Sunday, September 28, 2008

RAYA

Assalamualaikum.....

Ramadhan tahun ni rasa sekejap je tanpa disedari dah 29 hari kita berpuasa....hmmm moga puasa kita pada tahun ini diberi ganjaran oleh Allah...

petang nanti aku akan balik kg untuk berhari raya, walaupun kg aku dengan langkawi tak lah jauh sangat tapi terasa lah Balik kampung..

hmm baju raya aku yang warna unggu, yang aku tempah sebelum puasa dah siap emmm tunggu masa je nak pakai bersama kain pelikat warna unggu gak hehehe biasa la org kampung selalunya pakai baju melayu dengan kain, jarang nak pakai sampin...klu pakai sampin haaa adalah yang dok mengata...

seperti kebiasaannya setiap kali raya, tak kira raya puasa ka raya haji ka tugas aku adalah membaca Khutbah kat surau aku....hmmm risau lak tak dak pelapis nak ganti aku untuk baca khutbah nanti...

Duit raya aku dah masukkan ke dalam ampau, untuk sepupu sepapat aku RM3.00 untuk nek aku tok n tok wan aku RM10 seorang hehehe janji ikhlaskann..

hmmm tahun ni dengar kata mak aku nak tukar manu, daripada mee rebus setiap tahun ke nasi ayam pulak, tapi aku dah wat bantahan awal untuk kekalkan mee rebus tu tapi di tolak dengan majoriti adik-adik aku hmmm tak pa..nasi ayam pun nasi ayam lah tapi raya ketiga mee rebus kena ada gak...

oklah kepada semua sahabat-sahabat yang sudi baca blog aku, aku nak minta ampun kalau ada salah dan silap ya...

selamat hari raya semua....jemput la mai raya ke dangau aku yang kat tengah bendang tu ok ..

selamat bergembira...

5 comments:

anap_ilmi said...

Selamat Hari rayer poyannnnnn..jmpe g nnt..jgn lupe aku!

farah aminuddin said...

waaa bagusla.. tukang baca khutbah time raya..hehe..
selamat hari raya~!

anap_ilmi said...

dah balik jordan dah neh..jgn lupe lawat2 blog aku k?

Faizal@poyan said...

to anap..

selamat hari raya gak untuk ko...

study rajin2 yaaa jumpa lagi nanti...

Faizal@poyan said...

to farah...

hehehehe selamat hari raya gak