Friday, February 19, 2010

ALHAMDULILLAH

Assalamualikum..

Lama sungguh aku tak update blog aku ni...emm ntah la maybe dah cemuih dgn blog huhuhu..tapi aku cukup puas klu aku menulis kat blog aku ni.

Alhamdulillah permulaan tahun 2010 ini banyak yang positive aku telah dapat, walaupun ada satu perkara yang aku selalu gagal tetapi dari perkara yang lain Allah membantu aku, syukur alhamdulillah...

Aku baru sahaja buka laman web PKP UKM untuk lihat result Exam PJJ aku,.. bila kuar ja result tu..perkara pertama aku tengok result subjek Kaedah fiqh yang aku target dapat D tetapi alangkah terkejutnya aku, aku dapat A subjek tu syukur Alhamdulillah..

Dan buat pertama kalinya juga setelah 5 sem aku study baru kali ini aku dapat tersenarai di dalam anugerah dekan, syukur alhamdulillah satu subjek ja aku dapat B+ subjek fiqh jinayah pensyarah tu awal-awal lagi bg tau jawapan mesti sama dalam buku, aku buat jawapan pakai ayat aku ja huhu tp syukur aB+. Alhamdulillah 5 subjek lain dapat A.

Dan dalam masa yang sama juga, aku telah diberitahu oleh orang yang boleh dipercayai juga bahawa Exam PTK untuk kerja aku , aku dapat aras 4 layak untuk dinaikkan pangkat atau mendapat anjakan gaji..tetapi aku tak percaya lagi kerana aku nak tunggu dapat slip dahulu, klu dapat aras 4 alhamdulillah.

Bulan Februari ni juga aku sebok dalam urusan untuk membuka restoran, Insyaallah 26hbln ni iatu hari jumaat ni aku akan buka Restoran D'desani di no.6 taman ria mesra 1 gurun kedah..kawan2 di jemput la hadir ok..mak dan ayah aku akan uruskan restoran tu ..aku kuar modal ja

Dikesempatan ini juga aku nak ucapankan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu aku, dalam kejayaan exam-exam aku tu.. ok terima kasih sekali lagi..

syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah