Saturday, November 8, 2008

BIRTHDAY OPIS

SALAM...

Apa khabar semua hmmm aku la ni rasa macam tak dak ideal nak menaip kat blog aku ni ,, ntahhh la sebab apa... mcm nak tutup je blog ni ..tapi klu tutup nanti anak cucu takleh nak baca pulak blog aku....

Pagi ni saja ja aku nak cerita pasai sambutan hari lahir semua staff bbg langkawi untuk tahun 2008...hmmm setiap org kami akan buat kejutan sempena birhtday depa....

Di mulakan dengan sabutan birthday Ghafar bulan januari lepas dan last birthday Ummu bulan November...

Oklah aku nak cerita pasai sambutan birthday Ghafar dulu... hmmm birhtday dia 11 januari, birhtday dia kami tak buat kejutan kami cuma buat makan-makan dan potong kek ja kat EE burger tapi ok la best juga....






26 Mac pula birthday Fida ...emmm kali ni kami nak buat kejutan, tapi tak jadi la pulak coz dia nampak kami buat persiapan tu... birthday dia kami buat kat opis je makan nasi ayam dan kek, ingat tu nak main baling-baling kek tapi takut sat lagi kotor lak opis hehehe...





Cuba teka 26 April birthday sapa????? hehehe mesti la birthday tuan punya blog ...hmmm birthday aku di advance coz 26 hbln tu jatuh hari sabtu so depa buat 24 hbln ari khamis... time birthday aku memang kejutan depa menjadi... aku tak sangka yang depa akan buat advance...masa kejutan tu aku ada dalam bilik aku tengah dok berinternet tetiba nampak ada orang bawa kek (hmmm macam orang nak meminang je) semua staff masuk dalam bilik aku... terkejut beruk la juga aku...lepas kejutan tu kami potong kek dan makan...

masa tengah hari pulak kami turun... sebab bawah pejabat kami ada satu Restoran Wan Thai... Restoran ni memang terkenal kat langkawi kami makan kat situ bersempena juga majlis perpisahan seorang staff yang bernama Zu dia dapat kerja kat selangor..




kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat kawan-kawan satu opis aku ni coz sudi buat kejutan dan beli kek untuk aku...
ni first time aku di beri kejutan sempena birthday aku, sebelum ni just beli kek ja, aku juga nak ucapkan terima kasih coz ada juga kawan-kawan aku yang ucapkan birthday kat aku .....

oklah seterusnya birthday hannah 1 June emm birthday dia kami tak sambut ..coz kami sambut dengan majlis perkahwinan dia hehehe kami satu opis pergi kenduri kat rumah dia di merbok...cukup meriah kenduri dia...






14 Ogos birthday zana hmmmm ada kejutan juga siap rakam lagi.....sambut birthday dia kat opis ja macam biasa makan nasi ayam yang di tempah kat kafeteria ikhwan.....











bulan oktober giliran birthday rose tanggal 5 hbln...dah lupa dah la macamna kami buat kejutan untuk dia tapi yang penting ada la kejutan juga untuk dia...








ok bulan November dan last sambutan birthday kat opis kami birthday Ummu...hmmm untuk pengatahuan ummu ni ...dia ni bendahari opis serta biro makanan kami so apa-apa sambutan dia akan mulakan dulu dengan kutipan RM10 untuk buat majlis sambutan birthday....hehehe birthday dia 6 hbln....so baru-baru ni kami buat kejutan untuk dia, dia ingat kami dah tak ingat birthday dia coz tak ada siapa pun wish kat dia..... masa dia asyik dok bergayut kami pun mula la operasi lepas habis bergayut.... dah ada org bw kek untuk dia,, sambil menyanyi lagu birthday kat dia tapi aku tak nyanyi pun...perluka
ok cuma zaini je kami tak buat majlis birthday kat dia pasai dia baru je masuk kerja ...birthday dia pulak bulan Januari...so kena tunggu tahun depan laaa
oklah kepada kengkawan yang dah bekerja kalau kat opis hempa belum buat mcmna kami buat di persilakanlah buat majlis seperti ini...
memang best...oklah moga kita semua di rahmati dan di lindungi serta di beri ke ampunan oleh Allah...

8 comments:

Princess Liyana said...

huhu..happy belated birthday bro..sorry..ngak tahu..;p

geram je tgk kek2 tu..;)

Faizal@poyan said...

to yana...

alah enggak papa kok...

Anonymous said...

salam

hehe nape byk sgt 'bunga' kat opis awak eik??? :)

> hepi belated besday juge...

Faizal@poyan said...

to manja..

tak tau la mungkin kumbang kat opis ni bernasib baik kot...emm tapi semua tu dah berpunya...ada yang dah kahwin ada yang dah bertunang dan ada yang dah berboypren...

yg kumbang still solo hehehehe...

tq

tasikmerah said...

ramainya aweks.

he he.

anap_ilmi said...

best giler keje..ader surprise2...bile lew aku nak keje lak neh..lmbt g

Faizal@poyan said...

to tasikmerah

hmmm ramai awek tapi semua tu dah berpunya...melopaz la eden

Faizal@poyan said...

to anap...

alah sabaqqq la nanti hg kerja la,,, la ni ngaji bangi pandai2 dulu