Tuesday, February 17, 2009

MAAFKAN AKU

Assalamualaikum......

"kerana pulut santan binasa
kerana mulut badan binas"

" terlajak perahu boleh di undur
terlajak kata buruk padahnya"

Emm nak tau dak sebab apa aku tulis pantun kat atas tu, sebabnya ada berlaku satu perkara yang telah aku lafazkan dan mengakibatkan satu pihak yang lain terasa sedih......

Aku rasa elok aku berikan sedikik fakta kes terhadap isu ini...

Beberapa hari yang lalu aku berkenalan dgn seseorang ni, sebelum ni memang aku tak kenal dia cuma dia ni jadi kawan aku di alam maya je....bila dah mula bersms dan berYM aku cuba nak mengenali dia lebih dekat, ari pertama kami berhubung aku cuba bertanya nama dia, tapi dia tak bersedia lagi nak bagi tau aku, so ok la klu mcm tu , untuk pengetahuan, aku panggil nama dia dgn menggunakan nick name dia ja...

Ari kedua lak aku tanya dia study kat U mana dulu, tapi jawapan yang sama juga dia bagi, pastu aku tanya la umur dia lak sama juga jawapannya.....untuk dua hari yang berlalu tu kami banyak bersembang hal-hal biasa-biasa ja...

Ari ketiga kami just berYM, macam biasa la aku tanya la balik soalan-soalan yang dia tak jawab, tapi dia kata dia masih tak bersedia lagi... lepastu aku bgtau la dia, aku lebih suka orang yang berterus terang, aku bagitau dia tujuan nak berkenalan mestilah kenal sedalam-dalamnya, lepastu dia bgtau aku, katanya dia memang macam tu coz dia tak suka dedahkan privacy dia kat orang lain....

Tetiba aku balas balik, aku terkata dia tak ikhlas nak berkawan dengan aku, sebab tak berterus terang, tetiba dia sedih aku kata macam tu.......

Tu lah sebabnya mulut aku ni berbisa sangat, kan dah menyakit ati orang lain.....mungkin juga aku ni terlalu memaksa, dan tak ambil kira mungkin dia ada sebab-sebab tertentu kenapa dia tak boleh cerita tentang hal peribadi dia kat aku.....

Kepada si dia yang mungkin terbaca entry ni, apa yang aku boleh katakan, aku nak minta maaf sekali lagi atas kelangcangan mulut aku ni....

Mungkin aku tak boleh jadi kawan si dia atas sebab mulut aku ni akan membuatkan si dia akan sentiasa sedih...

ammm "awk, awk akan sentiasa menjadi kawan saya duania akhirat" sekali berkawan selama-lamanya jadi kawan...

Jauh di sudut hati, saya nak mempersoalkan keikhlasan awk.... sedangkan dalam hati saya ingin sekali beranggapan awak betul-betul percayakan saya dan ikhlas untuk berkawan dgn saya...

Tak apa lah saya nak wat macamna, saya dah minta maaf dan saya pun dah bagi tau, awk sentiasa jadi kwn saya..

Oklah kepada semua kengkawan aku yang dah biasa dgn kelangcangan mulut aku ni, aku minta maaf ok....hempa semua tetap kwn terbaik aku sebab hempa boleh terima aku dan sikap aku serta kelangcangan mulut aku hehehehe oklah

kepada si dia aku doakan semoga dia berbahagia dan sentiasa di bawah rahmat kasih sayang Allah dan moga dia menemui sahabat yang lebih baik drp aku...amin3..





6 comments:

en_me said...

pergghh, syahdunyerrrr.. harap harap dierr tak mencari yg lainnns.. uhuhu

Faizal@poyan said...

to me..

siapalah aku untuk memintal-mintal buah-buah di awanan yang biru....che wahhh

farah, s. said...

mesti sidia tu terasa ea.. insyaAllah nnt everythings gonna be fine

Faizal@poyan said...

to farah..

harap-harap la emmm sy ni dah la tak pandai pujuk emm

Yana Ismail said...

alaahai sabar ek bro?mm

Faizal@poyan said...

to yana...

emmm sabar lah ni tapi saya rasa bersalah sgt kat dia...