Wednesday, February 11, 2009

MENGALAH BUKANNYA KALAH

ASSALAMUALAIKUM.....

Setiap daripada kita pastinya ada ego masing-masing tak kira lelaki ataupun perempuan,

kekadang ego ni membawa kehancuran, ada pelbagai perbutan yang menunjukan sifat ego seperti bermegah-megah, sukar nak ucapkan maaf dan lain-lain lagi..

Orang yang ego ni, kita je kena mengalah. tapi tak apa mengalah bukannya erti kalah, tak rugi apa pun klu kita mengalah.

Pengalaman aku berdepan dengan orang yang ego, terutamanya suami klien aku la... si isteri menuntut cerai sebab perangai suami yang suka mabuk, bila mabuk si isteri jadi mangsa di pukul sehingga cedera, bila panggil si suami datang untuk berbincang betapa egonya si suami ni tak mahu menceraikan si isteri, si suami nak biarkan si isteri hidup tak bergantung...tapi last sekali keputusan mahkamah berpihak kepada isteri,

Alangkah bagus jika si suami tadi mengalah dan menceraikan si isteri, jika dari awal lagi si suami setuju nak cerai tak la dia habis beribu-ribu ringgit nak lantik peguam, jika kes tadi si suami menang aku rasa si isteri tak akan balik nak bebaik dgn suami seperti dia...

Ada juga kes yang aku terima si isteri tuntut cerai tapi senang je si suami setuju, aku tanya sebab apa dia setuju, dia bagi tahu, buat apa dia tanggung dosa isteri dia, lagi pun dah isteri tak suka dengan dia biarlah dia mengalah walaupun talak di tangan suami, klu dia tak setuju nak cerai pun si isteri bukannya nak bebaik dah dengan dia rumah tangga pun tak bahagia sedangkan motif perkahwinan tu adalah untuk bergaul baik-baik...

Emm ni kes aku pulak, aku ni asyik mengalah je dengan kawan-kawan aku, tapi ok la klu aku tak mengalah maybe sekarang ni masih lagi putus sahabat tp semuanya dah ok bila aku mengalah, lepas aku mengalah baru aku tahu bahawa salah faham yang menyebabkan putus sahabat...

Oleh itu kawan-kawan ku sekalian, tak salah untuk sekali sekala kita mengalah bukannya rugi apa-apa pun maybe klu kita tak mengalah kita akan rugi...

walaupun aku kerap mengalah dengan kwan-kawan aku, tapi ada juga kawan-kawan aku yang selalu mengalah dengan aku....hehehe terima kasih la mengalah dengan aku klu tak mesti kita dah berputus sahabat hehehe...

Oklah emmm arini 12.2.2009 movie upin & ipin dah di tayangkan aku tak sabar-sabar nak p nonton heheheh InsyaAllah klu tak ada apa-apa kami satu opis akan pergi menonton...

Oklah ingat satu ketika dan satu keadaan kita kena mengalah, kepada yang rasa dirinya ego cubalah mengalah dan memaafkan tak rugi pun sebanarnya... ok




3 comments:

Anonymous said...

betul tu... beralah bukan kerana dah kalah tapi lebih kepada kebaikan semua... :)

Princess Liyana said...

btol tu bro..mgalah bukan kalah...hmm..hehe layan jgak upin ipn huhu

Faizal@poyan said...

to manja...

ya betol lain kali manja kena mengalah ok huhuhu

to yana...

mesti la layan,
layan layan layan