Thursday, December 17, 2009

1431 HIJRAH & 2010 MASIHI

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada 1 muharam 1431 hijrie bersempena jatuh pada hari jumaat penghulu hari, aku tersa ingin mencoret sedikit di halam maya blog aku ini, setelah lama rasanya aku tak menaip di sini...

Hari ini telah masuk tahun baru kalendar islam, tak lama lagi akn masuk tahun baru 2010 masihi..

sebelum ini ada satu entry aku yg aku menceritakan tentang azam aku untuk tahun 1431 hijrie dan 2009 masihi...

Aku cuba menyorotkan kembali coretan aku azam aku itu sama ada telah tercapai atau sebaliknya..

dari segi kerja..Alhamdulillah aku sudah di tukarkan ke BBG Alor setar pada bulan 4.2009 yang lalu..dan kat Alor Setar aku teramat sibuk dan kesibukkan itu banyak mengajar aku....azam aku untuk tahun ini mudah2an aku di naikkan pangkat atau PTK aku dpt 4 boleh naik gaji

dari segi pelajaran...emm sem lepas pointer aku jatuh...azam untuk sem ini kena naik balik huhuhu

dari segi fizikal..tahun lepas aku Alhamdulillah dpt kurangkan berat aku..walaupun tak banyak yg turun tapi ada la ramai juga dok puji kata aku kurus ckit huhuhu...tahun ni aku berazam nak turun lagi berat aku maybe kepada 80kg atau 70kg hari ini masuk 18 hari dah aku tak mkn nasi huhuhu

dari segi hubungan...emmm tahun 2009 aku dapat merasa seketika shj erti cinta namun tak panjang..tapi aku bersyukur allah berikan aku peluang untuk merasa erti bercinta.. sekarang aku kembali single....tahun ini insyaAllah aku berazam untuk bertunang, kengkawan tolonglah doakan yaaa..Agar Allah permudahkan jodoh aku..

itu sahaja...

Monday, November 23, 2009

PENGEMIS CINTA




aku...
aku mengharap...
mengharap pada balasan cinta...
balasan cinta yang kini tidak pernah menjelma...

menjelma..
menjelmanya buat seketika....
buat hatiku tenang sementara...
kini dia pergi entah bila akan bersua....

hati...
hati berbisik...
berbisik buat seketika....
entah siapa yang sudi menerima..

masa..
masa pergi...
perginya tanpa kambali..
hari-hari diri ini menanti...

menanti...
menanti siapa yang sudi...
sudi akan diri yang lemah ini..
menanti dan terus menanti ia di sini..

diri..
diri ini terasa sepi..
sepi bukan kepalang lagi..
mengharap sampai menemui..

siapa...
siapalah diri ini...
di pandang sepi bak tiada siapa peduli..
diri ini jauh semakin jauh tanpa berani...

cuba..
cuba aku cuba...
cuba menghadapinya..
cuba sentiasa hampa..

aku pengemis cinta...
mengharap cinta yang tak kunjung tiba..

aku pengemis cinta...
mengharap cinta sentiasa..

aku pengemis cinta...
sentiasa berusaha tapi tiada siapa yang terima..

aku pengemis cinta..
merasa diri ini menganggu mereka...

aku pengemis cinta...
terfikir untuk putus asa..

aku pengemis cinta..
memohon sentiasa padaNya

aku pengemis cinta...
mengemis selagi terdaya..

aku pengemis cinta..
mengemisku ada tahapnya..

aku pengemis cinta...
cinta yang sementara..

aku pengemis cinta..
cinta yang kekal selamanya..

aku pengemis cinta...
cinta selamanya ialah Allah maha kuasa..




Wednesday, November 11, 2009

PTK 2009

Assalamualikum...

Lama sungguh aku mendiamkan diri dari menulis blog aku ni...sesungguhnya sejak dua menjak ni aku agak busy dan buat-buat busy untuk melupakan benda yang aku rasa tak perlu aku ingatkan lagi...

InsyaAllah 15hbln ini hingga 18hbln aku akan menghadapi sekali lagi exam PTK tetapi kali ini PTk menggunakan kaedah baru...InsyaAllah nanti aku akan ceitakan perjalanan baru PTK yang aku hadapi...

Alhamdulillah aku sudah baca hampir semua buku yang sepatutnya mudah-mudahan Allah memberi pertolongan kepada aku supaya di permudahkan semasa aku menghadapi PTk kali ini...

sekadar ini sahaja... Aku ingin memohon pertolongan semua kengkawan yang membaca blog aku ini supa doakanlah aku berjaya ok...

Friday, October 16, 2009

JAMUAN RAYA BBG KEDAH 2009


Assalamualaikum...

Diharapkan semua sahabat-sahabat sekalian sihat sejahtera hendaknya.. tak ada apa pun semenarnya aku nak cerita... cuma di sini ada beberapa sisipan gambar yang boleh dilihat..
gambar kat bawah ni semuanya gambar masa jamuan hari raya opis aku....

Tak ramai pun kami jemput, yang ramai staff mahkamah ja, lepastu jiran-jiran opis senelah opis kami..

antara menu yang kami sediakan, Nasi tomato, sate, mee rebus (mak aku yang buat), kutupat, lemang, rojak kuih muih dan lain-lain lagilah... tu kali pertama opis aku buat opis terbuka sempena Hari Raya...



Emm biasalah akukan teruna idaman hehehehe

antara tetamu yang memeriahkan lagi jamuan kami

emmmm ni meja makanann ringan

aku dan bos yang paling baik Tuan Zack (Pengarah Biro Bantuan Guaman Kedah)

Oklah sekadar inilah sahaja jamuan raya ni kami buat pada 15/10/2009..terima kasih yang datang..


Emmm i lagi satu cerita sabtu lepas bersamaan 17/10/2009 aku sempat menonton wayang citer PAPADOM memang best teramat sangat, kelakar dan sedih, Tahniah afdlin shauki... kepada kenkawan yang tak sempat tonton citer ni eloklah pergi best memang tak rugi punya....

Tuesday, October 13, 2009

AKU KENA SAMAN

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana masih lagi memberi peluang untuk aku hidup di dunia sementara yang banyak dugaan ini...

Al kisahnya pada hari ini 13.10.2009, buat julung-julung kalinya dalam hidup aku, aku disaman oleh polis trafik pada pagi tadi, atas kesalahan tak mematuhi papan tanda....

Emm aku redha jelah sebab tu salah aku...ceritanya macamni nak masuk ke pejabat aku klu dari arah anak bukit jauh sangat nak kena buat u turn, aku ambillah jalan pintas...sebelum ni memang ramai guna jalan pintas tu,so aku pun hari-harilah guna jalan tu bila pagi-pagi nak ke opis , tetiba pagi tadi aku tak perasan polis dok tengah menunggu mangsa.. so aku pun terperangkap kenalah saman.. aku sempat tanya berapa amaun kena bayar polis tu bg tau RM150 tapi aku boleh buat rayuan lagi maybe dapat setengah potongan...

Untuk makluman juga bukan aku seorang je kena saman ramai lagi yang kena....dalam opis aku pun ada juga staff yang kena saman tapi aku tak hebohkan yg aku pun kena saman... malu la klu peguam kena saman hehehehe aku just bg tau bos dan ita ja hehehe.....

Emmm tak apalah klu kena saman bayar jelah....aku dah jd fobia hehehe..

Alhamdulillah hari ini juga aku selesai berpuasa enam pada bulan syawal....dan besok aku berhari raya enam.. tapi sambutan hari raya kat opis aku hari khamis ni banyakllah juga menu dan kami jemput lebih kurang 100 orang ja....

Oklah nanti aku publishkan gambar2 semasa sambutan hari raya kat opis aku ok...

sekian terima kasih

Saturday, October 3, 2009

KE 100

Assalamualaikum....
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah kerana dapat lagi aku menjadi seorang blogger huhuhuhu walaupun blog aku ni tak laaa hebat sangat...
Tajuk kat atas bersempena kemunculannya entry ini yang ke 100, setelah setahun lebih kewujudan blog aku ni, bukannya nak menunjuk atau riak dengan 100 entry yang aku telah publishkan tetapi aku bersyukur diberi peluang untuk menaip apa yang aku rasa aku nak luahkan dan ceritakan...
Aku insan biasa sahaja di dalam alam blog ini, ramai lagi kengkawan yang telah banyak lagi mempublishkan cerita-cerita mereka di blog mereka .. di kesempatan ini aku ucapkan tahniah kepada kengkawan yang sentiasa mengupdatekan blog anda dengan cerita-cerita suka duka dan ilmu....ada kengkawan yang telah mencecah beratus-ratus bahkan beribu-ribu entry yang mereka publishkan...
Antara entry yang aku publishkan yang mendapat komen yang terbanyak ialah entry yang bertajuk KENGKAWAN,... terima kasih kepada semuang kengkawan yang sentiasa membaca dan memberi komen serta banyak menasihati aku ketika aku susah dan senang.....
Emmm sekian penghargaan aku bersempenan entry ke 100 aku.....
Lama rasanya aku tak update cerita tentang kehidupan aku sejak dua menjak ini...tiada apa yang berubah aku seperti biasa... cuma mulai bulan ini setelah mesyuarat pada minggu lepas kami telah membuat ketetapan bahawa, terdapat sedikit rombakan untuk mengendalikan kes...
Sebelum ini aku di tugaskan untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Kulim iaitu pada hari Ahad. Mahkamah Alor Setar pada setiap hari isnin dan selasa manakala Mahkamah Padang Terap pada hari rabu....
Mulai bulan ini aku akan mengendalikan kes-kes di Mahkamah Kulim setiap hari ahad dan sebulan sekali hari isnin, hari selasa aku akan kendalikan kes di Mahkamah Alor setar dan hari rabu aku tak akan pergi lagi ke mahkamah Padang terap tetapi aku bertukar mengendalikan kes di Mahkamah Pendang...dan sekali sekala hari isnin aku akan mengendalikan kes di Bandar Baru...
Oklah setakat itu sahaja....

Wednesday, September 23, 2009

RAYA 20092009

Assalamualaikum....


Alhamdulillah hari ini telah pun sampai hari ketujuh di dalam bulan Syawal, mesti kebanyakkan kengkawan yang masih lagi berhari raya...

Raya tahun ini sama sahaja dan tiada bezanya dengan hari raya tahun-tahun yang lalu, status pun masih lagi single mingle pergi raya rumah sanak saudara ja, soalan yang wajib di tanya saban tahun kepada aku " bila nak kahwin" emmm aku jawab setahun dua lagi....
oklah aku nak ceritakan hari-hari raya aku tahun ini.


Satu hari di hari raya...


Bangun seawal jam 5.45 pagi terus ke surau solat subuh, selepas solat subuh gotong royong bersih surau, jam 7.00 pagi keluar pergi beli akhbar pastu beli ais kiub. sampai rumah kerah semua orang besiap awal sebab nak bergambar satu keluarga, Almaklumlah tahun lepas tak sempat nak bergambar satu keluarga, lepas bergambar baru bersalam-salaman.


Jam 8.15 pergi surau untuk solat hari raya, lepas takbir, solat hari raya di imamkan oleh cikgu hanif kemudian aku baca Khutbah hari raya emmm panjang betul khutbah tahun ni sampai 27 muka surat tetapi banyak pengisian yang boleh di ambil ikhtibar..selepas habis khutbah semua jemaah membaca tahlil di ketuai oleh pak ngah aku..


Lepas tahlil kami berhari raya rumah kerumah seluruh kampung menikmati juadah yang di sediakan, jam 2.oo petang baru habis pusing seluruh kampung...


Selepas puas pusing satu kampung aku pergi kubur tok nek aku dan tok wan aku kemudian balik kerumah, seperti tahun2 lalu hari raya pertama kami tak pergi kemana kerana kebiasaannya ramai sanak saudara datang rumah aku..


Sebelah petang hana dan suami dia call aku coz depa nak datang ke rumah aku depa datang bawa baby (zulaikha).. malam aku rehat ja, di tambah pula perut aku tak berapa sihat biasala perut aku terkejut sebabnya sehari di penuhi dengan makanan..


Dua hari di hari raya


Seperti kebiasaan hari raya kedua kami sekeluarga balik ke rumah tok wan sebelah mak aku di pendang, emm tahun ni kami tak bakar sate kat citu sebab tokei sate tak datang heheheh tokei sate tu pak lang aku huhuhu,


Tiga hari di hari raya


Raya ketiga adik-adik mak aku datang kerumah, makan tengah hari ramai-ramai kat luar rumah, biasalah rumah aku orang lebih suka duduk di luar rumah sebab di luar angin sepoi-sepoi bahasa biasa lah rumah di tengah sawah..


Sebelah petang kawan aku mat rapi datang rumah...


Empat hari di hari raya.


Raya keempat emm sebenarnya aku nak pergi tengok wayang citer G-force tapi usha kat internet citer ni tak di tayangkan kat kedah, yang ada di tayang pun kat penang so lepas dah pikir aku pun ajak kengkawan aku gi nonton kat penang emmm citer di kelakar n berbaloi lah, emmm mat doli siap bg tahu klu aku gi nonton citer tu dia kata aku akan jumpa dengan hurley sebijik macam aku, tapi bila aku tengok hurley tu sebenarnya sebijik mcm mat doli huhuhuhu..

Lima hari di hari raya
Raya kelima aku tak pergi mana-mana pun dok rumah ja
Enam hari di hari raya
Raya keenam tok aku buat kenduri tahlil so busy lah nak menyediakan makanan gotong royong seisi keluarga kami,, nasiblah tok aku ni ramai anak heheheh pak menakan dan mak menakan aku lah...
lepas solat jumaat majlis kenduri...
Emmm di dalam bergembira di bulan syawal ni jangan pula kita lupa untuk berpuasa sunat 6 hari di bulan Syawal ganjaran pahalanya seperti kita berpuasa sepanjang tahun... marilah sama-sama kita rebut peluang ini..

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Assalamualaikum...

Tak kala aku menaip entry ini, aku berada di pulau langkawi yang pernah aku diami selama 2 tahun, jam menunjukkan 10.30 malam sambil telinga di dengarkan lagu dari aishah bertajuk pulanglah.



Aku cuba gagahi juga untuk mempublishkan entry berkaitan hari raya walaupun ada lagi beberapa hari Ramadhan akan pergi meninggalkan aku. Sesungguhnya Ramadhan kali ini meninggalkan kesan yang pedih pada diri aku.. tetapi aku percaya ada hikmahNya di sebalik kepedihan dan kekecewaan itu..



Aku pun sekarang dah ok bahkan boleh di katakan telah kembali kepada keadaan sedia kala, seorang yang mesra alam huhuhuhu.. kenangan yang lalu biarkanlah berlalu hari-hari mendatang di harapkan semuanya ok..



Oklah yang kat atas tu hanyalah sekadar pendahuluan....



Besok aku akan pergi ambil baju melayu aku yang warna koko nak keoren-orengan , mula-mula aku tempah baju tu, tukang jahit bagitau maybe tak sempat siap, tapi aku tempah juga huhuhu, minggu lepas aku pergi nak ambil tapi ada sedikit lagi yang belum siap so tukang jahit aku minta aku datang ambik besok...


Dalam bulan puasa ni sekali sahaja aku masakkan untuk keluarga aku, ntah mcmna aritu aku rasa nak masak tom yam, so jadilah juga tom yam aku , hmmm teringat masa ngaji dulu masak tom yam dgn kengkawan dalam periauk karen huhuhuhu..mat doli lah yang memula dulu pastu satu bilik nak masak hehehe


Tarawih tahun ini Alhamdulillah aku solat di surau aku, dapat lah juga bergilir dgn tok saudara aku jadi imam..Alhamdulillah tahun ini aku siap buat jadual imam dan bilal untuk tarawih..


Raya ni belum tahu lagi mak aku nak masak apa, sama ada nasi ayam atau mee rebus, tapi kebarangkalian nasi ayam lebih tinggi hehehe... mak aku pun sejak dua minggu lepas sebuk wat kuih raya emmm penuh dah dalam almari tu yang nampak ja , yang dia sorokkan tak tahulah banyak mana...


Bila sampai ja hari raya hati aku ni sering teringgatkan moyang aku ( tok nek) dah hampir 11 tahun dia kembali ke rahmatullah,



Baiklah aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf zahir dan batin untuk semua kengkawan sekalian... manalah tahu ada komen-komen serta entry aku yang membuatkan anda terasa...



Jemputlah adatang ke rumah aku raya ni ok...



semoga kalian semua berbahagia di kala Aidil Fitri ok..

Saturday, September 12, 2009

HATI

Assalamualaikum...

Dah tak berapa hari lagi kita akan berhari raya.... pasti ramai yang tak sabar-sabar menantikannya...

Sebenarnya aku tak tahu nak manaip apa kat cni, sejak dua menjak ni aku jadi bergitu sensitive, tapi masa dpt di kawal lagi...

Aku rasa semua orang yang rapat dengan aku nak lari meninggalkan aku... mungkin juga aku ni bukanlah orang yang baik...

Entah la, mungkin ada hikmah, aku rasakan seperti ini....

Teringat pesan seorang kawan aku, "jgn jadikan kehidupan yang sementara di dunia ini di penuhi dengan kesediahan sahaja, alangkah ruginya jika kehidupan sehari-harian di isi dengan kesedihan"

Oklah kepada semua kengkawan sekalian aku doakan kalian sentiasa bahagia dan mendapat rahmat kasih sayang Allah dan aku juga mengharapkan kalian mendoakan aku juga ok..

Sebenarnya blog aku ni telah di ketahui umum oleh kebanyakkan kengkawan aku sama-ada kengkawan sekerja, kengkawan maa ngaji dulu dan saudara mara, aku harapkan cerita aku ini habis sekadar di dalam alam blog ini sahaja... aku tak suka bila jumpa aku perkara ini di sebut2 di depan aku so kalau ada apa-apa just komen kat blog ni sahaja ok..

Jangan risau aku nampak sedih di alam blog sahaja tetapi di alam nyata aku tetapi ceria tapi luaran sahaja dalaman aku suka simpan ..

ok terima kasih kepada semua yang sudi memberi komen dan nasihat, aku sangat menghargai setiap komen dan nasihat anda...

Wednesday, September 9, 2009

RASAKU INI RASAMU.....

Assalamualaikum..
Ari ini sudah 20 hari kita berpuasa, Alhamdulillah lagi 10 hari kita akan meyambut Aidil Fitri, ada sesetengah orang bergembira untuk berhari raya dan ada setengah orang yang lain kesedihan kerana ramadhan bakal berakhir....
Semalam 9.9.09 ramai yang menyambut kebahagian pada tarikh tersebut, bg aku pulak tarikh tersebut mungkin merupakan tarikh yang agak mengecewakan atau mungkin satu tarikh yang akan memperbetulkan keadaan supaya menjadi elok dan baik dalam hubungan aku...
Sebagai manusia semua mengharapkan kebahagian itu akan kekal berpanjangan, tetapi ada juga yang berkata klu asyik bahagia ja tak normal, mesti ada sedikit pergaduhan dalam sesuatu hubungan baru hubungan itu normal... pada aku mungkin juga, bila jadi seperti ini akan membawa kabahagian...
Apa-apa pun dalam perhubungan tidak ada paksaan, hak masing2 untuk memilih, klu di takdirkan untuk sekadar berkawan sahaja maka setakat itu sahajalah hubungan kita, tapi jika di takdirkan hubungan itu lebih daripada itu, tidak dapat tidak kena menerimanya.....
Perjalanan masih jauh, banyak liku dan duri yang perlu diharungi lagi, hati ini perlu bersedia setiap masa kerana hati manusia sentiasa berubah.....

Tuesday, August 25, 2009

AHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum...
Rasanya tak terlewat lagi aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua kengkawan blogger dan pelawat-pelawat sekalian...
Diharapkan kedatangan Ramadhan kali ini membawa seribu kenangan dan penambahan iman dan taqwa kita kepada Allah...
Isilah masa terluang yang ada dengan beribadat kepada Allah, lipat gandakanlah ibadat kita pada bulan ini ,tapi tak bermakna pada bulan-bulan lain kita abaikan peribadatan kepadaNya...
Mungkin juga ada di antara kita mengharapkan sesuatu keajaiban terjadi di dalam bulan ini, berdoalah moga-moga Allah makbulkan harapan dan hajat kita jangan putus asa dengan Allah....
Jika dia tak beri seperti mana yang kita hajati mungkin ada benda yang lain dia akan beri... sesungguhnya Allah maha tahu segala ketentuan dan takdir yang di tetapkan olehnya... sebagai hamba beribadat dan memohonlah supaya setiap apa yang kita hajati dan harapkan di makbulkan...doa juga kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat untuk kita dan keluarga kita...
Sekian selamat berpuasa kepada kalian...

Friday, August 14, 2009

CINTA TERAKHIR


Assalamualaikum....

Hayati dahulu lirik lagu dari Aiman bertajuk cinta terakhir, jap lagi aku nak buat sedikit syarah tentang lirik ini..



Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa


Menafikan kasih kita
Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

C/o:
Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir
Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan


Aku suka dengar lirik yang korus tu, bercinta tak semestinya akan berakhir dgn ijab kabul, akan tetapi harapan itu lah sangat di harapkan mudah-mudahan, pasangan yang kita sayang dan cinta akan menjadi suri hati kita untuk selamanya...
Cinta dan jodoh ada lah lain, indahnya cinta sekiranya berakhir dgn ijab dan kabul maka pasangan kita itulah merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah.....

Jodoh tak semestinya seorang sahaja, tetapi mungkin ada jodoh kedua dalam hidup kita, tapi kita tak tahu... sebab itulah ada di antara kalangan kita yang mempunyai dua ,tiga atau empat orang isteri dan ada juga bercerai kerana sudah tidak ada jodoh tapi Allah akan gantikan dgn jodoh yang lain, semua itu tak perlu kita fikirkan kerana itu semua kerja Allah, mugkin ada hikmahnya... perlu di ingat Allah maha tahu setiap apa yang ditakdirkannya...

So pesanan aku untuk kengkawan yang mungkin sedang hangat bercinta or sedang bertunang kena ingat sebelum di ijab kabulkan apa pun boleh terjadi, mungkin tak sampai jodoh...Teringat pula pesanan sahabat aku Wan Chu, dia kata dlm bercinta ni jgn cinta dan berharap sangat sehingga 100% kurang la sikit takut-takut nanti apa-apa yang terjadi akan merana dan makan diri sendiri.. tapi bila dah kahwin letaklah sayang dan cinta itu 100% baru indah kehidupan bekeluarga...

Walaupun begitu iman kita ni sangat lah nipis dan nafsu kita ini adalah kuat, cuma akal yang waras dapat menghalang kita dari melakukan kerja-kerja yang tak berfaedah...
Dalam entry2 terdahulu aku selalu sebut cinta dan harapan adalah saling terbegantungan, tapi tak perlulah letak harapan itu sehingga 100%......

Kita kena kawalkan diri kita semasa bercinta ni, supaya bila berkahwin nanti ada lagi sisa-sisa yang indah dapat dijelmakan...

Oklah kesimpulannya...bercinta dgn pasangan kita sekarang ni bukanlah merupakan jodoh kita sehinggalah kita di ijab kabulkan, dalam bercinta semua boleh terjadi sebab manusia cepat berubah....

Oklah itu sahaja... akhir sekali jangan terlalu berharap sangat dan terlalu alpa dgn percintaan, sehinggalah betul-betul menjadi pasangan suami isteri maka waktu itu, berikanlah 100% komitmen kepada pasangan anda....

WHY I BLOG.... TAG DARI EN ME

Assalamualaikum...
Sekarang aku tgh menghayati kelunakan suara ustaz Asri yang telah kembali kerahmatullah Al fatihah untuk beliau......
Sebenarnya aku telah di tag oleh en me, tag dia berbunyi "why i blog" emmm walaupun aku pernah di tag juga dengan tag sama seperti ini dan aku telah pun menjawab tag tersebut http://faizalpoyan.blogspot.com/2009/03/tag-kenapa-aku-tulis-blog.html maka untuk tidak menghampakan en me aku jawab lah juga.....
Jawapan tag yang lalu aku jawab dgn pantun tapi aku rasa itu bukan pantun.. apa-apa pun org dpt faham apa yang aku nak sampaikan...
Baiklah menyorot kembali, sebab musabab aku menulis blog ini, bermula al kisahnya setahun yang lepas tak kala itu aku kesepian berada di sebuah Pulau iaitu Langkawi, masa itu aku mungkin banyak masalah, aku pun tak mau ingat dah masalah tu....
So masalah yang aku hadapi itu aku curah dan luahkan di dalam blog ini, tak kiralah sama ada masalah cinta, masalah persahabatan, masalah client dan pelbagai lagi lah masalah...
Seperti kalian tahu, aku tak pandai mengarang, cuba anda lihat lah sendiri tatabahasa or nahu bahasa melayu aku yang agak tak betul, terkadang entry aku tak ada titik or koma langsung kalau nak baca mesti baca dengan senafaz...
Wa khulasatol khoul (kesimpulannya) blog ini menjadi tempat aku meluahkan dan mencurahkan segala-galanya, blog ini juga mungkin akan menjadi tatapan aku untuk masa akan datang, setiap apa yang aku tulis ada peristiwa tertentu, mungkin tak kala baca nanti nostalgia itu akan menjenggah kembali ke dalam minda aku....
Sekadar inilah sahaja dpt aku jawab, selanjutnya anda boleh membaca jawapan yang pertama,
Okalah setakat hari ini, aku telah menulis 93 entry dan jumlah pelawat yang sudi menlawat blog aku hampir 3000 pelawat, terima kasih kepada kengkawan sekalian....

Monday, August 10, 2009

MAAFKAN AKU


Assalamualaikum...


Detik pertamuan kita,
tak kala diperkenalkan dahulu,
masih lagi segar dalam ingatanku,
sejak itu kaulah tempat ku mengadu,
meluahkan isi hati yang terpendam dalam sanubari ku,


Setahun kau setia pada ku,
tapi kenapa aku yang berubah hati,
sedangkan kau teman setia di sisi,
memaparkan segala kehidupan senang dan susah ku,
gembira dan sedih ku,


Maafkan aku....
Maafkan aku....
Maafkan aku...


kerana kealpaan aku melupai tarikh penting mu,
kealpaan itu bukan petanda aku melupaimu,
terima kasih kerana kewujudanmu ,
segala pancaroba yang aku lalui kau setia di samping ku,


Maafkan aku...


Emmm bait-bait ayat tersebut tidaklah ditujukan kepada sesiapa sahaja, tetapi aku tujukan khas buat blog tersayang aku ni, kerana pada 6hb Ogos yang lalu genap setahun dia bersama aku,


Aku betul-betul terlupa, tak sangka blog ini sebenarnya banyak membantu aku dlm menenangkan hati aku apa bila aku ada masalah, luahan aku di cni sedikit sebanyak mambantu agar aku tenang..


Sekejap sahaja sudah 1 tahun aku bergelar blogger, dah 92 entry aku publishkan...dan melalui blog ini juga ramai kengkawan blogger aku kenali..

Friday, August 7, 2009

MESIN PADI

Assalamualaikum...

Sebenarnya tak ada apa yang aku nak taipkan kat cni, cuma aku sempat ambil gambar beberapa keping mesin padi...Almaklumlah sekarang ini musim menuai padi kat kampung aku ni, makna kata seminggu lagi semua ahli kampung aku kaya la....

Emm masa aku budak-budak dulu, memang suka sangat naik atas mesin padi, tak kiralah mesin padi tu tengah jalan or berhenti, tapi yang best naik time mesin tu tengah menuai padi...lagi satu masa dulu klu nak tangkap ikan dalam sawah aku selalu ikut belakang mesin padi tapi membahaya....

oklah layan lah gambar tu, mungkin ada kengkawan yang tak pernah lihat or tengok, tu lah rupa mesin padi...


baru nak mula gerak...



di tengah ambil padi sawah ayah aku




haaa tu jerami padi, selalu belakang tulah kami ikut untuk tangkap ikan

hemmm padi pun dah nak penuh dlm tong mesin padi..
sampai atas bumbung pun penuh dgn padi


dah tuang dlm lori kemudia bawa ke kilang untuk di jual
Oklah tetiba aku teringat pulak time aku kursus induksi umum dulu kat ilkap, aku kena buat pengucapan awam, nak tau tajuk apa aku pilih, aku pilih tajuk sawah padi, aku cerita dari awal tanam padi sehinggalah menui, hehehehehe dapat markah antara 10 terbaik huhuhuhu..
emmm wahai orang kampung aku dah dapat duit padi jangan lupa bayar zakat padi .....





Tuesday, July 28, 2009

GENTING OH GENTING

Assalamualaikum...

Agak lama juga aku tak mengupdatekan blog aku ni, bukan apa aku busy sangat, ni pun baru balik dari mendengar taklimat kat Putrajaya....

Emmm tajuk kat atas tu seolah-olah mengambarkan kehampaan aku kerana tiga kali perancangan aku nak ke genting dengan kengkawan aku tidak menjadi, sejak dua menjak ni setiap perancangan aku sentiasa sahaja tidak menjadi..

Nak ke Genting ni aku dah rancang sejak awal bulan Julai ni lagi, mula-mula bercadang nak gi dengan sahabat aku kat kedah ni tetiba dia pulak tak jadi, lepastu bercadang nak gi genting dengan doli pula nyaris dah nak pergi, call hotel tapi penuh so tangguh, masa aku gi putrajaya tu cadang nak gi genting lagi kali ni nak gi dengan doli dan rapi tapi doli pula ada hal so tak cukup korum tak jadi pergi lagi..

Emmm kali ni aku dah tak mau rancang dah nak gi Genting... aku nak tangguh gi genting sehinggalah aku teringin nak gi genting pulak..

Arini juga perancangan aku nak ke karnival kedah sejahtera dengan mainie pun tak jadi sebab mainie ada game kat jitra...emmm minggu ni minggu tak menjadi..

Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah....

Emmm ni tajuk lain pulak...

Result exam PJJ aku dah keluar dua minggu lepas.. tapi hampanya aku result jatuh teruk dek kerana satu subjek sahaja aku dapat C, tapi ramai jugalah student yang jatuh semester ni, di sebabkan UKM menaikkan graf permarkahan...tak apa pertengahan bulan ogos ni bermula Semester 5 aku akan usaha sekali lagi supaya pointer aku naik...

oklah itu sahaja aku nak ceritakan...terima kasih kepada kengkawan blogger yang sentiasa membaca blog aku yang tak seberapa syok ni...

Friday, July 17, 2009

TAHNIAH HANA & FAIZAL

ni umi dan papa


ni pula baby girl

Assalamualaikum...




Seperti yang aku janjikan , entry kali ini aku nak wat khas untuk berkongsi kegembiraan pasangan hana dan faizal kerana hana baru sahaja genap seminggu bersalin dan dapat baby girl...


Hana dulu merupakan pembantu aku kat Langkawi, lapor diri pun sekali dengan aku, suami dia faizal pun sekali lapor diri dengan aku tapi dia di tempatkan di perlis....aku pun tak tahu la bila masa depa ni bercinta, last2 aku korek punya korek terpecah juga rahsia depa ni...


Depa bercinta tak lama pun aku rasa setahun ada kot depa bercinta lepastu bertunang dan kahwin.... bila kahwin terjadilah perkahwinan jarak jauh (PJJ) seorang kat langkawi seorang kat perlis setiap minggu hana akan balik ke perlis....


Masa tu memang hana dok merungut nak tukar tapi waktu tu tak ada kekesongan lagi, biasalah jawatan kami memang terhad,


last sekali bila hana mengandung dan aku dapat tahu ada jawatan baru di wujudkan di perlis aku call kawan aku kat Ibu pejabat, kemudian suruh hana wat surat pertukaran, Alhamdulillah dia dapat bertukar ke mahkamah Perlis...selang beberapa bulan aku pula dapat tukar hehehehe...


Emmmm tu semua kehendak Allah dan rezeki baby... baby tu tak ada nama lagi....


Oklah sekadar itu sahaja....


Sunday, July 12, 2009

DI KL

Assalamualaikum.
Dah tiga hari aku kat KL, sekarang tengah bersiap-siap untuk pendaftaran kursus seni guaman kat Bangi...
sabtu lepas jam 7 pagi aku bertolak dari rumah ke Cheras rumah pak ngah aku, dari kedah sampai lah ke perak hujan je.. dah la aku sorang je dalam keta nasib la aku ditemani dengan lagu-lagu yang aku pasang taklah boring sangat...
Jam 12 tengah hari aku sampai kat cheras mkn tengah hari kat rumah pak ngah aku, jam 3 aku bertolak ke rumah doli kat pantai dalam, lepak jap kat rumah dia, pastu kuar gi am corp mall pastu g makan kat nando"s emmm tapi mulut aku rasa tak sedap pun...dah makan balik semula kerumah doli...
Jam 11 kuar ronda-ronda n lepak-lepak kat KL jam 5 pagi balik tido hmmmm tak pernah aku tido lewat mcmtu....jam 12 bersiap kuar pulak kali ni gi jaya jusco setiawangsa minum kat steven's pastu gi rumah kawan doli,
Malam pula gi Uptown makan malam kat cna....terus balik coz aku letih tido kat rumah doli gak.
oklah saja ja aku nak citer tak ada apa yang penting pun, jap lagi mula kursus dah, kali ni aku tgk pengisian kursus best-best belaka n semua slot penting....
haaa aku nak ucapkan tahniah juga untuk hana & faizal coz dah dapat Baby girl nanti aku wat satu entry citer khas pasai depa

Monday, July 6, 2009

SEORANG PEGUAM


Assalamualaikum...

Emm malam ni aku nak cerita tentang kepeguaman...aku dah jadi peguam dah 2 tahun 3bulan....2 tahun aku jadi peguam kat Langkawi tapi tak banyak belajar sangat tentang kepeguaman ni...

Tapi sejak 4 bulan aku bertukar ke Alor Setar, banyak yang aku belajar tentang jerik perih seorang peguam, terutamanya peguam yang memberi khidmat kepada masyarakat yang tak berkemampuan..

Semalam aku sempat berbual dengan seorang peguam senior dah 25 tahun dia jadi peguam, dia kata nak jadi seorang peguam perlu kepada seorang yang tebal mukanya dan pekak telinganya iaitu seorang yang tak kisah apabila di marah dan seorang yang tak malu di kalayak, baru boleh jadi seorang peguam yang baik...sebab apa dia kata macam tu, kerana seorang peguam terutama peguam swasta ni perlu sentiasa berhadapan dengan klien yang bermacam-macam latar belakang, kekadang peguam kena marah dan maki hamun dengan klien di hadapan hakim pun kena marah tapi dengan hakim la.. muka juga kena tebal kena sentiasa berhadapan dengan apa jua yang datang....

Klien juga kekadang tak faham dengan kerja peguam, bila tak faham selalu nak ajar peguam, bila ada klien mcmni peguam tu kenalah bersabar dan tak boleh menjadi sensitif..

Pengalaman aku sendiri pada pagi tadi, aku kendalikan 13 kes untuk dua dewan di mahkamah Alor setar, Alhamdulillah semuanya aku sempat kendalikan walaupun sekejap ke dewan satu sekejap ke dewan dua...tak apa semua tu amanah yang aku perlu selesaikan...

Tadi last kes aku lawan dengan Peguam swasta, aku wakili Pihak Kenan Tuntut (suami), peguam swasta wakili Pihak Menuntut (isteri), dalam tuntutan cerai taklik atas sebab suami tak tinggal dengan isteri...pagi tadi sampai kepada keterangan saksi pihak menuntut, setelah di soal utama tiba giliran aku untuk soal balas, mcm biasalah aku soal balas nak merosakkan jawapan kepada soalan utama, dua tiga kali aku soal saksi tu tak dengar, hakim minta aku kuatkan suara, aku rasa ramai-ramai peguam kat kedah ni suara aku yang paling kuat, tapi ada juga yang tak dengar.... masa aku soal peguam swasta dok geleng kepala bagi isyarat kepada saksi supaya jawab ( tidak bersetuju) dua kali dia buat aku terus membantah, mcm biasala peguam tu nak pertahankanlah tindakan dia, last sekali hakim minta aku teruskan dan hakim bagitau kalau sekali lagi dia nampak dia akan halau, hehehehe..

Bila selesai aku soal balas peguam swasta soal semula, dalam soal semula peguam tu banyak memberi soalan membimbing terus aku membantah (pada hal aku pun selalu bagi soalan membimbing), dalam dok bertengkar dengan peguam tu tetiba saksi nak pengsan nasib baik dia sempat terduduk atas kerusi, terkejut juga aku, lepastu hakim minta kes ini di tangguh memandangkan keadaan saksi yang tak mengizinkan...

lepas aku keluar dari dewan sambil memimpin saksi tu keluar, Pihak menuntut memarahi aku, macam-macam dia kata kat aku, dia kata aku tanya soalan yang memberi tekanan kepada saksi tersebut dan dia juga bagi tahu, aku juga memberi soalan yang membawa tekanan pada dia semasa keteranggan dia bulan lepas, emmmm biasala soal balas memang mcm tu...tapi dah diorang tak paham mcm2 la depa kata....

Tak apa aku jadikan ini semua sebagai dugaan, nak jadi peguam yang baik, hati kena tenang dan cool, perasaan dendam dan cepat terasa kena buang jauh-jauh walaupun aku ni cepat terasa....

Klu dengan klien pun kekadang kena marah tapi dengan hakim pun kerap juga kena marah, biasa la aku pun baru lagi banyak yang kena belajar, sedangkan peguam senior pun selalu kena marah inikan pula aku... tapi setiap kali di tegur or di marah aku ambil itu sebagai ilmu...

Itu sahaja aku nak ceritakan, jangan fikir jadi peguam ni senang, sangat-sangat lah payah, hati mau jadi orang yang tak kisah dan diri tak boleh ada sifat cepat terasa... huhuhuhu

Friday, July 3, 2009

ORANG KAMPUNG & ORANG TAMAN (BANDAR)

Assalamualaikum.....
Sebenarnya tak ada apa pun yang aku nak menaip kat cni, tapi aku tak mau la blog aku ni di penuhi habuk dan sarang labah-labah..
Apa yang aku nak taipkan kat cni ialah perbezaan antara orang kampung dengan orang bandar atau orang taman...
Aku ada kengkawan yang dari kampung dan ada juga kengkawan yang dari bandar...
Emm apa yang aku nak kongsikan di sini ialah layanan yang diberikan oleh org yang asal dari kampung dengan orang yang asal dari bandar....
kalau orang kampung kebanyakkannya akan meraikan tetamu dengan betul-betul meraikan, sampai je depan rumah terus pelawa masuk, tetamu tak tunggu lama di hadapan pintu rumah sebelum di pelawa, bila masuk di dalam rumah dipelawa duduk dan terus bersembang tanya khabar, kalau tetamu tu baru pertama kali kenal, tuan rumah akan selidik latar belakang tanya asal mana, ayah nama apa ayah keja apa dan sebagainya...
Lepas bersembang, orang perempuan akan bangun ke dapur sediakan air , tak kiralah air bujang ka atau pun apa.... sambil-sambil minum bersembang lagi dan bila habis air di minum, selalunya tetamu akan berkata nak beransur dulu (nak balik la) tuan rumah akan kata awal lagi dok la lama sikit, tapi kita sebagai tetamu perlu la bagi alasan ada kerja lain kemudian keluar daripada rumah, semasa keluar tuan rumah akan berpesan jemput datang lagi dan akan mengirim salam kepada keluarga kita...
Kalau orang bandar ( Orang Taman) tapi tak semua la....bila sampai je depan pagar tetamu kena tunggu lama baru di buka pintu pagar, bila masuk dalam rumah, tak tahu topik apa nak bersembang kena tetamu mula kan dulu, nasib la klu tetamu tu ramah tamah mcm aku, tapi klu tetamu tu pendiam alamatnya sengap la....dah la tak tahu mulakan komunikasi layan tetamu pun tak pandai, dah sampai sejam air pun tak di jamu....last2 balik mcm tu ja... bukan lah nak minum sangat tapi kebiasaan orang melayu bila ada tetamu bertandang kerumah ada la sedikit minuman....
Aku syukur sangat jadi anak watan yang berasal dari kampung, bukan aku nak berlagak yang aku ni orang kampung yang berbudi bahasa tapi memang ternyata orang kampung masih lagi ada nilai kemalayuan berbanding orang bandar yang semakin hari semakin terhakis sifat kemalayuan di dalam meraikan tetamu....
Tapi tak semua orang kampung meraikan tetamu sebaik-baiknya ada juga orang bandar yang pandai meraikan tetamu, tapi lebih ramai yang tak pandai meraikan tetamu...
Aku bukan apa, aku terkejut ja sebelum ni kalau aku bertandang kerumah kengkawan or rumah saudara mara yang berasal dari kampung mereka melayan aku seperti mana keluarga aku melayan tetamu kami, tapi bila aku bertandang ke rumah orang bandar aku berasa lain, kemesraan antara orang kampung dengan orang bandar dalam melayan tetamu sangat lah berbeza....
Apa-apa pun kengkawan semua di harapkan kita dapatlah aplikasikan kembali nilai kemelayuan di dalam kehidupan kita terutama di dalam hubungan melayan tetamu.....
oklah itu sahaja, emmm yang berasal dari bandar jangan terasa pulak ya entry aku kali ni... ingat aku dah kata tak semua orang bandar tak pandai layan tetamu, tapi ramai yang tak tahu layan tetamu kalau nak di bandingkan dengan orang kampung...
Bestnya aku di lahirkan di dalam satu keluarga yang berasal dari kampung, aku terdidik cara kampung yang mementingkan silatul rahim.....
heheheh jangan marah ya orang bandar

Sunday, June 28, 2009

TRANSFORMERS


Assalamualaikum....


Tak ada isu terkini yang aku nak taip, tapi malam ni aku nak cerita sikit tentang sabtu lepas aku gi nonton wayang citer Transformers...


Aku ingat nak gi nonton sorang-sorang ja tapi jam 9.00 pagi sahabat aku hantar masaj, tanya nak gi tengok wayang tak citer Transformers, apa lagi aku pun jawab, wajib aku nak gi tengok jap lagi...


So aku bagitau dia aku nak tengok citer tu jam 3.00 petang, jam 12 tengah hari dia gi beli tiket, bukan apa gi beli awal2 sebab apa yang aku dengar setiap kali tayangan asyik full house,


Aku sampai jam 2.30 petang terkejut aku orang ramai dok tengah beratur panjang nak beli tiket ada yang tak sempat nonton jam 3 tapi kena beli tiket jam 6 petang, nasib sahabat aku tu gi beli awal-awal.


Emm sesampai ja aku kat panggung tu aku gi beli air mineral n popcorn dan terus masuk, tapi sebelum masuk tu aku masuk toilet la dulu....


Citer ni makan masa 2 jam 24 minit, sahabat aku pilih kerusi hujung sekali tepi dinding, aku ok ja tapi aku lebih suka ambil kerusi tepi laluan, emmm mula-mula pembukaan pun dah mula aksi best betul, adalah satu jam 30 minit aku nonton tetiba rasa nak terkendi (terkencing) sesangat nak kuar gi tandas malas sebab nak kena lalu di hadapan penonton, aku tahanlah juga sebab masa tu citer tengah best aksi berlawan, tapi aku memang takleh tahan dah, aku pun bg tau sahabat aku yang aku nak gi kendi (kencing)... so kuarlah aku, bila dah semua selesai aku masuklah balik, masuk je aku nampak sahabat aku tu pun kuar gi tandas rupanya dia pun nak terkendi huhuhuuhu... lepas daripada tu menjadi pengajaran pada dia supaya pilih kerusi tepi laluan senang nak kuar....


Emmm berbalik pada citer Transformers ni, banyak kemunculan robot2 baru yang kelakar seperti robot kembar dan satu lagi robot kecil yang pada mulanya kumpulan jahat tapi penakut dan di tangkap oleh megan fox..yang lawak juga ada robot yang tua pakai tungkat lagi robot tu, aku tak ingatlah nama apa robot tu...tapi robot yang pakai tongkat tulah yang membolehkan optimus prime berlawan dengan ketua penjahat the fallen.


Huhuhuhu macam biasa la aku ni bukan jenis pandai nak karang pasai sinopsis citer ni, aku rasa elok kengkawan yang belum gi nonton cepat-cepat la gi nonton...huhuhu drp sepuluh bintang aku bagi 9 bintang..


Oklah terima kasih untuk sahabat aku yang telah membelanjakan tiket wayang dan belanja mkn KFC bersempena bos dia telah di tukarkan huhuhuhu...


Oklah selamat menonton...


p/s istilah kendi tu merupakan bahasa masa aku ngaji dulu huhuhu kendi bermaksud kencing

Friday, June 26, 2009

KELAMBU


Assalamualaikum...



Hari ini aku nak cerita apa yang aku alami pada jam 3.00 pagi semalam....emmm sedang nyenyak tido aku terjaga dan telinga kiri aku terasa ada sesuatu yang masuk ke dalam lubang telinga aku, maka sahlah bahawa ada serangga yang telah masuk ke dalam lubang telinga aku, tak sakit pun tapi ada dengar bunyi ja dlm telingga aku buatkan aku tak selesa, aku ke bilik air dan masukkan air ke dalam telinga dan serangga tu pun diam aku rasa dah mati, bila aku letak kepala semula di bantal busuk aku, sekali lagi berbunyi seolah-olah serangga tu nak terbang, membuatkan aku tak tahan dan aku bangun bersiap dan terus ke Hospital Yan Jam 3.00 pagi ,baku nak gi sorang ja tapi ayah aku nak ikut juga so bawalah dia sekali... alhamdulillah dalam perjalanan nak ke hospital serangga tu dah diam dan tak berbunyi lagi dalam telingga aku.



Sesampai ja aku kat Hospital dalam 10 minit nama aku di panggil, ada seorang MA yang tolong aku buangkan serangga tu, mula-mula dia guna satu jenis alat dan jolok masuk ke dalam lubang telingga aku kekadang ada juga terasa sakit, emmm dia bagi tahu aku serangga tu ada dekat dengan gegendang telinga aku so dia tak berani nak ambil dengan alat tu... aku dah takut dah...



Selepas tu di bawa aku masuk ke dalam satu bilik untuk aku tido, selepas tu dia guna kaedah tembak telinga aku dengan air memang aku ada terasa sakit, nasib baik sekali je tembak serangga tu keluar sekali dengan air tu, lega perasaan aku, klu tak risau juga...



Emm ni kali pertama ada serangga masuk ke dalam telinga aku sebelum ni tak pernah masuk pula time aku tidur tu...



Sebelum ni aku tidor mesti dalam kelambu, sejak kecil lagi aku guna kelambu, biasalah rumah aku tengah sawah banyak nyamok dan serangga yang kecil yang bertebangan..aku tak tidor dalam kelambu baru dua minggu je sebab aku dah berpindah kebilik baru hehehe.



Tapi selepas kejadian semalam, keesokkannya aku terus pergi beli kelambu, tapi kali ni aku beli kelambu yang seperti kelambu baby tapi besar la, cuba lihat gambar kat atas tu , hehehe aku tak sempat lagi nak gi beli set bilik tidor, saja aku nak wat gempar orang kampung huhuhu depa kalu ada yang beli set tidor ja mesti depa ingat dah tak lambat lah tu nak kahwin huhuhu



emm aku dah fobia, mulai hari ini aku nak tido dalam kelambu, aku risau ada serangga lain pula yang masuk dlm telingga aku nanti..



Oklah sekadar itu sahaja, kepada kengkawan semua jagalah telinga anda dari di masuki serangga kecil atau besar.

Wednesday, June 24, 2009

UPDATE....

Assalamualaikum...
Apa khabar semua kengkawan yang selalu sahaja singgah ke blog aku yang tak seberapanya ini, maaf baru hari ini aku berkesempatan menaip kat blog ni.....
Aktiviti aku terlalu sibuk, aku baru sahaja selesai menghadapi final exam PJJ aku, emmm alhamdulillah ada yang aku boleh jawab dan ada juga yang aku jawab ikut apa yang aku tahu...teringat pula petua sahabat aku si mat rapi tu, dia kata jawab apa yang ditanya jangan jawab apa yang kita tau hehehehe...
Sebelum exam aritu aku bercuti ke KL dan juga ambil kesempatan melawat pak ngah aku, dan sempat juga aku tido semalam kat rumah sahabat aku si dolly, emmm setibanya aku kat rumah dolly aku terkejut beruk, mana taknya baru 8 bulan aku tak jumpa dia aku rasa berat dia bertambah 20kg bukan 10kg seperti yang aku harapkan emmmmm tapi lepasni aku nak dia turunkan berat dia 10kg, nanti aku nak gi jumpa dia, "dolly hg kena turun berat hg ok"..
Berbalik kepada exam aku, emmm seperti setiap kali exam aku akan keluar dr dewan exam awal aku malas la nak tunggu sampai habis masa, dah tak boleh jawab baik keluar kannnnn hehehe...harap2 sem ni aku berjaya juga naikkan pointer aku...
Dah habis exam aku pun kembali bekerja seperti biasalah rutin harian aku, hari ahad bawa kes kat mahkamah Kulim, Isnin dan selasa kat Mahkamah Alor Star hari Rabu Mahkamah Padang terap hari khamis ja aku kat opis sepanjang hari...
Mulai bulan ni Mahkamah Alor Star dah berpindah kesebelah banggunan kat opis aku di Anak Bukit, ada 3 dewan untuk mahkamh rendah ketiga-tiga dewan tu aku kena bawa kes, berlari-larilah aku sekejap kat dewan satu pastu dewan dua pulak pastu dewan tiga pulak.
Hari ini 24 hbln hari yang aku ternanti-nantikan, sebabnya hari ini tanyagan TRANSFORMERS , aku memang minat nak gi tengok setelah Transformers yang pertama dulu aku tengok kat Langkawi dengan Ilyas kawan serumah aku, Transformers yang kedua ni aku nak tengok kat Alor Star emmmm ada sapa-sapa tak yang nak temankan aku nak ajak seseorang dia dok jauh sangat,
InsyaAllah klu tak ada aral sabtu ni aku nak g tengok citer ni klu tak ada sapa-sapa nak join aku pun, aku tetap g tengok gak walaupun sorang2...
Oklah setakat ini dulu nanti aku akan sentiasa update huhuhuhu...lama rasanya aku tak taip berkaitan ragam manusia emm nanti nak taip satu tajuk...tungguuuu
Emmm moga Malaysia Aman makbur bebas merdeka dan di jauhkan dari bala bencana dan wabak penyakit amin

Saturday, June 13, 2009

SEBULAN AKU DAN SESEORANG


Assalamualaikum....


Petang sore yang agak sedikit berjerebu, aku gerakkan jari jemari ini untuk meluahkan isi hati kekesyukuran aku pada ketentuan Allah dan takdirnya...


Sebulan sudah tempoh aku dan seseorang menjadi rapat di dalam perhubungan ini, tak aku sangka begitu cepat tempoh sebulan itu menjelma tetapi Alhamdulillah hubungan kami semakin mekar berbunga dari hari kehari...


Bukan bermakna aku riak untuk menceritakan hal ini tetapi semua kengkawan yang dari dahulu sehingga sekarang mengikuti blog aku, segala kesedihan dan kegembiraan telah aku ukirkan di sini jadi tidak salah rasanya, kali ini aku pahatkan pula rasa bahagia dan kesyukuran ini di sini,


perkenalan aku dengan seseorang sebenarnya telah lama, hasil gosip-gosip yang di lemparkan oleh ramai kengkawan kami, mengakibatkan kami menjadi semakin rapat sehingga suatu saat aku memberanikan diri untuk pergi jauh di dalam hubungan ini, aku memberanikan diri berterus terang kepadanya sebabnya aku tak perlu takut di kecewakan kerana aku telah kerap kali di kecewakan oleh itu kali ini aku terus berterus terang....


Biarlah ceritera aku dan seseorang ini akan aku cerita kan selepas terjalinnya ikatan yang sah, buat masa ini akan ku ceritakan sedikit demi sedikit ...


kepada kengkawan di luar sana tolonglah doakan aku dan seseorang di permudahkan kearah ikatan yang sah suatu masa kelak..


kepada seseorang terima kasih menerima aku yang tak seberapa dan tak seadanya ini, moga kasih sayang yang kita bina ini berkekalan....


Terima kasih ya seseorang......
Bunga kat atas tu khas ku hadiahkan buatmu seseorang


p/s seseorang di sini bermaksud seseorang yang berada nun jauh di sana namun sangat-sangat dekat dihati ini.....

Thursday, June 4, 2009

KL, MEE SANGGOL & EXAM

Assalamualaikum...

Apa khabar semua, emm tiba ja musim cuti sekolah mesti ramai yang balik kampung dan ramai juga yang melangsungkan perkahwinan, kali ni cuti sekolah 2 minggu lama tuuu...ada yang berkahwin ada yang bertunang aku ucapkan tahniah kepada semua yang mengecapi bahagia di saat ini...
Besok Jumaat 5hbln Jun 2009 aku akan bertolak bersama famli aku ke KL mungkin jam 4 pagi kot, tujuannya adalah untuk melawat Pak Ngah aku yang baru lepas operet kesan kemalangan dia dulu, aku gi KL tak lama Ahad bertolak balik dah...untuk pengetahuan semua ni pertama kali aku nak bawa kereta (kelabu) aku ke KL, aku tak pernah drive ke KL harap-harap tak sesat la nak kerumah pak ngah aku tu....
Di kesempatan tu juga aku nak gi melepak kat rumah sahabat aku En dolly, dia dah pesan suruh aku beli mee sanggol dia dah lama teringgin nak makan mee sanggol, aku pun dah beli 3 bungkus mee sanggol untuk dia, sejak study dula sampai sekarang dok minta mee sanggol kat aku hehehe tak pa nanti aku akan publishkan resipi mee sanggol pulak kat sini ok hehehe, aku maybe p rumah dia ari sabtu dan aku dengan dia akan cuba goreng mee tu hehehehe biasalah orang bujang goreng seringkas yang mungkin hehehehe aku pun dah lama tak makan mee sanggol ni..dulu mak aku selalu juga goreng tapi sekarang tak dah..
Aku akan ke rumah dolly dengan kawan aku seorang lagi si mat rapi....hehehe lama dah aku tak melepak dengan depa, terakhir kali aku jumpa dolly tahun lepas, aku rasa berat badan dolly mesti tambah lagi 10 kg "hang nak besaq tara mana lagilah dolly oooiii"
Hari Ahad aku nak bawa mak aku ke Nilai 3 dah lama dok bersunggut kat aku nak p Nilai 3 so kali ni aku nak bawa dia pergi.. pastu terus balikke Kedah..
Oklah mulai Ahad depan aku akan bercuti dari semua perkara, aku tak akan pergi keja dan aku mungkin tak aktif berbelog selama seminggu lebih kerana mulai 11hbln ini hingga 14hbln aku ada final exam untuk PJJ aku lepastu 20hbln dan 21 hbln exam lagi...
11hbln Jun 2009 aku akan menghadapi kertas soalan Usul Fiqh dari 9.00am sampai jam 11.ooam lepas exam aku nak gi kenduri rumah Rozana di padang sera kedah..
12hbln Jun 2009 exam subjek Sejarah Undang-undang Islam mula jam 9.00am juga masa 2 jam
13hbln Jun 2009 subjek Sistem Undang-undang di Malaysia subjek ni kegemaran aku hehehe
14hbln Jun 2009 subjek Perkembangan sains dan peradaban subjek ni jawapan objektif
emmm 4 hari berturut2 exam so aku ambil cuti satu minggu nak baca buku tak tahu lah sempat
habis ka dak baca buku tu, tp tahun 2 lepas sempat ja..
20hbln exam bahasa arab pulak haaa subjek ni mencabar assgmnt pun tak siap lagi tarikh ni aku kena hantar assgmnt ..
21hbln aku last exam bhs inggeris hmmm ..
oklah hempa semua tolonglah doakan aku ya, ,doakan semoga aku selamat sampai dan pulang dari Kl dan doakan aku berjaya di dalam final exam aku ok
terima kasih semua kerana sudi membaca blog aku...

Tuesday, June 2, 2009

Hmmmmm

Assalamualaikum...
Sejak dua menjak ni aku ditegor pelbagai pihak, emmm banyak juga kesilapan aku buat, aku ingat perkara tu kecil sahaja tapi besar juga....
Lepas ni aku perlu berhati-hati atas semua perbuatan aku, imej aku dah tercemar so aku perlu buktikan segera dan mengikis imej yang tercemar tadi kepada lebih baik...
Manusia diciptakan oleh Allah dengan sifat baharu iaitu berubah-ubah, sikap manusia tak menentu kekadang baik dan kekadang kurang baik, kekadang betul dan kekadang salah, manusia ada kelebihan dan kekurangan...
Apabila ditegor perlulah segera berubah dan beriltizam tidak akan melakukannya lagi, aku harap kepada kengkawan yang kenal aku jgn di tanya sebab apa aku ditegor ok manusia tidak lari dari melakukan kesalahan...
Oklah cukuplah setakat itu, di sini aku nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Razif iaitu jiran sekampung aku yang telah melangsungkan pernikahan pada ahad lepas dengan pasangannya nazira, kedua kepada Rosmainie (ros) kawan sepejabat aku masa kat Langkawi dahulu dengan pasangannya helmi, aku sempat pergi kenduri sebelah suami dia ari isnin aritu dan seterusnya kepada Rozana kawan sepejabat aku di Langkawi bersama pansangannya emmm aku lupa nama bakal suami dia yang akan di akad nikahkan pada 6hbln ni....insyaAllah klu tak ada pa aral aku akan pergi kenduri dia pada 11hbln ni..
Emmm bila lahhh masanya pulak aku nak rasa nasi minyak aku sendirii niiiiii......"seseorang" bila nak bagi keputusan ni hehehehe...rasa terdesak pula nak nikah huhuhu...
Oklah aku doakan kepada semua pengantin baru ni moga berbahagia sehingga akhir hayat ok doakan pula jodoh aku ya.......

Thursday, May 28, 2009

AYAM MASAK LENGKUAS

Assalamualaikum...

Dah banyak hari aku tak update entry baru kat blog aku ni, sebabnya aku tak ada modal nak menulis maybe aku busy dengan kerja kot n keadaan aku sekarang ini ok hepi dan bahagia hehehehe....

Memandangkan aku tak dak ilham untuk menulis, so pagi jumaat penghulu segala hari ini, buat julung-julung kalinya aku nak kongsi satu menu yang mudah, maybe hempa dah pernah buat tapi aku tak kira aku nak share juga ..

Ayam masak lengkuas emmm mak aku selalu masak menu ni....aku sebagai anak sulung kekadang kena tolong mak juga kat dapur...hehehehehe dah besar ni aku just tolong rasa ja yang mana tak cukup garam n gula aku komplen hehehehe...

Baiklah kat bawah ni aku senaraikan bahan-bahannya:
1- sebelah ekor ayam
2-10-15 biji cili kering
3-lengkuas sederhana besar
4-serai dua batang
5-bawang besar satu labu
6- 4 sudu sos cili
7-garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya, macam biasalah basuh ayam tu dulu sehingga suci hehehe pastu gaul ayam tu dengan kunyit dan garam dan goreng dahulu, kemudian bahan 2-5 di kisar sebelum itu cabai kerang elok di goreng atau di rebus terlebih dahulu baru di kisar bersama bahan-bahan lain..

Tumis bahan-bahan yang di kisar tadi kedalam kuali yang berisi sedikit minyak (sedikit je tau nanti banyak kolestrol pulak) bila dah tumis bahan-bahan tadi dan masukkan sos cili, garam dan gula secukup rasa selepas lebih kurang lima minit masukkan ayam, dan bila ayam tu berada di dalam kuali selama lima minat boleh lah di hidangkan..

Emmm minu ni sesuai di makan waktu tengah hari dan boleh juga di hidang bersama ketupat, bau lengkuas dan serai tadi sangat-sangatlah membangkitkan nafsu makan tak caya cuba try...

Hehehe sebenarnya aku baru je selesai masak menu ni, ni tak sabar-sabar nak rasa mesti sedap air tangan aku yang buat hihihihi.....

oklah selamat mencuba sebarang kemusykilan dan pertanyaan sila ke komen

Monday, May 25, 2009

SYURGA CINTA


Assalamualaikum...

Emmm sapa yang dah pergi tengok citer syurga cinta sila angkat tangan hehehehe...khamis lepas aku gi tgk citer ni kat ct Plaza Alor Setar berdua dgn "seseorang" hehehe jgn di tanya siapa dia... emm masih dalam rahsia...


cerita berkonsepkan cinta islamic, sesuai ditonton oleh setiap pasangan yang belum kahwin, yang sedang hangat bercinta, cerita ni boleh di adikan ikutan untuk saling cinta mencintai berlandaskan Islam..


Ada sedih, ada lawak dan merangkumi semua perasaan....emm "seseorang" itu menangis time sedih dalam cerita tu.. aku pun sedih hehehehe..


Aku cadangkan sesiap yang masih belum menonton ,gi lah tengok best sangat, tahniah kepada david dan idham yang memertabatkan cerita seperti ini, banyakkanlah lagi cerita-cerita seperti ini..


Hmm satu ayat yang aku terasa ialah jgn kita berdua-duan antara lelaki dan perempuan kerana ada yang ketiga ialah syaitan hehehehe...


Satu lagi ayat yang aku ingat dlm hidup kita ada 3 jenis jodoh

1- Jodoh Syaitan

2- Jodoh Jin

3- Jodoh Tuhan


Klu nak tau apakah jodoh-jodoh tu gi lah tengok sendiri takkan aku nak cerita kot, lagi pun rugilah klu aku cerita sebabnya aku byr RM8.00 untuk tgk citer ni heheheh jgn marahhhh..

Friday, May 22, 2009

GAMBAR PERSIDANGAN DI CHERATING



Assalamualaikum..

seperti dijanjikan di bawah ini aku paparkan beberapa keping gambar yang ketika persidangan kamai kat Cherating..

layanlahhhhh okkkkk...


ok ni aktiviti pertama kami menari poco-poco dan sukaneka

yang ni pula time aku bertungkus lumus berebut kerusi emm dpt naib johan je , ala bg la org lain menang

yang ni pula aku tak tau la permainan apa, yg dok senyum tu kak ina satu opis dengan aku


ha ni time aku tgh pulun tarik tali tapi kalah sebab ada org kata kumpulan satu lagi main kecoh sepatutnya 10 org tapi depa 13 org, penat sangat sampai sakit badan2


MB Pahang yang spoting gila tengah nyanyi untuk kami

hmmm ni dalam bas nak betolak ke Taman negara pejalanan 4 jam

sampai je terus kena naik bot untuk ke Taman Negara


bila sampai je ke Taman negara kena daki bukit, meniti anak-anak tangga aku gagahkan jua untuk sampai klu tak malu je, tu kami tgh berehat sementara mendengar taklimat, masing-masing kepeluhan.



ha ni pula gambar atas canopy walkway , lihat kedua-dua belah tangan aku memegan tali tu dgn sekemas-kemasnya, tu tengah berayun tu, senyum tu cover ja hehehe


ni atas bot on the way nak gi ke pekampungan orang asli



mereka sedang melihat menderu menyumpit

ni gamabar las masa makan malam bersama KP tema mlm tu retro hmm aku sebenarnya tak tahu nak pakai apa, tu la aku pakai baju kotak2 lipat ckit kat lengan baju tu, satu je tak ada sapu tangan untuk diikat di leher

oklah itu sahaja yang aku dpt tunjukan gambar okkkkk

terima kasih sebab layan tengok gambar2 ni