Monday, April 2, 2012

HAMPIR SETAHUN

Assalamualikum....

alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana nikmat iman, islam dan ihsan yang dikurniakanNya.

hampir genap setahun aku tidak mencoret cacatan kehidupan di blog ini, hari ini tergerak hati untuk mencoretkan.

alhamdulillah pergerakkan masa mendewasakan kita dan banyak perubahan telah berlaku di dalam kehidupan,

ABAH

alhamdulillah tanggal 17.12.11 isteri aku telah melahirkan seorang putera yang telah diberi nama Mohammad Mifzal Zharif, sebenarnya isteri aku di jangka bersalin pada bulan 3 tahun 2012 namun takdir allah telah menetukan baby aku keluar awal 2 bulan, apa-apa pun alhamdulillah.

baby aku keluar dengan berat 1.48kg dalam usia 32 minggu kandungan, alhamdulillah isteri aku bersalin biasa, namun baby aku berada di ward NICu di dalam inkobuter selamat 33 hari, setiap hari 2 kali aku ke hospital menghantar susu yang telah di pan daripada isteri aku.

alhamdulillah sekarang usia baby aku 3 bulan lebih dah dan berat pun sudah 5kg.

CIKGU@USTAZ

Hujung bulan 1 2012 yang lalu aku telah di pilih untuk menjadi guru j-QAF dan aku menerimanya, alhamdulillah sekarang hampir 3 bulan aku menjadi guru di sekolah kebangsaan bukit pinang. bermakna aku telah bertukar bidang daripada bidang guaman kepada bidang pendidikan.

Alhamdulillah aku serasi di dalam bidang yang baru aku ceburi ini...


oklah sekadar itu sahaja coretan aku kali ini....