Tuesday, February 12, 2019

KAYA & MISKIN

KAYA & MISKIN


hati dan perasaan membuak-buak ingin mencoret ceritera kehidupan sepanjang tempoh kehidupan, "kabhi kushi kabhi gham " yang bermaksud kadang suka keadang duka tajuk filem hindi yang ramai menonton, begitulah dengan kehidupan kita.

Dalam kehidupan ini setiap yang bernama manusia tidak dapat lari dengan perasan suka dan duka tidak kiralah dia kaya atau miskin. Setiap yang Allah ciptakan pasti ada keadilannya walau kaya tetap akan merduka walau miskin tetap akan gembira.

terkadang yang kaya ingin sekali menjalani kehidupan sederhana seperti kebanyakkan orang begitu juga yang miskin sangat berharap untuk menjalani kehidupan kaya mempunyai wang yang banyak dengan ada wang boleh selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi mesti ada dalam benak pemikiran dan rungutan " mengapa aku tidak dilahirkan dari keluarga kaya".

Tak semua kaya menyukai kehidupan mereka, mungkin setengah mereka berharap untuk dilahirkan dari keluarga sederhana yang hidup sederhana bebas kesana-kesini. Manusia tidak pernah merasa cukup walau apa kurnia Allah kepadanya.

kaya atau miskin seseorang itu jika imam ada dalam dada semua itu akan dapat mendorong kejalan yang baik. redha , tawakal dan usaha adalah penting qhada dan qadar juga jika difahami akan membuat seseorang itu berfikir bahawa apa yang Allah berikan adalah ujian dan penetapan kepada hambaNYa.

hidup di dunia ini bukanlah lama untuk menjadikan kehidupan porak peranda rugi rezeki umur yang Allah anugerahkan kepada kita jika tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.