Sunday, January 4, 2009

AWAL TAHUN

Assalamualaikum....

alhamdulillah bersyukur atas nikmat yang telah di limpahkan oleh Allah kepada aku kerana dapat menghirup udara pada tahun 2009..

tahun 2008 adalah tahun yang mencabar pada aku dari segenap sudut tetapi aku bersyukur kerana itu semua adalah pengalaman yang berharga yang allah telah anugerahkan kepada aku..

tahun 2008 juga aku baru mula menulis kat blogspot, sejumlah 38 entry aku hasilkan dan hampir 700 pelawat yang melawat blog aku, sebetulnya aku wujudkan blog ini adalah untuk aku meluahkan isi hati dan menceritakan kehidupan aku kat sini tetapi Alhamdulillah ada juga sahabat-sahabat yang sudi melawat blog aku yang tak seberapa hebat ni terima kasih ya..

InsyaAllah tahun 2009 aku akan cuba teruskan untuk menulis kat blog ini , segala coretan kehidupan aku akan aku abadikan di sini agar aku dapat baca kembali pada masa akan datang..

ini adalah entry pertama aku untuk tahun 2009,

ada beberapa azam yang perlu aku berusaha untuk aku kecapi pada tahun ini selain drp kerjaya dan study aku ada lagi yang aku harapkan iaitu aku harap pada tahun ini aku dpt keluar daripada pulau langkawi dan di tukarkan ke BBG kedah dan emmm yang penting aku nak turunkan berat badan aku demi menjaga kesihatan oklah sekadar ini sahajalah...

moga kalian semua berjaya dan berbahagia selalu amin....

2 comments:

Yana Ismail said...

huhu..smoga smuanya tercapai bro;)huhuhu

Faizal@poyan said...

to yana

tq