Tuesday, May 19, 2009

10-14 MEI 2009

Assalamualaikum..

Lama sudah aku tak menulis kat blog aku ni, kesempitan waktu membatasi hobi aku, aku baru sahaja menggunakan perkhidmatan broadband drp celcom, oklah agak laju juga...tak sangka rumah tengah sawah pun dpt broadband..


Baiklah aku sebenarnya nak cerita aktiviti semasa persidangan yang lepas kat cherating..aku akan cerita mengikut tarikh


10 Mei 2009


Iaitu hari Ahad, dua buah kereta kami bergerak ke Kuala lumpur dahulu, aku naik Avanza ustaz badri dan sebuah lagi pesona Azizi, dalam kereta Avanza hanya aku, ustaz badri dan cik Rosdi dan kerata persona azizi dan mirol, depa semua mai jemput aku dulu kat Gurun di restorun NHD JINGGO restorun mak su aku, dari Gurun kami betolak jam 2 petang,



Jam 7.30 mlm kami sampai kat Hotel Heritage Kuala lumpur ala hotel dlm bangunan KTMB tu la, ala-ala zaman penjajah suasanan dalam bilik hotel tu, hmmm kami ambik bilik keluarga ada tiga katil besar dan satu katil kecil, sesuai untuk 5 orang. yang paling menarik lif kat hotel tu memang lif lama hehehehe



Lepas berehat mandi apa semua, kami keluar gi makan sate tapi bukan kat kajang, kami mkn sate Hj samuri kat Bandar Baru Bangi tempat lepak aku masa hujung minggu time aku study dulu...emmm kebetulan kwn aku si mat rapi tu tinggal kat bangi so apa lagi aku call lah dia jumpa mkn sate sekali..



Dah habis mkn apa semua, kami gerak balik ke Hotel mata dah ngantok terus tidor...


11 Mei 2009



Jam 9.00 aku turun sarapan dan lepas tu aku gi melawat pejabat mat rapi kat Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur..



jam 10.30 kami keluar hotel dan terus ke Cherating dengan gunakan lebuhraya timur barat, jam 2.30 sampai kat cherating di hotel the lagend, aku dpt bilik 601 hujung sekali, aku dok sekli dengan yazid LS27 Putrajaya, tetiba hujan dengan lebatnya budget program sukaneka akan di batalkanlah tapi hujan berenti pula..so kena la gi tepi pantai, aku satu kumpulan dengan TKP syariah Tuan Sa'arani.



Emmm mula-mula kami menari poco-poco, ni kali kedua aku menari poco-poco tapi tak pandai-pandai main redah ja.. tapi best semua ok ja..


Dan sukaneka pun bermula, aku dah chop nak main rebut kerusi dan tarik tali, kedua-dua tu aku dpt naib johan je oklah tu drp tak menang langsung...


Malamnya pula ada taklimat untuk Program pesidangan , lepas habis taklimat kami satu kumpulan berkumpul untuk berbincang tentang persembahan pada makan malambersama KP iaitu tema retro..



Setelah berbincang kumpulan kami nak persembahkan lagu dr P Ramli bertajuk bunyi gitar, emm aku kena menari twis hempa bayangkanlah mcmna aku menari hehehehe....tapi ramai kata comel huhuhuhuhu aku hentam ja janji enjoy tapi bukan aku sorang je menari ramai lagi kena menari gak, so tak la segan sangat......


Lepas habis bincang dan cuba berlatih jam 1 pagi aku balik bilik dan tido..


12 Mei 2009


Bermual persidangan dengan ucaptama dari puan KP, kemudian ceramah tentang perlembagaan persekutunb dan tengah hari pula perasmian oleh Dato seri Nazri Aziz, kemuadian sesi bergambar bersama menteri dan makan tengah hari di taja oleh menteri, sebelah petangnya pula ceramah kesihatan berkaitan refleksiologi.. sampai la kepetang..


Jam 6.00 petang kami semua bertolak untuk makan malam bersama Menteri besar Pahang di kediaman rasmi beliau, jam 7.00 gi ronda-ronda teluk chempedak dulu, pastu malam gi mkn malam....



Menteri besar pahang ni sporting gila best sangat dia layan kami dengan baik, dan dia juga pandai menyanyi banyak gak jg lagu yg di dendangkan kepada kami, tapi bukan dia seorang je yang nyanyi artis-artis dalam BBG pun ramai, apa lagi ramai lah yang tunjukkan bakat, sampaikan menteri besar kagum dengan kepandaian pegawai BBG menyanyi hehehehe.. nasib baik aku tak naik nyanyi sekali klu tak emmm tak tahu la nak kata apa hehehehe.


Nyanyi punya nyanyi sampai jam 12.00 tengah malam baru betolak balik hotel, jam 2 sampai, tapi berbaloi tidor lambat pun sebabnya best ada menteri besar yang layan tetamunya sebaik mungkin tahniah Dato Seri Adnan..




Dalam perjalanan balik bas yang aku naiki rosak lah pulak emmm malang betul... tapi nasib bas yang lain tak tinggal kami, so kami pun naiklah bas yang masih ada kosong...


13 Mei 2009



Emmm bagun awal jam 5.00 bersiap untuk ke Taman negara cuba bayangkan jam 2.00 tido jam 5.00 bagun, perjalanan dari cherating ke taman negara memakan masa 4 jam, ari 2 kami banyak habiskan masa dalam bas tapi best....


betolak dari hotel jam 6.00 pagi ke taman negara jam 11.00 sampai, emm sempatlah juga aku lelapkan mata dalam bas...sampai ja kami semua kena naik bot, satu bot memuatkan 12 orang, bab2 feri dan bot ni aku dah biasa dulukan dok langkawi hehehehe, dan sampai ke jeti canopy walkway kami semua panjat bukit, aku tak tahu la apa ka nama bukit tu, tapi berpeluh jugalah...


Sampai je kat atas dengar taklimat dulu hmmm rupa-rupanya canopy yang kami nak lalui tu terpanjang kat dunia aku tak ingatlah berapa km rasanya 500km kot....bila aku jalan ja kat atas canopy tu bergoyang-goyang...alhamdulillah aku habiskan perjalan aku tapi ada gak kengkawan aku yang tak habiskan...


Lepas habis jalan atas canopy kami terus gi makan atas restorun terapong tak jauh drp canopy tapi kena naik bot gak, kami makan ikan patin masak tempoyak emmm sedap laaaa....



lepas habis mkn kami naik bot ke penempatan orang asli, lepas tu naik bot balik, dlm perjalanan balik habis basah baju n seluar terkena percikan air sungai emm dah sampai tempat parking bot ada pula tangan2 yang jahat mencurah air lagi bagi kami basah emmm nasib aku bw baju n seluar lebih.....


Jam 4.00 betolak balik ke Cherating dekat jam 9.00 sampai hotel..9.30 gi makan malam bersama KP tema pakaian retro persembahan pun retro...aku pakai baju kotak2 ja...emmm baru je duduk tetiba kumpulan kami dipanggil buat persembahan pertama, dengan tak cukup latihan kami pakai redah ja.. tapi semuanya berjalan lancar....




Masa mkn mlm tu juga penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, aku dpt 3 hadiah, 2 hadiah yang aku menang time sukaneka dan satu hadiah cabutan bertuah, kali ni hadia cabutan bertuah aku dpt alat elektrik lagi, tahun 2007 dulu aku dpt kipas tahun ni aku dpt toaster emmm la ni p kerja bw bekal roti bakar heheheh diet.....


14 Mei 2009


Dimulai dengan aktiviti mendengar kuliah subuh, dan selepastu ada beberapa taklimat bersama kewangan dan sesi berdialog bersama KP, TKP sivil dan TKP syariah...



Jam 12.30 kami keluar hotel, lepas keluar kami gi cari keropok dan jam 3.oo petang bertolak balik dr Cherating ke kedah..


Emmm time balik aku tak naik kereta ustaz badri sebab dia ada exam kat UIA so aku tumpang kereta Azizi, kami bergerak secara konvoi kereta azizi dan kereta tuan zaha pengarah aku...kami balik ikut jalan ke genting...



Aku hairan masa naik genting aku jd pecah peluh dan rasa mabuk nasib la tak sampai ketahap nak muntah klu tak memalukan keadaan ja... tapi bila dah masuk highway ok dah...


Jam 12.00 aku sampai kat R&R Gurun aku turun kat situ dan ayah aku datang ambil....


Hmmmm itu je aku nak ceritakan, persidangan kali ni best tapi masa je singkat sikit, klu lama lagi mesti best..



Aku nak ucapkan tahniah kepada urus setia dan HQ BBG kerana berjaya mengadakan persidangan kali ini...tak di lupakan KP dan tkp sivil dan syariah .......



Persidangan kali ni juga ada sesuatu yang bermakna untuk aku, nak tahu tak apa??? hmmm nanti dah berjaya akan aku ceritakan kat sini harapan aku agar kengkawan semua doakan aku di permudahkan oleh Allah atas semua urusan aku ok...
Oklah untuk entry akan datang aku akan publishkan gambar2 persidangan hehehehe....

7 comments:

anap_ilmi said...

saty haji samuri ituuuuu....mmg nostalgia..haha.tp jgn lupa...satay itu.....

ez said...

emm..
faizal..bznya kan..heehe..dr kedah ke kl pastu ke pahang..tp xpe luas perjlnan byk pengalaman..heheh

Insyirah said...

tak pe sibuk. yg penting keje ok, income pun masyuk. ewahhh...memandai je saya ni.

p/s: broadband celcom ok? aritu saya tak amik celcom. saya amik maxis. celcom mahal sgt la depositnya. org kaya je yg mampu byr. muahaha... ;p

en_me said...

sonoknyerr jalan jalanss.. salam abg faizal tewww

Faizal@poyan said...

to anap
emmm yelah...

to ez
emmm bez tp penat la

to syira
keje sentiasa ok income tak masuk la sebab p tumpang kawan, kwn je boleh claim..

mana ada mahal biasa jelah broadband ni

Faizal@poyan said...

to me..
wslm emmm me lagi seronok banyak berjalan jalan drp saya

S h i n o said...

Gitar - aku dah nekad 2 Thn lepas xnak petik gitar dan sampai sekarang aku tak petik benda tu lg..

broadband - aku penah pakai benda ni, tp bila dikaji2, aku dah stop pakai broadband oleh kerana kemudahan Wifi sedia ada. Tp seyes best pakai broadband. Sbb mane2 pon bleh xces tenet..