Tuesday, September 14, 2010

TENANG

ASSALAMUALAIKUM...

dalam suasana hari raya, alhamdulillah dah masuk raya keenam dah, raya tahun ni aku pakai jubah warna hitam buat pertama kalinya setelah 13 tahun aku tak pakai jubah, raya tahun ni adalah saat bahagia untuk aku.

raya ketiga yang lepas buat kali pertamanya aku pergi beraya ke rumah bakal bapa mertua aku, aku pergi sorg2 ja heheheh tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar,

raya keempat, aku beli hp baru Nokia E71, aku terpaksa beli sebab adik aku minta blk hp yg aku pakai ni rega E71 tu RM900 emmm.

raya kelima..si dia pula buat kunjugan balas ke rerumah aku, aku pergi ambik si dia di rumah dia n bw kerumah aku, nampaknya dia dapat sesuaikan diri dengan keluarga aku..

sekian untuk di rekodkan di sini

Thursday, September 2, 2010

KALI PERTAMA

Assalamualaiku...

Alhamdulillah mlm ni merupakan malam yang ke 24 ramadan, petang tadi bersamaan 2 september 2010 @23 ramadan 1431 buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku telah menceritakan kepada mak aku tentang seorang perempuan yang aku cintai.

bersama itu juga aku telah menceritakan bahawa perancangan kami untuk bertunang pada hujung tahun ini.

Pada mulanya memang sukar untuk keluar daripada mulut aku untuk aku menceritakan hal ini kepada mak, tetapi ku gagahi juga, aku tercabar kerana si dia terlebih dahulu menceritakan hal ini kepada keluarganya.

perjalanan aku dan si dia masih panjang, banyak duri-duri di jalanan perlu kami tempuhi perkara itu tidak dapat dielakkan di dalam perhubungan mudah-mudahan Allah permudahkan kami. bukan senang untuk seseorang jatuh cinta terhadap aku.... keputusan dia telah mengejutkan aku seperti aku berada di dalam mimpi tetapi alhamdulillah itu ialah kenyataan...syukur kepada Allah kerana memberi peluang untuk aku dansi dia saling cinta mencintai.

3 september iaitu hari ini merupakan hari lahir si dia..moga dia panjang umur dan murah rezeki..

Alhamdulillah keberkatan Ramadan kali ini sungguh bermakna, aku rasa kerdilnya aku pada Allah tahun ini Allah telah anugerahkan aku banyak perkara yang aku mahu, tapi ibadat aku tak seperti mana " ya Allah kau berikanlah taufik dan hidayahMu pada Ku ya Allah".

semua yang terjadi di dalam hidup kita mempunyai hikmahnya oleh itu bersangka baiklah dengan Allah, bersabar dan berdoa serta bertawakal insyaAllah Allah itu maha pemurah kepada hambanya...

Monday, August 23, 2010

akhirnya

Assalamualaikum...

lama aku tak update blog ni....Alhamdulillah ramadhan tahun lalu aku putus cinta tapi ramadhan tahun ini ada cinta baru yg hadir dalam diri aku.

dia telah membari peluang untuk aku menjadi suaminya, moga kabahagian ini kekal sehingga akhir hayat kami..

perasaan terhadapnya memang dah lama, tetapi dia begitu jual mahal sehinggakan aku putus asa untuk mencuba, tetapi entah bagaimana sejak dua menjak pada bulan ramadan ni kami semakin rapat dan dia juga melayan aku...

tapi dalam hati aku ada sahaja anda tanya, "adakah dia betul2 mencintai aku?" atau sebaliknya....mudah2an Allah permudahkan hubungan kami...

selanjutnya akan aku ceritakan bila semuanya telah ada ikatan....wahai kengkawan yg masih lagi membaca blog ini harapan supaya doakan kami ada joodh ya...

oklah kat bwh ni aku postkan 1 puisi....selamat berpuasa dan selamat berbuka ya kengkawan..

kini ku kembali berpuisi
terima kasih wahai kekasih hati
memberi peluang untuk ku mencintai
akan ku buktikan ini cinta sejati

pengharapan yang tinggi
moga kita akan bersatu nanti
rindu padu mu sukar di dustai
tak sabar menanti hari itu nanti

sekuntum mawar berduri
tanda tulus dari hati
pemberian itu sekadar memberi
di dalam hati penuh cinta yang suci

Sunday, August 1, 2010

menanti lagi

kala malam nan sepi
ku cuba menyendiri
tapi sehingga bila ku begini
menanti mungkin sehingga mati

pasrah ku pada ilahi
menanti jawapan yang belum pasti
siapa diri ini untuk di sayangi
hanya insan yang mendamba kasih ilahi

ya tuhan rabbil izati
jika itu adalah janji
ku akan setia menanti
bisikan hati ini rela menyendiri

Tuesday, July 13, 2010

bertemu dan di tolak

semakin hari mengenali
semakin rasa merindui
jauh tapi terasa mehampiri
dekat seperti di sisi,

oh kekasih hati
aku sentiasa menanti
menunggung jawapan yg entah belum pasti
harapan untuk mencintai.

mendung itu berarak kembali
menghilangkan pancaran mentari
redupnya mendamaikan hati
sepi itu kembali dan terus kembali

angin meniup menyapa pipi
ingin ku pergi menhilangkan diri
kepadamu tuhan ku hajati
damaikanlah hati ini.

Wednesday, June 30, 2010

erti (p)

sudah ku mengerti erti itu...
mencari sesuatu
rasa suka itu berlalu
cinta pula bertemu

...terkadang ego itu menyapa
kedegilan pula bersama
aduh musnah rasanya
harapan sudah tiada.
harapan mungkin ada
jika jodoh kehendakNya
bertemu bersua suka dan duka
mencari cinta yang membawa bahagia

bahagia itu dari hati
hati yang saling menyintai
menyintai kekasih hati
kekasih yang masih mencari..

Monday, June 7, 2010

(P) ketentuan

semalam madah itu ku coretkan,
ku corek bersama penuh perasaan,
menanti dikau di astaka harapan,
astaka yang penuh dengan impian.

jauhnya perjalanan,
meniti setiap garisan
diciptakan manusia untuk saling berkenalan
itulah lumrah kehidupan.

wahai gadis pujaan
ku lihat mu punuh dengan perasaan
dengup jantung kian panasaran
menanti mu memberi jawapan.

pasrah ku kehadrat tuhan
berdoa sentiasa didahulukan
jodoh pertemuan suatu ketetapan
ku redha apa sahaja ketentuan.





Sunday, June 6, 2010

(p) yg sepi

pasrahku menanti,
tetapku menanti
indah lelapnya bila hati dicintai,
oh cinta hadirlah dikau disisi.

pergi lagi sang mentari
rambulan pula menganti
bintang sentiasa menghiasi
indahnya cinta jika saling memahami.

rindu kau datang lagi
datang dikau bersama sunyi
sepi ku disini sentiasa menamani
hadir dikau menjadi penyeri.

Sunday, April 25, 2010

26 TAHUN

Assalamualaikum....

Onak, gelombang, liku, sarakah dan semua jenis keadaan hampir aku rasai.....

Suka, duka, pahit, manis, maung semua itu hampir juga aku rasai..


Genap sudah 26 tahun aku merasai semua itu di dunia yang fana ini....terkadang bahagia dan terkadang sebaliknya..fokus entry kali ini ialah berkaitan genapnya 26 tahun aku dilahirkan....

Tanggal 26 April 1984 jam 5.30 pagi lahirlah aku di dunia ini...di rumah yang aku menetap sekaranglah segala-galanya bermula..kelahiran aku disambut oleh Allahyarhamah ninda tercinta aku Che Siah binti Senawi ( bila sebut dan mengingati beliau aku mula jd sensitif).

26 tahun juga aku menetap di rumah ini, rumah peninggalan beliau.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana memberi ruang dan peluang untuk aku menghirup udara di dunia ini..aku sedar dan yakin bahawa hidupnya aku didunia sementara ini adalah untuk menjadi hamba kepadaNya...melakukan segala perintahnya dan meninggalkan segala tegahannya

Ketika ini...aku sangat2 merasa sesuatu yang aku perlukan, pohon Allah membantu aku untuk dipermudahkan segala-galanya...

Kemarin begitu gembira bersama kengkawan tapi hari ini agak suram...itulah kehidupan, aku perlu muhasabah setiap apa yang aku lakukan..

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mak aku Puan Noraini binti Che Mat kerana mengandungkan aku 9 bulan lamanya, memberi aku minum setiap titisan susu drpnya, mendidik aku menjadi manusia...melayan karenah aku, ( bila dikenang pengorbanan dia aku sebak)..

Tak lupa juga kepada Encik Mat Desa bin Abu Hassan yang telah bersusah payah menyara aku sehingga kini...banyak membantu dan menolong aku untuk melayari liku-liku kehidupan terima kasih aku ucapkan..

Oklah....mulai ari ini aku nak berazam...kat bawah ni aku nak senaraikan azam2 aku:

1. nak dekatkan diri lagi dengan Allah..kerana sekarang aku rasakan aku semakin jauh drpNya, Ampunkan aku ya Allah

2. untuk menjadi seorang yang baik

3. nak kurangkan bercakap, supaya kurangnya ckp boleh membuatkan org suka kat aku..banyak cakap org meluat

4. nak kurangkan gembira dan ketawa...

5. nak kurangkan makan

6.Nak kurangkan kegarangan aku huhuu aku garang ka ish2

yang lain biar aku simpan dlm hati...

Oklah terima kasih kepada kengkawan yang telah mengucapkan ucapan serta doa kepada aku sempena sambutan ke 26 aku dilahirkan.

Saturday, March 27, 2010

RESTORAN D'DESANI



Assalamualaikum...

Lama sungguh aku tak update blog aku ni, sebenarnya tiap-tiap hari aku buka blog ni, walaupun tak update ada juga pembacanya..

Alhamdulillah sudah sebulan aku buka restoran yang di usahakan oleh mak dan ayah aku, sambutan Alhamdulillah...tercapai juga cita-cita aku nak buka Kedai makan untuk mak aku...

untuk pengetahuan semua, ada kedai makan bukan bermakna boleh relaks tunggu duit masuk ja..sebenarnya teramatlah letih dari bangun tido sampai lah balik rumah tido..

senang ja prinsip aku..."susah-susah dahulu senang-senang kemudian"....

Antara menu kat kedai aku tu, nasi campur, nasi ayam, mee rebus, pasembor, bihun sup, laksa dan banyak lagi lah huhuhu...

sesapa yang nak datang di jemputlah datang ke No 6 Taman Ria Mesra 1, Jalan Batu 5 Jeniang Gurun Kedah...

oklah kengkawan semua tolong doakan aku berjaya dlm semua bidang yang aku ceburi ok..

Friday, February 19, 2010

ALHAMDULILLAH

Assalamualikum..

Lama sungguh aku tak update blog aku ni...emm ntah la maybe dah cemuih dgn blog huhuhu..tapi aku cukup puas klu aku menulis kat blog aku ni.

Alhamdulillah permulaan tahun 2010 ini banyak yang positive aku telah dapat, walaupun ada satu perkara yang aku selalu gagal tetapi dari perkara yang lain Allah membantu aku, syukur alhamdulillah...

Aku baru sahaja buka laman web PKP UKM untuk lihat result Exam PJJ aku,.. bila kuar ja result tu..perkara pertama aku tengok result subjek Kaedah fiqh yang aku target dapat D tetapi alangkah terkejutnya aku, aku dapat A subjek tu syukur Alhamdulillah..

Dan buat pertama kalinya juga setelah 5 sem aku study baru kali ini aku dapat tersenarai di dalam anugerah dekan, syukur alhamdulillah satu subjek ja aku dapat B+ subjek fiqh jinayah pensyarah tu awal-awal lagi bg tau jawapan mesti sama dalam buku, aku buat jawapan pakai ayat aku ja huhu tp syukur aB+. Alhamdulillah 5 subjek lain dapat A.

Dan dalam masa yang sama juga, aku telah diberitahu oleh orang yang boleh dipercayai juga bahawa Exam PTK untuk kerja aku , aku dapat aras 4 layak untuk dinaikkan pangkat atau mendapat anjakan gaji..tetapi aku tak percaya lagi kerana aku nak tunggu dapat slip dahulu, klu dapat aras 4 alhamdulillah.

Bulan Februari ni juga aku sebok dalam urusan untuk membuka restoran, Insyaallah 26hbln ni iatu hari jumaat ni aku akan buka Restoran D'desani di no.6 taman ria mesra 1 gurun kedah..kawan2 di jemput la hadir ok..mak dan ayah aku akan uruskan restoran tu ..aku kuar modal ja

Dikesempatan ini juga aku nak ucapankan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu aku, dalam kejayaan exam-exam aku tu.. ok terima kasih sekali lagi..

syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah

Wednesday, January 27, 2010

ADA BLOG, ADAKAH SYOK SENDIRI?

Assalamualaikum...

Ni entry ketiga aku wujudkan hehehe... sejak kebelakangan ni aku tgk ramai dah bloger2 yg selalu update blog depa la ni dah mendiam diri, entah kenapa ..

Emm tetiba aku terpikir, bila ada org kata, syok sendiri....adakah bila kita ada blog sendiri yg banyak menceritakan tentang hal kehidupan kita untuk dikongsi bersama seperti orang yang syok sendiri?.. pedih juga telinga aku dengar..yang kata tu pun tak tahu langsung tentang blog.

lama dulu aku dah maklumkan bahawa tujuan aku tulis blog ni hanya untuk diri aku sendiri, klu ada yang baca Alhamdulillah klu tak ada pun tak apa.. tapi klu ada yg bc blog aku ada yang berfaedah ambil yg tak berfaedah buang jauh2 ok..

pada aku blog ni ,menjadi satu tempat untuk aku luahkan apa yang terpendam..aku rasa bila aku luahkan apa yg terpendam dlm hati aku ni, menjadikan aku lebih tenang...daripada aku simpan dalam hati lebih baik aku luahkan...

lantak la nak kata aku ni syok sendiri ka apa ka..yang penting aku ada blog aku sendiri...

hehehe oklah itu shj..sebenarnya aku tak marah sangat pun tapi......biarlah huhuhu

Wednesday, January 20, 2010

tanpa tajuk

luaran seolah-olah gembira,
tetapi di dalam siapa yg tahu.

kehidupan mesti diteruskan,
ujian akan datang silih berganti.

Cinta akan indah jika hati bersatu,
cinta akan derita dipandang sepi.

derita mungkin juga,
syukur pun mungkin juga.

doa telah di pinta,
hanya menanti dan berusaha.

usaha telah dilaksana,
menanti takdir dari yang maha Esa.


Friday, January 15, 2010

KEDUA

Assalamualikum...

Posting yang lalu aku memang terasa nak privatekan blog aku, tapi ntah la rasa sayang pulak, aku rasa biarlah perjalanan kehidupan aku ini dibaca kepada tetapan umum, mungkin khlayak di luar sana dapat mengambil ikhtibar.

Ini merupakan posting kedua aku untuk tahun 2010..sebenarnya aku cuba untuk mengupdatekan tapi ada sahaja halangan, mula ja jari ni nak menaip tetiba rasa ideal tu tak ada...minda aku kosong.

Hari-hari yang lepas banyak aku tempuh dengan sabar dan berserah, aku dah berusaha sedaya upaya kini aku tawakal tanpa lagi berharap.

Biarlah.. pada aku setiap ap yang aku lalui ini adalah ujian daripadaNya, syukur juga kerana dugaan kali ini Alhamdulillah aku dapat harungi dengan tenang.

tahun 2010 ini insyaAllah aku akan cuba publishkan cerita-cerita berkaitan dengan kerja aku..mungkin boleh di jadikan panduan kepada khlayak luar sana yang menghadapi masalah mungkin dengan cerita-cerita aku boleh membantu mereka sedikit sebanyak menyelesaikan masalah.

Aku juga akan publishkan perjalanan kehidupan aku yang banyak pancaroba dan ujian ini..Aku sedar ujian yang aku terima ini kecil sahaja jika di bandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh orang lain yang lebih besar.

Wednesday, January 6, 2010

TOLONG BAGI EMAIL KENGKAWAN

Assalamualaikum...

Lama aku tak update blog aku ni, selepas aku tergila-gilakan facebook..untuk pengetahuan kengkawan aku nak privatekan blog aku ni...

kepada sesiapa kengkawan yang masih lagi berminat untuk membaca blog aku boleh la tinggalkan email kengkawan...

sekian terima kasih