di sarawak, jarang-jarang sekali aku jumpa dia sebab dia jarang balik kampung... tahun ini dia balik bercuti dekat 2 minggu dia bercuti...



sebelum itu dia dah bg tau aku nak ajak aku pergi satu tempat..bila aku tanya dia tak nak bagai tau, katanya nak wat kejutan untuk aku...emm so kemarin aku pun memenuhilah pemintaan dia.. sampai je kat rumah dia jam 9.30 pagi terus dia bg tau "jom p kulim" hehehe aku sebetulnya tak pernah samapai lagi kat kulim so aku tanya la dia "hg tau ka dak jln nak p kulim tu" pastu dia jawab "aku tau 10 tahun dulu aku dah pernah p" emmm penat aku dengar jawapan dia....so aku pun terus naik high way dari gurun emm ikut papan tanda je nampak je tulis kulim terus masuk hehehe...



sesampai je ke Kulim aku agak terkejut juga tengok sebabnya macam-macam ada, KFC ada Pizza pun ada...kami masuk Pizza emm rupa-rupanya dia nak jumpa awek dia yang dia baru kenal 6 bulan lepas tu first time dia jumpa...emmm so aku jd la sebagai pepatong kat situ tapi tak apa janji dapat makan pizza freee.



lepas je balikk dari kulim aku singah kat sp sat just nak ronda-ronda je kat cantrel square tetiba je dia ajak tengok wayang ada dua citer jam 2 histeria,jam 1.50 citer IP Man tapi citer histeria dah penuh so aku pun beli la tiket citer Ip man tu emmm nasib tiket dia murah je RM5 je satu tiket



best cerita dia banyak aksi kung fu, ip man ni macam tokoh gak la masa zaman perang dulu, dia ni merupakan tok guru bruce lee gaya dia lawan pun sama mcm bruce lee...



yang penting kat cni china dah berbangga dengan kung fu mereka, banyak filem2 mereka mempamirkan kemegahan kung fu mereka, tapi kita kenapa tak boleh mengangkat silat untuk di tonjolkan sebaris dengan kung fu....alangkah megahnya bangsa china dengan kung fu mereka tapi kita???



emmm klu nak tengok tok guru bruce lee berlawan tengopklah citer ni mesti tak rugi....Ip man sanggup mati demi kung fu nya tidak di ajar kepada tentera jepun....

oklah seperti semua sedia maklum aku ni pandai tgk wayang ke tapi nak ulas-ulas ni berat sikit sebab aku tak pandai nak ulas-ulas karya org lain hehehe tapi dari segi bintang klu seb\hingga 5 aku bagi 4 bintang setengah...

Sunday, December 21, 2008

SEKIAN KALI

Assalamualaikum.....
pagi tadi aku sempat memasukkan lagu cinta dalam hati nyanyian unggu sebagai lagu latar blog aku dan lagu tema aku hehehehe sesapa yang nak dengar just tekan play kat c2......
hari ini 21/12/2008 tarikh besday seseorang yang aku anggap pernah aku cintai...... sebetulnya aku nak call dia pada pagi ini, tapi sebelum aku call aku hantar SMS tanya pendapat kawan aku kat bawah ni dialog SMS kami:

aku: "wei dok wat apa, emm wei perlu dak esok aku call gadis 2 wish besday dia
coz besday dia esok, tapi dia x pnh bls msj aku,
aku sj la nak bls balik pasai dulu masa besday aku dia wish kat aku..."
kawan R: "xperlu jiddan2 ang wish kat dia...
klu hg wish jatuh martabat hg pasai dia dah tak bls msj2 hg dulu..
ramai lagi yang baik daripada dia elok hg delete buang dia dalam otak n hati hg...
wat apa hg nak bekawan lagi dengan dia macam la dia hebat sangat.."
lepas ja aku baca msj dia aku rasa baik aku msj jelah dia, tak payah call, so aku wish la melalui masaj tepat jam 6.30 pagi tadi.....
aku: " Assalamualaikum slmt pg,
sy nak ucapkan hapi besday utk awk padi hari ini 21hbln 12,
mudah2an awk panjang umur murah rezeki dan paling penting sentiasa berada d bwh naungan rahmat kasih sayang Allah serta
awk berjaya mencapai impian awk.."
pada mulanya aku rasa dia tak akan balas msj aku seperti msj2 aku dulu tapi time aku dah ada kat opis n bersedia nak g court tetiba ada 1 msj masuk dari pada dia...
gadis 2: "Waalaikumsalam. t.ksh krn msih ingt sy.
jaga diri awk slalu dn buat yg terbaik dlm keja awk.k take care"
lepas aku bc msj dia aku ada balas balik, yang lain tu tak payah la aku cerita cuma satu je aku tanya dia, aku tanya sama ada aku still kwn dia atau tidak, dia jawab aku akan jadi kwn dia samapai akhir hayat dia....itulah jawapan yang aku ternanti-nantikan sejak dia mendiamkan diri tanpa sebarang jawapan....
walaupun jauh dalam sudut hati aku, aku berharap aku boleh jadi lebih daripada kawan dia....tak apa yang penting, aku dah tahu dia hanya kawan aku....so sekarang aku dah berasa lega dan aman setelah sekian lamanya dia diam dan hari ini dia membalas msj aku....
walaupun ramai kawan-kawan aku menghalang aku daripada msj dia tapi pada aku biarlah aku jadi baik untuk dia mungkin aku bebuat baik mcm tu 100 org yang lain akan buat baik pula pada aku.....Allah itu Maha Adil...
pada gadis 2 aku nak ucapkan terima kasih kerana masih lagi anggap aku kwn mudah2an dia ikhlas.....
ok itu sahaja kat bawah ni sekali lagi aku paparkan lirik lagu Cinta dalam Hati yang seakan-akan ada kena mengena dalam hidup aku...
ok hayatilah....
Ungu - Cinta Dalam Hati
mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dalam hidupmu, dalam hidupmu
telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
bahagia untukku, bahagia untukku
ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
meski ku tunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Thursday, December 18, 2008

KENAPA BEGINI

Assalamualaikum....

dalam hati aku bemacam-macam aku nak luahkan kat blog kesayangan aku ni, tapi tetiba je hati aku kata biarlah rahsia.....tak apa aku nak luahkan sedikit je...

kenapa begini emmm setiap kali aku kecapi kegembiraan kebahagian dan keseronokan mesti ada penghalangnya dan berakhir dengan perpisahan dan kegagalan......

entry2 aku yang lalu banyak aku menceritakan tentang prihal diri aku yang tak punyai ramai Sahabat karib, aku sayang dengan semua sahabat-sahabat yang pernah menganggap aku ni sahabat mereka.....tetapi kebanyakkan sahabat aku berada berjauhan daripada aku nun di KL cuma selalu berSMS sahaja......

di sini cuma seorang sahaja sahabat yang aku anggap cukup rapat dengan aku tapi aku tak pastilah sama ada dia menganggap aku ni sahabat karib dia atau pun tidak......sejak dua menjak ni aku merasakan dia semakin menjauh daripada aku, klu dulu kami memang terkenal dengan keakraban kami tapi sekarang tidak lagi.......

baru-baru ini sahaja aku tahu sebab musabab kenapa dia menjauh daripada aku, sebabnya tak payah lah aku ceritakan kat sini biarlah aku simpan di dalam hati......

aku ni seorang yang cepat sensitive, aku nak cuba untuk menjadi manusia yang tak cepat sensitive tapi tak boleh.........

setiap orang Allah jadikan bermacam-macam perangai dan sifat kerana kepelbagaian itu dapat menbezakan antara satu dengan yang lain......

mungkin dari kecil aku tak punyai ramai kawan sebab itu sehingga sekarang aku cuma berkawan dengan kawan yang aku rasa selesa dan seronok berkawan dengan dia.......

tapi bila sahabat yang aku selesa berkawan menjauh daripada aku memang aku terasa.....bukan apa, pada aku bukan senang nak dapatkan sahabat, kawan senang di cari tapi sahabat karib memerlukan masa yang lama untuk menjadi rapat....

perhubungan aku selalu sahaja menemui kegagalan tak kiralah perhubungan pencintaan dan perhubungan persahabatan, mungkin diri aku ni tak sebaik untuk menjalinkan hubungan itu....

cuma harapan aku mudah-mudahan suatu masa nanti Allah temukan aku dengan seorang wanita yang solehah dan memahami dan menyayangi aku untuk aku mencintai dan menyayanginya.... dan mudah-mudahan sahabat yang aku masih ada sekarang ini dapat menjadi sahabat yang kekal di dalam hidup aku dan ikhlas bersahabt dengan aku.....

kepada sahabat karib aku yang sekarang ini dah nak menjauh daripada aku, aku redha mungkin seoarang sahabat menjauh daripada aku, Allah akan gantikan beberapa orang lagi sahabat untuk aku.....

kepada semua sahabat-sahabat aku, aku nak minta maaf klu sejak perhubungan kita aku ada melakukan apa-apa kesalahan atau terlajak kata aku minta maaf dan klu tak puas hati tolong bagi tau aku, insyaAllah aku boleh terima....yang penting hati Ikhlas dalam persahabatan. klu hati ikhlas biar apa pun yang datang insyaAllah kita tetap bersahabat...

doakanlah aku dapat menghadapi final exam aku pada 26,27,28 hbln 12 dan 3hbln 1 ini dengan sempurna doakanlah kejayaan aku untuk final exam aku kali ini ok....

"jangan dilihat dari luaran bahagia dan gembira tapi didalam tuhan sahaja yang tahu"

"tunjukkanlah kegembiraan dan kebahagian kita pada orang lain sedangkan kita pada ketika itu punyai 1001 masalah dan kesedihan"

"awanan di langit tampak mendung kelabu tanda nak hujan namun di dalam hati ini sudah dibasahi hujan" (pinjam ayat abg azam hehehe)

oklah kehidupan mesti diteruskan semua itu ujian dan pengalaman untuk menghadapi masa depan pasti ada hikmahNya....

sahabat pergi dan datang adalah lumrah kehidupan seperti juga cinta... kekadang hadir tanpa di undang dan pergi tanpa dihalau hanya yang ikhlas akan tetap disisi.....

abaikan semua itu hidup di dunia sementara di akhirat kekal abadi selamanya rugi jika kesempatan yang di beri sementara ini di siasiakan.....

ayuhhhh bangun melawan dunia..... pasti kejayaan bersama hehehehehehe tetiba ja jadi bersemangat lepas menulis kat blog ni hehehehehe

Wallahualam

Sunday, December 14, 2008

CICAKMAN 2 PLANET HITAM


Assalamualaikum...

aku doakan kalian sihat hendaknya, agak lama juga aku tidak menupdatekan blog aku ini dengan cerita-cerita kehidupan aku.....

pagi yang terluang ini aku nak ceritakan tentang semalam... petang semalam lepas balik kerja, aku rasa nak ronda-ronda kat kg Kuah nak cari rumah sewa baru, ronda punya ronda tak ada pun rumah kosong untuk di sewa, emmm kat kuah ni memang sukar nak dapat rumah sewa... lepas ronda-ronda kat kg tu aku pun balik la ke rumah dah dekat jam 7.00 malam...
tetiba aku dapat satu masaj daripada kawan baik n karib aku nun jauh di Kuala Lumpur encik mat doli, ni petikan dari masaj dia " salam, hang wat pa? aku dok tepu ni cdg nk p tgk wyg..tp x tau cerita apa.. cicakman dah tgk?" hehehe sebetulnya sebelum aku nak ronda-ronda kat kg tu aku dah terniat nak pergi tgk wyg cerita cicakman ni, bila ada yang nak tgk wayang juga, aku pun ajak la mat doli tu tengok cerita cicakman 2 sama-sama hehehe mesti hairankan aku kat Langkawi tapi doli kat KL,,,
hmmm kami tgk cerita yang sama waktu yang sama cuma tempat je yang berlainan, dia tgk kat Midvalley aku tengok kat Langkawi....
aku tgk sorg2 kat langkawi dia lak tengok sorg2 kat cna hehehe jadi kerja kami dua org ni nonton wyg sorg2, tapi aku rasa ok apa selesa dan tak menyusahkan org lain..bukan apa sebelum ni aku ada la ajak sorg kawan yang pada aku, aku anggap dia kawan baik n karib aku, tapi aku tak tau la aku ni kawan baik n karib pada dia ataupun tidak, tapi macam2 alasan dia bagi yang paling terguris hati aku hehehehe terguris ka... dia kata asyik kuar dengan aku ja emmm apa lagi aku ni mudah sensitive terus sentap la aku,, InsyaAllah lepas ni aku tak ajak dah biar lah aku kuar sorg2 senang tak payah nak menyusahkan org lain...
hehehe melalut entah apa2 la aku pagi2 ni oklah aku nak cerita sikit pasai cicakman 2 ni...
aku nak cerita ringkas je, secara keseluruhannya ok la cerita ni not bad la cerita superhero melayu yang pertama walaupun ada juga nampak pengkomputeran grafik dia, aksi pun banyak tapi tak cukup ganas aksi tu, mungkin sebab lawan dengan pempuan si rrama musuh baru cicakman..apek kena banyak lagi berlatih seni pertahankan diri kalau boleh masukkan sekali silat...
watak tak banyak sangat yang diketengahkan tetapi ramai la juga artis2 terkenal, satu je watak yang tak di jelmakan iaitu watak ibu kepada amani mungkin ada sesuatu untuk filem cicakman3 nanti...cuba satu je aku rasa tak wajar iaitu mengetengahkan pelakon indon dan bahasa indon dalam filem ni mungkin alasan penerbit untuk bawa filem ini ke indon tapi pada aku klu filem malaysia elok di tonjolkan semua artis malaysia..
oklah aku sebenarnya tak pandai nak cerita balik apa yang aku nonton setakat itu jelah yang aku boleh cerita pun, emmm sama-sama kita tunggu untuk cicakman3 mungkin watak jahat kali ni louisa chong hehehe tak caya tunggu...

Tuesday, December 2, 2008

PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN (PTK)

Assalamualaikum.....

hai apa habaq... pagi ni aku dah selamat menduduki exam PTK kat Mahkamah Rendah Syariah Kepala Batas Pulau Pinang.....

pagi tadi aku keluar dari rumah jam 7.15 pagi drive kereta sorang2 ke kepala batas jam 8.05 pagi aku sampai kat c2 alhamdulillah nasib la tak sesat cari tempat 2.. terima kasih kat ust sofi (kwn sekelas PJJ) pasai buat pelan untu ke situ...

setibanya aku kat mahkamah tu aku terkejut sungguh nak tau dak pasai apa, pasai mahkamah tu besar la, dari high way dah boleh nampak 3 tinggkat ada dua dewan bicara luas sungguh kawasannya.. dalam dewan bicara pulak luas sehinggakan lawyer kena guna pembesar suara...

oklah tu cerita pasai tempat exam PTK aku...

ok ni cerita semasa exam pulak.... masa aku sampai sempat la study ckit pastu bila jam 8.45 pagi aku pun naik ke tingkat 3, rupa-rupanya jawatan yang sama dengan aku aku sorg je yang ambik exam kat ctu yang lain jawatan LS 17,22 dan 32....

emm exam mula jam 9.00 pagi bagi bahagian 1 yang naik kebanyakkannya tentang protokol, peraturan am , kewangan dan nilai... jam 9.45 aku keluar sebab aku dah jawab habis 40 soalan ala biasa la objektif aku boleh jawab tapi tak tahu la betul ka tak..

jam 10.30 pagi exam bahagian 2, bab yang naik kebanyakkannya berkaitan rayuan, nikah dan faraid ada 60 soalan jam 11.00 aku dah habis mnjawab lepas tu terus keluar malas dah nak tunggu sampai jam 12.00....

lepas keluar aku pun apa lagi singgah la sat melapak la dulu kat Sungai Petani ni,,, ha aku taip entry ni kat CC di SP....

oklah aku rasa macam nak balik rumah dulu lah..

terima kasih kawan-kawan yang mendoakan aku boleh jawab dan lulus exam PTK aku ni...

hempa semua tolong la doakan aku dapat 4 ya keputusan PTK ni...

ok terima kasih..