Wednesday, October 22, 2008

KERJA AKU

Assalamualaikum.....

pagi ni aku nak cerita mengenai kerja aku sebagai Peguam Biro bantuan Guaman sebabnya Along kawan aku tu minta aku cerita macamna aku kerja.....

hmmm klu nak ikutkan tahap pengajian aku setakat diploma aku tak layak untuk jadi peguam untuk berguam di mahkamah tetapi Alhamdulillah aku di lantik untuk menjawat jawatan Penolong pegawai Syariah LS27 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan di tempatkan di Biro Bantuan Guaman (BBG) sebab tu la aku boleh berguam di mahkamah.

penjawat yang di lantik untuk jawatan macam aku layak untuk berguam di mahkamah sebab dah termaktub di dalam Akta Bantuan Guaman... tapi klu aku di tempatkan di mana-mana mahkamah aku hanya akan jadi seorang penolong pendaftar mahkamah..Alhamdulillah satu kelebihan la aku di tempatkan di BBG sebab boleh bawa kes dan peguam memang cita-cita aku dari dulu lagi..

ok kat BBG ni aku banyak bawa kes-kes Syariah seperti cerai taklik, fasakh, mutaah, Nafkah eddah, Nafkah anak dan Kuat kuasa perintah nafkah...

BBG ada bidang kuasa tersendiri kami bantu bawa kes untuk client yang berpendapatan 25 ribu kebawah setahun..bayaran yang di kenakan ialah RM2.00 untuk satu fail..

selalunya bila client dtg ke BBG kami buka fail dan client tu jumpa aku untuk penyiasatan atau khidmat nasihat, selepas tu kami akan hantar notis 14 hari kepada pihak lawan untuk hadir ke BBG jika tak hadir @ kes tu memang boleh menang kami akan failkan terus kes kemahkamah...

sebelum failkan kes ke mahkamah wajib setiap tuntutan bermula dengan penyata tuntutan @ afidavit hmmm penyata tuntutan ni selalunya pembantu aku yang akan draf dan aku akan semak klu ok boleh terus failkan ke mahkamah dan tunggu kes itu bila tarikh sebutan di mahkamah. Bila dah tahu tarikh sebutan aku akan turun ke mahkamah untuk sebutan untuk mengetahui samaada saman telah sempurna ataupun belum, kalau sempurna pohon untuk bicara penuh walaupun pihak lawan tidak hadir klu tak sempurna pohon saman sekali lagi samaada ke alamat baru atau Iklan di akhbar (untuk cerai sahaja).

perbicaraan ada dua jenis
1. perbicaraan sebelah pihak (plaintif sahaja)
2. perbicaraan dua belah pihak (plaintif dan defendan)

perbicaraan jenis pertama mudah je sebab sebelah pihak ambil keterangan plaintif dan kemudian keterangan 2 orang saksi. aku tanya soalan depa jawab. lepastu aku pohon untuk pergulugan hujjah dan kemudian keputusan.

perbicaraan jenis kedua ni payah dan lambat sikit klu defendan ada peguam dia sendiri, masa nak ambil keterangan Plaintif aku akan soal utama lepas tu peguam defendan soal balas lepas tu aku soal semula lepas habis keterangan plaintif baru keterangan 2 orang saksi. kemudian baru keterangan defendan, peguam dia soal utama aku soal balas dan peguam dia soal semula dan lepastu baru saksi defendan. lepas habis bicara tu peguam defendan pohon untuk pergulungan hujjah lepastu aku balas balik pergulunggan hujjah dia pastu dia akan jawab balik hujjah aku dan akhir sekali baru keputusan.

hmmm macam tu la kerja aku kat BBG ni tapi kat langkawi tak banyak kes sangat aku banyak bawa kes untuk bicara sebelah pihak je cuma ada dua kes je yang aku bawa melibatkan dua belah pihak.

jangka masa untuk perbicaraan sebelah pihak hanya 3 @4 bulan tapi jangka masa untuk bicara dua belah pihak boleh sampai setahun lebih.

kehidupan aku klu tak ada kes kat mahkamah aku dok kat opis tunggu klu ada client mai aku bg nasihat kalau tak ada client aku wat hujjah atau aku layan blog aku atau berforum dan kerja-kerja opis yang lain la

sebenarnya aku nak tukar ke BBG A.Star kedah sebab kat cna boleh belajar banyak lagi mengenai guaman ni klu kat langkawi tak banyak belajar sangat sebab kes sikit..tapi jawatan aku tak ada kosong lagi kat situ...

aku nak ucapkan terima kasih kat En yusman yang banyak mengajar aku macamna nak kendalikan kes sampai aku dah pandai ( terima kasih en yusman).

oklah maaf entry ni terlalu panjang, klu ada soalan boleh la tanya aku kat ruagan komen ok..

terima kasih membaca

5 comments:

Hafiz Aziz said...

saye nak tanya soalan...klu kalah kes camne?

anap_ilmi said...

erk...xske la jd undang2 man...xske hidup ada law2 nih...subjek law pun nk muntah..yuck..ahakz

Faizal@poyan said...

to mikagimi

hmmm klu kalah tengok alasan penghakiman mau klu kata alasan hakim tak berapa kuat kita boleh wat rayuan di mahkamah rayuan...

setakat aku kalah la ni memang alasan hakim kuat...

hmmm klu client kita tak puas hati dia boleh jumpa lawyer lain dan buka kes menggunakan matan yang barlainan...

Faizal@poyan said...

to anap..

hg tau sebab apa hg boleh jd nak temuntah sebabnya dulu hg tak belajar undang-undang masa diploma dulu....

hidup tak berpandukan law ni tak lama lagi sesat la...

anap pesan aku berhati-hati

Unknown said...

Salam tuan..nk tny pnglaman tuan..kebiasaan kes fasakh amik ms brp lama??tuan ada email x??sy nk tny beberapa soklan personal